Selesai tengok lembu, mula cari bilik. Time ni la hujan turun lebat sangat. Pusing-pusing jumpa jugak la.
Safely arrived at Kundasang Rosewood Cottage!!
Satu malam RM80 satu bilik, semua ada kecuali tv, hehe. Kira ok la, sebab bukan nak tengok tv main tab, meyembang pas tu zzzz...
Lekaih ambik no telefon! |
Bilik aku dengan Wafa |
Banyak homestay, hotel kat sini, so jangan risau pasal penginapan. Cuma lebih elok kalau tempah awal. :)
Tudia baru nampak kesan sebab gegaran tu. Kalau tak mai mana nak tau kan.
Terima kasih kat owner bagi penerangan serba sikit nak cari makan and tempat menarik kat sini waktu ambik kunci tu.
Amik dari Kundasang Rosewood Cottage :) |
Kat depan ni siap ada taman sayoq lagi, bahagia rasa |
Ni bilik aq kat bawah sikit |
Aq dalam bilik dia |
Jalan terus ni p Klinik Kesihatan Kundasang |
Kami p gerai tepi jalan jual bunga, sayur bagai tu. Saja la tengok-tengok. Aq kan mat bunga. Tapi susah nak bawak balik, cuci mata saja la.
Lepas tu p makan kat kedai makan kat atas bukit sikit. Lupa dah nama apa. Kalau mai sini, jangan lupa makan kepak ayam apa ntah.
Balik bilik pakat dok cerry berry lepas tu. Mula Wafa kat kedai lagi, lepas tu Aq last aku. Memulas tak tau nak habaq laaaaa..... Nasib baik kat bilik dah, bayankan kalau dalam kereta dari Kudat, perghhhh.... Boleh buang tepi pokok kelapa sawit gamaknya.. ;) Tapi nasib 3 kali ja p membuang.
Sama ada makan roti canai, maggi, susu or nasi goreng kat kedai tak sat. Pasrah saja la. Klinik dekat ja, kalau tak berenti jugak, boleh p menapak ke klinik. No hal! (set dalam otak time tu)
Esok nak bangun awai, jadi tak payah nak buat tidoq serupa kat semenanjung no. Lena la kami awai... konon....hehehe
Morningggg !!!!!!
Gunung Kinabalu |
Again |
Macam mana depa yang duduk kat kaki bukit tu |
Ok, ready nak ke next loction plak!
Macam mana nak cari Kundasang Rosewood Home Cottage ni?
Tempek maps kat sini senang nak cari.
Atau boleh p kat address ni
http://www.kundasangrosewoodhomecottage.com/
Boleh la pilih pakej mana yang sesuai ye..
Nota kaki: Weh tak dak idea nak menaip, sila la cepat habis