Penang Art Street & Padang Kota

Assalamualaikum, olla..

Kalau mai Penang ni tak sah kalau tak p Penang Art Street. Tapi stamina kena kuat dik ton oii. Sebabnya nak menapak memang boleh sakit kaki kalau sapa yang tak besa. Tapi kalau nak sewa basikal pun ok. Tapi sebab pemandu kat Penang ni semua stail Fast Furious, perghh ceq tak berani la nak naik basikal. Maklum la, trauma excident ada lagi. Rasa jalan kaki  lebih selamat, ajal maut tuhan tentukan ye tak..

Art street ni dah pernah mai, tapi aku lupa dah pernah tulis entry dia ke idok, Dia ada macam-macam lukisan yang cantik-cantik. Cuma jauh sikit. Lepas kami selesai menapak kat Fort ornwallis, kami mai  sini la.

Aku ada dapat 1 file pdf dari Penang Tourism about Art Street ni, Art Street 




Sebabkan gambaq kat art street tu tak dak, so aku letak gambaq yang aku p dulu la waktu zaman batu dulu. :) Ikut tu ada lagi lukisan-lukisan yang baru, tapi ceq tak ambik la plak.

Kami maghrib kat Masjid Kapitan Keling. Sepanjang masa memang solat kat masjid ni saja kecuali sebelum balik, kami solat kat Masjid Lebuh Acheh.



Selesai solat perut dah nyanyi sakan, gerak makan malam kat Padang Kota Lama. Kat sini tak sempat ambik gambaq pasemboq yang serius terangkat. Memang sedap sangat. Kerang bakaq pun sedap, risau kalau makan kot kena cherry berry, Alhamdulillah selamat sampai balik. ;)

Suasana malam meriah
Ada macam-macam aktiviti
Terus balik hotel, dan zzzzzzz......

Nota kaki: Awat jadi tak beridea nak karang ntah?! Poyo ja

1 comment: