Hari ni last episod Nora Elena. Dan semestinya aku akan menontonya..hehe..Semua orang memuji watak Seth Tan kerana dia umpama lelaki yang cukup dari segala segi. Semua orang inginkan seorang lelaki macam ni la untuk dijadikan suami. (termasuk la aku, ngeh3.. =p)
Tapi bila dilihat balik, lelaki bernama Seth Tan itu juga bukan la tersangat sempurna. Pertama dia pernah merogol Nora Elena. Kat situ imej dia dah tercalar dan sebagai seorang perempuan memang sukar untuk menerima hakikat yang hasben dia adalah seorang perogol. Tambahan lagi dia pulak mangsanya. Kedua dia adalah lelaki yang sangat cemburu. Tapi bagus la, sebab cemburu itu tandanya sayang. Tapi dia tak siasat dulu setiap apa yang Yvonne cakapkan.
Biasalah, nobody perfectkan...Tak ada orang yang sempurna.
Tapi, boleh tak nak hasben perangai baik-baik macam Seth tu.. hehehehehe.. ade tak? Ada sesiapa sudi tak..hhehe
p/s: pengaruh Nora Elena punya pasal, aku dah terasa nak kawen..hahaha, gatei tak aku..=p
No comments:
Post a Comment