Pages

nuffnag

Sunday, February 3, 2013

Haji Muda


Assalamualaikum..


Aku nak cerita pasal buku lagi. J

Kali ni masih buku berkenaan dengan Haji. Tajuk buku ni ‘Haji Muda, Tip-Tip Menjadi Tetamu Allah’. Buku ni terbitan PTS dan hasil tulisan Ridzwan Bakar.



Buku ni bercerita mengenai pengalaman penulis buat ibadah haji. Pengalaman dari mula sampai akhir haji. Ada jugak diselitkan tips-tips untuk golongan muda macam kita ni untuk p haji time muda ni. Bagus olahan cerita ni. Sebab bila aku baca dok bayang la, kalau aku p waktu tua, mesti tak larat. Macam mana nak buat tawaf? Lagi satu, macam mana nak didik sifat sabaq dalam diri? Kalau kat Malaysia ni pun, orang potong kereta kita pun, dah keluar bahasa sanskrit moden bagai, apatah lagi kat sana kalau orang potong ‘Q’, kompom ko mendidih jerkan. Memang sangat memerlukan kesabaran yang tinggi la.
Banyak dugaan bila duduk tanah haram ni tambahan dengan pak arab, paham-paham la perangai ‘peghongoih’ depa tu. (Sila rujuk kamus utara :p )

Oleh itu, aku berdoa, semoga aku dapat menjejakkan kaki aku ke tanah suci lagi barakah iaitu Mekah Al-Mukarramah di usia muda ini. Amin.

p/s: Bagus buku ni,harga RM19 Semenanjung Malaysia. Sila beli untuk rujukan masa hadapan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...