Pages

nuffnag

Tuesday, February 8, 2011

Kawan



Kawan? Apa itu kawan? Aku pun x tau nak describe macamana kawan ni.hehehe... Tapi bagi aku kawan ni ada yang baik ada yang tak. Ada yang bagus dan ada yang menjahanamkan. Terserah pada kita macamana nak pilih kawan. Tak semua orang kita boleh berkawan sebenarnya. Ada yang boleh masuk kepala, boleh la go on, yang tak boleh tu, mesti memanjang tak puas hati betul tak? 

Kadang-kadang yang kita mula-mula tak suka la yang baik dengan kita. Ada juga kawan yang bila senang ja dia ada dengan kita time susah, batang hidung pun tak nampak! hurm.... Kawan yang jenis ambik kesempatan dengan kelebihan kita pun ada. Tapi bila kita nak pinjam sikit kebolehan dia, mula la bagi alasan macam-macam! Apa salahnya kelebihan yang dia ada dokongsikan bersama? Pahala pun boleh dapat tau. Satu lagi spesis kawan yang tak boleh tengok kita lebih dari dia. Mula la tak boleh duduk diam. Takut kita ni lebih dari dia melampau-lampau. Bagi aku, aku bangga kalau kawan-kawan aku berjaya, yela, kawan kita. Buat apa nak dengki. Kita boleh ambil pedoman atau kita jadikan dia tauladan untuk kita berjaya di masa depan. ( Okey, tetiba bahasa hyper dah keluaq, ;p) Kawan yang jenis ajak ke jalan kemungkaran pun ramai. Dia nak kita jadi macam dia la katakan..

Kesimpulannya, dalam berkawan ni kita perlu bijak memilih. ( bukan calon suami@isteri je yang kena pilih tau! =p) Sebab kawan-kawan jugak la penentu kehidupan kita. Salah pilih kawan, hancus la jawabnya.

p/s: Ada cerita pasal cuti Tahun baru. Nanti aku buat entry baru bila senang. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...