Aku berada dalam kesejukan..hujan kat sini..
Aku nak sambung story aku p Melaka hari tu. Hari kedua @ hari terakhir tu, agak dok bertagak nak keluaq. Rasa malas pun ada. Peh tu, amik keputusan keluaq jugak. Tapi kali ni disertai adik aku ngan kawan dia si Fasya. Memula p Jusco untuk mencekik dulu, sebab breakfast pun belum.hehe. Maka jadilah breakfast + lunch.
Sesudah makan tak tau nak kemana pulak. Tak ke haru tu. Ikut gerak hati terus kami ke River Cruise tu. Walaupun dah naik semalam, tapi saja nak tengok suasana siang hari pulak. Dok lepak-lepak dalam hujan renyai-renyai bajet romantika la konon. Tapi buat-buat feel macam salji. hehe.. Hari ni macam semalam, masih ramai manusia kat situ. Nak masuk toilet pun mak aiii, full house beb! Aku yang tengah sakit ni, terpaksa la bersabar tunggu turn. Mana taknya, Q sampai keluaq toilet.Tak kata la, memang ramai orangkan cuti-cuti macam ni.
Dah boring kat situ, si Fasya sugest p pekena Coconut Shake. Betoi-betoi depan klinik Kesihatan Air Molek. So ko bayangkan la, hujan-hujan dalam kesejukan p makan Coconut Shake ni. Apa lagi, parkinson la aku.hehe( merujuk kepada sejuk terketar-ketar) Memang sedap. Ada aiskrim vanila kat atas.Perghhh!!
Harga aku tak tau sebab orang belanja, tapi mampu miliklah. ;)
On the way nak balik singgah kat Tasik Air Keroh. Aku ngan Una gedik-gedik nak naik menda alah kat atas tu. (aku lupa nama dia)Dengan bayaran RM10 bagi dua orang untuk sejam, kami dapat pusing kat tasik tu dengan penuh perasaan cewie. hehe.. Adik aku dengan Fasya naik bot, so depa dapat pusing jauh sikit la. Tapi tak kisah, semalam dah naik bot. ;) Kayak pun ada jugak kat sini, boleh pilih apa hampa nak naik. Selain tu aku tengok ada basikal jugak, kalau sesapa nak buat bajet macam korean drama boleh la. ;P .
Selesai Sudah aktiviti 2 hari kat sana, maka malam tu kami bergerak balik. Una pun ikut sama. Thanks to Fasya very much. InsyaAllah, akan ke sana lagi.
No comments:
Post a Comment