Bandung & Jakarta - Paris di Jawa 2

Assalamualaikum. Jom sambung part 2 plak. : )

Oleh sebab kami sampai pun dah lewat pagi, so semalam dah bincang ngan Pak lily, pagi ni lewat sikit la. Pukul 10am waktu Bandung. (Lepas ni semuanya ikut waktu Bandung) Tapi tetap kami bangun awal, sebab nak breakfast sebab pakej kami ni include breakfast ja walaupun kami tak ambik pakej makan.

Time bangun pagi, semua nampak semangat walaupun baru sampai. (kecuali aku la, megantuk tak habis-habis) Breakfast aku bubur nasi. Selesai makan, naik mandi siap-siap. (kecuali aku lelap sat cover tidoq :p )

Pukul 10am kami dah terpacak kat bawah untuk bergerak ke tempat jadual. Kalau ikut jadual kami akan p Tangkuban Perahu tapi sebab dah lewat sangat kami tukaq untuk p shopping ye kawan-kawan.

Tempat pertama Pak Lily bawak untuk shopping, adalah ke tempat menjual kain pasang. Tapi bukan la jual kat kedai, kat rumah. Kat sini memang banyak kain pasang yang di jual. Boleh pilih mana-mana yang berkenan sebab bagi kaum hawa mesti rasa terbeliak biji mata sambil pikiaq ‘yang mana la pujaan hati gue’. Kat sini dia jual sepasang kain harga RM35 ja. Aku sambaq 2 pasang ja kat sini. Orang yang beli sakan haruslah Una dan Kak Ma. Tak pa depa bawak berjuta-juta Rupiah. Aku bawak jutaan jer  :b Kat sini telekung pun ada jual, tapi tak banyak pilihan berbanding kain pasang. 

Nampak tak betapa banyak kain pasang kat sini?

Selesai shopping kat rumah tu, kami p shopping lagi.hehe.. Kali ni kat Grutty No 1. Ala-ala macam Ismail Group kat Langkawi tu. Dari pengamatan aku, kedai ni baru bukak sebab tengok ka atas kosong je pun.  Kat sini ada beg, kasut baju dan macam-macam lagi. Kak Ma ngan Mak Wafa beli handbag. Yang lain jamu mata ja. :p Bagi aku tak dak apa yang menarik kat sini so jenjalan je la.



 Perut pun berlagu sakan, makan kami terus bergerak ke kedai makan la jawabnya, Pak lily bawak kami makan kat kedai Nasi Ayam Penyet Surabaya. Nasi Ayam Penyet ni asalnya adalah dari Surabaya. Kedai ni terletak kat Jalan ABC. (kalau dalam bahasa Indonesia disebut ‘ABaChe’) Kat Malaysia pun dah ada. Aku pernah makan kat Bangi. Waktu order dia tanya nak cabe merah or hijau. So haruslah pilih merah sebab tak bajet sambal dia memang pedas gilerrrr!! Bagi orang yang makan pedas, mesti biasa tapi bagi aku yang makan pedas manja-manja ni memang tak tahan la. Aku order ayaq jambu memang sedap. Tapi overall memang sedap la. Kedai ni banyak cawangan kat Indonesia ni la.Siap ada delivery lagi tau.





Yang baju hitam tu Pak Lily yang comel! 

Setelah perut kekenyangan, bergerak ke masjid untuk solat. Kami semayang kat Masjid Agung. Masjid ni betul-betul tepi jalan. Dalamnya bersih dan selesa nak semayang. Toilet pun ok ja. Kalau sesapa mai Bandung, singgah la semayang kat sini yer, tak lengkap kalau tak mai Masjid Agung ni selain dari shopping.

Pintu masuk masjid

Lepas tu kami gerak ke TokoTiga. Toko Tiga ni tempat menjual jeans ori Levis. Tapi ada jugak buatan Indonesia kat tingkat atas. Masuk sini mak datuk ramai orang. Ramai juga warga Malaysia kat sini bila dengaq slanga bercakap tu. 



Pilih jer jeans bercambah cuma sediap rupiah je k

Kat sini Mek Una beli la jeans, aku dok pilih-pilih lastly tak beli pun. Beli tshirt batman. Cari la kot ada Ironman tak dok plak. Ayah wafa beli thsirt untuk menantu-menantunya.

Oleh kerana kepenatan hari ni kami lepas Toko Tiga kami mintak Pak Lily hantaq kami balik ja. Penat semalam tak habis lagi. Esok nak ke Tangkuban Perahu dengan Pasar Baru...yuhuuu!!

Bersambung...

Jom ikuti part lepas : D
Part 1

No comments:

Post a Comment