Bandung & Jakarta - Paris di Jawa 3

 Assalamualaikum.
AlFatihah untuk Arwah Makngah Patema


Pukul 7am kami dah turun breakfast sebab 7.30 kami nak gerak ke Tangkuban  Perahu. Hari ke 3 ni kami masih bersama Pak Lily. Kami bertolak awal sebab tak mau terlibat dengan kesesakan nak naik ke Tangkuban Perahu tu sebab kawasan tu atas bukit. Tiket ke sini dah include dengan pakej yang kami ambik, so tak payah pikirin lagi ya. On the way jugak Pak Lily sugest untuk cuba Ketan Bakar. Makanan ni pulut yang dibakar makan dengan nyioq orang utara kata dan jugak dengan kuah kacang. Sedappp. (Tapi depa kata tak sedap, hehehe)

Wafa dan Pak Lily

Selain tu, try pisang cheese (tak tau spesifik nama apa) jugak ada. Pisang nangka tak silap aku salut dengan susu dan di taruk cheese. Aku pernah makan dulu  tak sedap, tapi yang ni sedap. Yang ni Pak Lily belanja. Waktu kat sini la ada bapak-bapak yang akan mai jual strawberi la, blueberi la dan apa-apa lagi la. Sila jangan rasa kasihan untuk membeli kat depa no. Sebabnya bila kita rasa, manis, bila yang dibeli tak manis pun. Sebabnya depa dah celup dalam ayaq gula. Selesai makan, terus gerak.


Bila kami sampai sana, Ya Allah, dah ramai orang rupanya. Bayangkan kami keluaq awai, ada lagi awai dari kami.Tempat kat sini lagi dingin especially bila angin mai, aduh, best benar ..haha!! Sebelum turun Pak Lily dah pesan,"jangan rasa kasihan sama penjual-penjual itu ya..".




Kat kawasan sini ada lagi ramai dok jual macam-macam k. So tahankan diri dari beli k sebab dia mungkin akan paksa hampa beli. Aku maksudkan yang bapak-bapak ganteng yang bawak barang tu, bukan yang berniaga kat gerai tu. Sambil jenjalan tu, kami beli la buah tangan beda untuk bawak balik Malaysia. Kami dapat la harga ‘pecah telur’. ‘Pecah telur’ ni maksudnya lebih kurang pelanggan pertama yang mai beli barang la. Kalau salah tolong betulkan. Apa lagi sakan la semua memborang.

Lepas tu kami berjalan la nak tengok kawah gunung berapi ni. Bila semakin dekat dengan kawah rupanya semakin kuat angin. Pergh memang kuat la angin dia. Dapat la tengok kawah tu dekat-dekat. Kawah ni masih aktif sebab sebelum kami mai, kawasan ni tutup sementara. Sangkakan memang tak dapat masuk sebab tutup, rupanya dah buka, lega dapat masuk. Sebab kalau mai Bandung, Tangkuban Perahu adalah tempat yang wajib p ok. Kalau tak rugii oooo….



Menurut Pak Hendra (2nd tour guide), Tangkuban Perahu ni ada cerita dongeng. Ia berkenaan si ibu dan anak lelakinya yang terpisah sekian lama kemudian berjumpa. Bila berjumpa jatuh hati la pulak. Si anak ni terpegun dengan kecantikan ibunya sendiri tapi dia tak tau tu ibunya. Kemudian si ibu dapat tau ada parut kat si anak ni. So, dia tau la ni anaknya. Buat la syarat untuk anaknya ni, buat perahu dengan apa ntah dan mesti siap subuh keesokan hari. Oleh sebab si anak ni ada ilmu-ilmu gitu, cepat la dia siapkan permintaan si ibu tu. Oleh itu, si ibu ni berdoa supaya matahari terbitnya awal. Marahlah si anak ni dapat tau dia ditipu, ditendangnya perahu. Dapat la tengok perahu yang seakan terbalik kat sana. Nak tau lebih lanjut boleh ke sini.



Kemudian gerak ke Pasar Baru pulak...


Jom ikuti part lepas : D
Part 1
Part 2

Bandung & Jakarta - Paris di Jawa 2

Assalamualaikum. Jom sambung part 2 plak. : )

Oleh sebab kami sampai pun dah lewat pagi, so semalam dah bincang ngan Pak lily, pagi ni lewat sikit la. Pukul 10am waktu Bandung. (Lepas ni semuanya ikut waktu Bandung) Tapi tetap kami bangun awal, sebab nak breakfast sebab pakej kami ni include breakfast ja walaupun kami tak ambik pakej makan.

Time bangun pagi, semua nampak semangat walaupun baru sampai. (kecuali aku la, megantuk tak habis-habis) Breakfast aku bubur nasi. Selesai makan, naik mandi siap-siap. (kecuali aku lelap sat cover tidoq :p )

Pukul 10am kami dah terpacak kat bawah untuk bergerak ke tempat jadual. Kalau ikut jadual kami akan p Tangkuban Perahu tapi sebab dah lewat sangat kami tukaq untuk p shopping ye kawan-kawan.

Tempat pertama Pak Lily bawak untuk shopping, adalah ke tempat menjual kain pasang. Tapi bukan la jual kat kedai, kat rumah. Kat sini memang banyak kain pasang yang di jual. Boleh pilih mana-mana yang berkenan sebab bagi kaum hawa mesti rasa terbeliak biji mata sambil pikiaq ‘yang mana la pujaan hati gue’. Kat sini dia jual sepasang kain harga RM35 ja. Aku sambaq 2 pasang ja kat sini. Orang yang beli sakan haruslah Una dan Kak Ma. Tak pa depa bawak berjuta-juta Rupiah. Aku bawak jutaan jer  :b Kat sini telekung pun ada jual, tapi tak banyak pilihan berbanding kain pasang. 

Nampak tak betapa banyak kain pasang kat sini?

Selesai shopping kat rumah tu, kami p shopping lagi.hehe.. Kali ni kat Grutty No 1. Ala-ala macam Ismail Group kat Langkawi tu. Dari pengamatan aku, kedai ni baru bukak sebab tengok ka atas kosong je pun.  Kat sini ada beg, kasut baju dan macam-macam lagi. Kak Ma ngan Mak Wafa beli handbag. Yang lain jamu mata ja. :p Bagi aku tak dak apa yang menarik kat sini so jenjalan je la.



 Perut pun berlagu sakan, makan kami terus bergerak ke kedai makan la jawabnya, Pak lily bawak kami makan kat kedai Nasi Ayam Penyet Surabaya. Nasi Ayam Penyet ni asalnya adalah dari Surabaya. Kedai ni terletak kat Jalan ABC. (kalau dalam bahasa Indonesia disebut ‘ABaChe’) Kat Malaysia pun dah ada. Aku pernah makan kat Bangi. Waktu order dia tanya nak cabe merah or hijau. So haruslah pilih merah sebab tak bajet sambal dia memang pedas gilerrrr!! Bagi orang yang makan pedas, mesti biasa tapi bagi aku yang makan pedas manja-manja ni memang tak tahan la. Aku order ayaq jambu memang sedap. Tapi overall memang sedap la. Kedai ni banyak cawangan kat Indonesia ni la.Siap ada delivery lagi tau.





Yang baju hitam tu Pak Lily yang comel! 

Setelah perut kekenyangan, bergerak ke masjid untuk solat. Kami semayang kat Masjid Agung. Masjid ni betul-betul tepi jalan. Dalamnya bersih dan selesa nak semayang. Toilet pun ok ja. Kalau sesapa mai Bandung, singgah la semayang kat sini yer, tak lengkap kalau tak mai Masjid Agung ni selain dari shopping.

Pintu masuk masjid

Lepas tu kami gerak ke TokoTiga. Toko Tiga ni tempat menjual jeans ori Levis. Tapi ada jugak buatan Indonesia kat tingkat atas. Masuk sini mak datuk ramai orang. Ramai juga warga Malaysia kat sini bila dengaq slanga bercakap tu. 



Pilih jer jeans bercambah cuma sediap rupiah je k

Kat sini Mek Una beli la jeans, aku dok pilih-pilih lastly tak beli pun. Beli tshirt batman. Cari la kot ada Ironman tak dok plak. Ayah wafa beli thsirt untuk menantu-menantunya.

Oleh kerana kepenatan hari ni kami lepas Toko Tiga kami mintak Pak Lily hantaq kami balik ja. Penat semalam tak habis lagi. Esok nak ke Tangkuban Perahu dengan Pasar Baru...yuhuuu!!

Bersambung...

Jom ikuti part lepas : D
Part 1

Bandung & Jakarta - Paris di Jawa

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya rancangan ke negara jiran berjalan seperti yang diharapkan. Cumanya terkilan tak dapat p Puncak. Sangat la terkilan hokeyy..

