Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum.

Pagi disertai dengan hujan, membuatkan mata aku sangat beratttttt.... 

Ok..ok.. back to topik yang aku nak cerita. CNY baru ni aku gerak ke Melaka. Mengekoq adik aku nak p kenduri kawan dia. Tapi bila sampai sana, aku tak p kenduri pun, tapi merayap ke kota bersejarah le beb. Bila dah selalu p, (tak dak la sampai lebih 10 kali) tak tau nak p mana dah. Cuma pusing-pusing ja la. 

Kali ni p tengok dah ada Hard Rock la. Kawan aku si Una ni excited gila nak amik gambaq kat depan tu. Aku pun heran, apa la yang best sangat, baik ambik gambaq pemandangan ke apa ka.. (nampak tak kekampungan aku disitu) Dah dia nak sangat, prap la 2 - 3 keping untuk dia. (kesiannn) 

Lepas tu tengok dah ada surau kat simpang tiga tu. sebelum titi nak ke Jonker Walk tu. Dekat Hard Rock jugak. Una cakap sebelum ni kalau tak salah pejabat pelancongan. So, mudah la kalau nak semayang sebab dekat jakan. Sebelum ni aku mai, aku semayang kat mana ntah lupa la. (last aku p zaman neolitik tak salah!) Tapi jauh la dari kawasan situ. Selesa pun ya jugak surau tu. Memula masuk akan rasa , surau ka muzium sebab ada gong ka apa ntah panggil kat depan tu. Aku ngan Una jakun la sat. hehe.. Rupanya surau kat dalam.


Sebenaqnya teringin nak naik beca. Beca pun perghhh, comel-comel belake. Tapi sebab kesuntukan masa, maka aku akan p sekali lagi nanti untuk naik beca k. Sebab yang bawak beca tu pun muda-muda. Bukan apa, teringat zaman sekolah dulu p, aku tengok yang kayuh beca tu, semua pangkat pakcik-pakcik, tokwan @ atok-atok, jadi haruslah aku tak sampai hati nak suruh bawak aku ni, even aku ni kurus. Rasa macam biaq depa duduk belakang, aku yang kayuh. :p

Ha, depan jam besaq ada gerai cendol sedap. Sapa p wajib la p membasahkan tekak kat situ yer. Aku p ramai giler sampai kena kongsi meja dengan satu family cina ni. Tapi uncle ni sporting habis. Dalam dok sembang tu dia cerita pasal sejarah melaka semua la. Umur dia dalam 80+ macam tu tapi daya ingatan dia memang superb! Sebabnya dia boleh ingat everything pasal sejarah! Rerupanya dia penulis buku sejarah melaka. Tajuk historical of Malacca something macam tu la. Dah lupa. Dia pun kenalkan dia punya anak, dia punya menantu dan dia punya cucu (ok, cucunya hamsem bila dah duduk bertentang mata :p) Depa ni keluaq jalan-jalan sementara tunggu nak makan besaq. Oleh kerana aku termalu-malu gajah, maka lupa untuk ambik gambaq. (marah diri sendiri waktu ni!)

 Aktiviti malam pulak terus ke Jonker Walk. Kat sini susah nak cari makanan halal. Tapi aku tengok ada 2 3 gerai orang melayu. Waktu aku p orang tak berapa ramai mungkin semua dah ready nak makan besaq. Tapi masih banyak gerai yang bukak time tu. Dulu aku mai, tak berapa cantik kedai-kedai kat sini, tapi la dah banyak yang cantik. Dalam kedai maksud aku. Kat situ jugak ada Datuk Gan Boon Leong Statue. Nampak tak Una tengah jakun kat atas.  Kebetulan malam tu ada rakaman kot untuk siaran ASTRO rasanya. Dah hujan malas nak tunggu la sebab nak ke lain plak.

Lepas Jonker Walk, aku tergedik-gedik nak naik River Cruise padahal waktu tu dah rintik-rintik hujan. Una dah berapa kali naik, tapi sebab aku nak naik dia pun ikut jugak la. Beli tiket kena tunjuk MyKad untuk warganegara kalau tak kena harga pelancong la ko Jemah! (tapi kalau muka ko melayu tulen takkan dia nak letak harga pelancongkan) Maka malam tu dapat la naik bot konon-konon macam Cruise Venice kat Itali tu. (poyo sat ;p)


Malam tu pulak kami p menjamu selera kat Asam Pedas Claypot kat Jalan Laksmana tak salah aku. Aku pun dah lupa sebab letih sangat. Sedap jugak kat sini. Hampa boleh pilih nak ikan apa. Asam pedas dia taruk dalam claypot tu. Ada nasi putih, sayur kubis goreng dan telur masin. Sementara menunggu hidangan sampai, depa letak otak-otak dulu. Aku yang memang tengah lapor terus ngap ler. Memang ramai orang kat sini. (walaupun tak dak tv :p) Cina, india pun ada mai makan kat sini.  Selesai makan, gerak balik. 

p/s: Niat kat hati nak story sampai habis, tapi berjela sangat sambung nanti la.

No comments:

Post a Comment