"Terima Kasih" Celcom!

Assalamualaikum..helloooo...

Lama tak mencoret kat sini. Den ada ja kat sini ha. Aku nak story satu perkara yang buat aku angin sangat.

(Harap baca dengan sabar sebab entry ni agak panjang ;D )

Aku adalah seorang pelanggan Celcom  Broadband yang teraniaya. 29 Jan. 2014, aku dapat email kononnya aku tak bayaq bil bulan Disember 2013. Padahal aku dah bayaq lepas bayaq gaji. Sepatutnya bil aku RM48 saja la untuk bulan Januari. Aku pun tanya la melalui email dan Celcom reply dengan memberikan reference no untuk aku. 

Tunggu punya tunggu tak dak balasan aku pun telefon operator Celcom dan tanya masalah aku ni. Sebelum aku telefon, aku dah ready dengan bil dan resit yang aku dah bayaq. Ya la, sebelum berperang siapkan diri dengan dengan senjatakan. Bila dah cakap dengan operator, dia cakap bulan 12 aku tak bayaq.  Bila aku maklumkan yang aku bayaq dah dengan internet banking (MYBsn), dia mintak aku tanya bank, sebab bank yang bermasalah. Pulak dah.  (Ada jugak la unsur-unsur bersuara tinggi bila dah geram tukan) Kemudian aku telefon la bank  dan maklumkan masalah aku. Bank cakap dia akan selesaikan dengan celcom dah nanti sama ada celcom atau pihak bank  yang akan telefon nanti.

Aku pun tunggu la macam orang bodoh. Padahal duit aku berjalan kot.  Dan dalam masa yang sama sampai lagi bil yang mengatakan dia dah barred broadband aku dengan jumlah RM144.00 untuk 3 bulan. (sepatutnya 2 bulan saja) Ambik keputusan nak telefon bank lagi sekali. Dan kali ni bank cakap memang duit tu dah transfer ke celcom. (Kalau 1st time aku tel dulu habaq lagu ni kan baguih‼)

photo source: google


Hari cuti tu, aku terus ke Celcom Center. Tapi cakap kat diri sendiri jangan marah-marah.  Alhamdulillah, sepanjang sesi tu, kedua-dua pihak cakap dengan baik sekali. Tiada unsur kata cacian atau makian.(Padahal aku dah marah operator celcom haritu) Aku pun maklum berkenaan dengan bil aku, dah staf tu cakap memang bulan 12 aku tak bayaq. Kemudian bila aku tunjukkan resit,mula blur-blur dan terus panggil sorang lagi staf. (aku rasa senior kot) Staf ke2 ni mai la dok godek-godek pc tu, lepas tu cakap la lebih kurang ayat dia begini;
Staf 2           : Bil memang tunjuk cik tak bayaq bulan 12
AKU           : Tapi saya dah bayaq (sambil tunjuk resit)

Kemudian dok berdrama depan pc dengan staf sorang lagi;

Staf2        : Tengok bulan ni tak bayaq, dalam list ni bla.. bla…
                 Cik, bulan 11 yang cik tak bayaq
Aku        : Saya dah bayaq (sambil tunjuk resit bulan 11)

Dok berdrama depan pc lagi sambil cakap dengan sorang lagi staf konon memang aku jugak yang salah.

Aku        : La ni saya nak tau berapa jumlah bil saya sebenaqnya?
Staf        : RM 144 cik.
Aku        : Sebab apa RM144 padahal saya dah bayaq bulan 12. Sepatutnya RM96 saja.

Lepas tu staf ni pun terang la sambil dok contiang-contiang resit aku. (geram ja) Tapi dok terang kat aku dok kata aku kena bayaq RM144 jugak, rasa nak siku ja minah tu‼ Lepas tu dia dok berdrama lagi depan pc, dia tukaq plak cakap aku tak bayaq bulan 9. Sakit hati aku. Resit bulan 9 memang aku tak bawak la. Untuk bulan 9 tu aku bayaq dengan ejen kat kedai tu. Dia suruh aku p kedai p cari resit.  Ni dah kira penaya orang! Habis duit telefon, duit minyak lagi.

Otw balik tu aku singgah kedai aku bayaq bil tu dan dia cakap dia akan setelkan. Alhamdulillah, dah selesai 2 hari lepas tokey kedai telefon. Dia cakap akaun aku dah tak barred. Thanks to tokey kedai, dah terima kasih untuk sorry anda yang ikhlas. :D

Apapun bagi aku staf kat Celcom tu:

  • Tak dak langsung nak say sorry. Mana taknya, dah hantaq barred cakap bulan 12, lepas tu  tup-tup cakap bulan 11, lepas tu kata bulan 9 plak‼ what the fish‼
  • Yang rasa menunjukkan kebodohan, dia boleh tukaq-tukaq bulan aku tak bayaq, serius lawak. Boleh main tuju bulan berapa pelanggan tak bayaq! Helloooo, company besaq bapak tak kan akaun orang tak bayaq bil boleh main tembak-tembak jer, what the fish la‼


 *Suka dengaq putar belit

4 comments:

  1. lorrr..rupanya dia tak dapat payment tuk bulan 9...sangkut di kedai tu..mmg teruk betul lah sistem dorang...kalau JM pun hangin..moh kita bertukar ke DIGI heee

    ReplyDelete
  2. Entah la JM, cakap pusing-pusing, susah nak percaya.. Jom DIGI, hehehe

    ReplyDelete
  3. ptt diorg kena kemaskini kan sistem diorg. ni melibatkan duit org lain.

    ReplyDelete