Hai Jogjakarta!! (Penginapan Bajet Andelis Homestay)

Assalamualaikum, haiii!!!

Lama gilaaaaaa tak update. Tapi tak gila lagi la..hehe

Sabah dengan Alor Setar pun tak update habis, kunyit sungguh laaa....

Baru balik Jogja last week, so mood tak boleh move on lagi. :)

La ni aku nak cerita pasal penginapan kat sana.

Pasal penginapan, aku tempah melalui Agoda, murah sikit. Mula-mula tempah dengan Booking, tapi tersalah faham, kena bayar waktu check in. Aku kalau boleh nak bayar siap-siap. Sebab boleh free cancel, cancel dan terus tempah dengan Agoda dan murah sikit.

Kat Jogja selama 4 hari 3 malam kami menginap di Andelis Homestay. Tapi kami tak sempat pun nak menikmati keempukan tilam sebab setiap hari pukul 4 pagi dah keluar dan balik pun dah gelap. Bilik ni siap ada macam veranda, kekonon nak lepak kat luarkan, malam ja la boleh pun, itu pun sat saja, sebab nak lena awaikan.

Macam mana aku boleh tau pasal Andelis Homestay? Semestinya dari blogger yang dah sampai ke Kota Jogja ni, tapi i lupa la sapa, hehe.. Lepas tu review dia excellent kot, so of course la pilih yang ni dan harga yang berpatutan.

Ada tv, tapi tak tengok pun, awai lena.

Ada shower air panas, tak perlu risau nak mandi pagi sejuk

Jamban pun okey, ahaks!!

Tu pintu veranda, tapi sebab malam, tak nampak apa la, tapi layan la boleh rilex kat luar.

Ada peti ais lagi, katil dapat bantal peluk sorang satu, memang puas hati. (abaikan kesemakan bilik)




Ni la homestay tu dari luar dan disiang hari :)   (photo source: google)

Ni tempat lepak kat luar, memang puas hati, relax sungguh rasa. (photo source: google)
 Oleh kerana kami sampai terus berjalan dulu, maka kami check in homestay malam. Tapi Mr Bram dah siap tunggu kami. Terus serah kunci dan tolong angkat beg ke bilik. Sebelum p tu, aku dah email Mr Bram ni inform cakap confirm jadi duduk bilik tu and dia reply Agoda dah maklumkan. So mudahkan!

Oh satu lagi, sebab pakej aku amik sekali breakfast. Even keluar awal, dah ada roti dengan air mineral letak kat meja bawah. Breakfast simple tapi sedap. (Sebeb kebulur kot, hehe) 


Bayaran untuk 4 hari RM 449.50. So bahagi 4 orang, seorang lebih kurang RM112 jeww. Murah jugak la.


Kat mana Andelis Homestay ni? Okey ni address dia: 


Jalan Gondangraya, Gg Turanggasari 3 no 15, Condongcatur, Depok, Sleman, Ngaglik, Yogyakarta, Indonesia 55823


Email: andelishomestay@gmail.com


Tel no: Bram +62 81 390 2242 01 

                     +62 857 291391 71
                     +62 274 585366

Okey kepada sesiapa yang nak ke Jogja lepas ni, boleh stay sini. Dekat dengan airport sebenarnya, tak jauh dari jalan besar, jalan kaki ja. Yang penting, selesa macam kat rumah sendiri. :D


 Mr Bram tu pun okey, and family aku rasa, ramah ja. Tapi tak sempat nak borak, sebab jadual pack sangat. 



p/s: Semoga aku di beri nur kerajinan untuk update lagi blog ni, amin.... 

Aku tak tau apa kejadahnya font aku jadi tunggang terbalik, berapa kali edit dah ni, harap tak sakit mata beb!!

No comments:

Post a Comment