Journey kali ni termasuk mak ayah Wafa sekali. Aku, Wafa, Una dan Kak Ma. So semua 6 orang la. Macam biasa naik penerbangan tambang murah Air Asia la. Kalau ikut jadual penerbangan sepatutnya 7 lebih, tapi macam biasa delayed sampai pukul 9.35pm. Lepas tu delayed lagi. Sabaq ja la kami ni. Una fly dari LCCT sebab dia dari Melaka. Flight dia lagi la awai, kol 6.55pm tapi mesej cakap delayed 15minit. So bayangkan dia tunggu kami punya la lama kat Jakarta tu.

Perjalanan kami malam tu dari Penang ambik masa 2jam 35minit untuk ke Bandara Soekarno Hatta, Jakarta. So kami sampai sana 12am lebih waktu Malaysia, kalau waktu Jakarta 11pm lebih la. Waktu di Malaysia cepat sejam berbanding di Jakarta dan Bandung. (Kalau kat Bali dulu waktunya sama.) Keluaq ja pintu aiport dah nampak si Una tercongok.hehe.. Malam tu Tour Guide kami namanya Pak lily. (Aku jadi bingung nak sebut nama dia)

Kalau ikut jadual kami akan stay kat Jakarta dulu, tapi last minit berubah lagi, kami terus gerak ke Bandung. Perjalanan ambik masa dalam 2 ½ jam hingga ke 3 jam bergantung kepada jalan. Tapi dah tengah malam ni, tak de nak ‘macet’ la. Awal perjalanan mata boleh celik lagi, tapi kemudia mula la zzzzzzz….

Celik-celik mata tengok dah sampai hotel. Kat Bandung ni kami stay kat Hyper Inn. Kira hotel budget la ni. Hotel baru ni, sebab nampak segalanya serba baru.


 Ini pintu bilik dan toiletnya. Tak la besaq tapi muat la bukan nak tidoq dalam tu punkan

 
Ni biliknya, katil aku berselerak tabak so tak payah tengok. Yang ni bini orang haruslah rajin mengemaskan

Hotel ni sebenaqnya sebelah stesen keretapi. Jadinya akan kerap kedengaran la bunyi keretapi. Untuk yang tidoq mati macam aku, tak sedaq apa dah punya. Berdekatan hotel ni jugak,ada Masjid sebab tiap kali Subuh, kedengaran la Azan. Tak susah la nak bangun pagi. :)

Kalau nak makan kat luaq, hotel ni berdekatan dengan tempat makan. Serius banyak giler.Jalan kaki ja.  Nama tempatnya Paskal Food Market.  

 Kalau nak tau lebih lanjut p ke sini http://www.hyperinn.co.id/ yer. Lepas dah dapat kunci, masuk bilik terus sambung zzzzzzz…..


Bersambung

Sedetik ke Pulau Aman

Assalamualaikum..

Kan aku dah cakap, aku akan update selepas sedekad. : D So aku nak cita pasal Pulau Aman walaupun cerita aku ni mungkin dah berkurun lamanya.

Aku rasa ramai blogger lain yang dah cerita pasal Pulau Aman, sejarah bagai semuakan, so aku nak cerita pengalaman aku ja la p sana yang sesingkat benar. (Agak dalam 3 ke 4 jam je )

Nak p Pulau Aman ni kena naik bot. (haruslakan, dah nama pun pulau, apo la!) Tak salah aku RM 6 p balik sorang. Bayar waktu dah sampai kat jeti pulau tu la.



si blogger mizah hazel jakun naik bot

Naik bot sat saja. Klip pop ja dah sampai.  


Tapi bila sampai saja kat pulau tu, hadoi, kotor la. Serius, ada ikan mati bagai. Memula ingat seekor dua ja, rupanya banyak.Hmmm.. Berdiri kat sini nampak la jambatan kedua yang tengah dok bina tu. Tapi baru ni kecoh dalam paper cakap runtuhkan. Aku pun tak pasti sebab 2 3 hari tak baca paper.


Aku search baca cakap kat sini jual belacan bagai. Kiranya hasil laut la, tapi bila sampai tak nampak la plak. Terus bantut segalanya. 

Orang kaya tak heran tripod bag kena hanyut kat laut pun


Kesimpulannya, pulau ni so-so saja. Bagi aku la, Depends on masing-masing punya pendapat lakan. Ada kedai makan udang ke apa ntah kat sini. Sebab hujan time tu, malas nak singgah memana dah. Fikir nak balik ja. 

# Aku baru balik dari Jakarta dan Bandung, nanti masuk abad baru aku publishkan k. (poyos!)