Assalamualaikum..aip..
Lepas balik dari island hopping, Irma bawak kami p kat tepi laut. Lupa nama tempat tu. Tapi jalan nak masuk tu area rumah mat salih yang duduk situ. Kawasan perkampungan, tapi macam rumah kampung dia style sikit la. Tak la banyak pun rumah kat situ.
Sampai sini, saja duduk-duduk, lepak-lepak, vengong-vengong, hahaha.. Ni bestnya kalau jalan dengan orang tempatan. Dia tau mana port lepak tak dak orang and cantik. Mana kedai best, mana jalan tak dak han_ _, hihihihi..
|
Di temani angin, ombak laut dan bau air laut yang mendamaikan |
|
Tu mesti chalet |
|
Jijah dan Jemah bersatu meletup! hahaha |
|
Them |
|
Tudung aku kalau nak kembang, setaman haaa |
Lepas tu gerak p Cenang, aku nak cari bag
Naraya, sebab tengok kat Langkawi ada. Grab la sorang satu, bagi kawan satu, buah tangan. Naraya made from Bangkok. Kat KLCC ada butik dia tak salah.
|
Bag comel-comel cenggini |
Lepas tu konon nak makan kat Nest Rooftop yang famous tak ingat tu. Sekali naik-naik, tengok tak seperti mahu makan di sana. So we decide cari makan kat tempat lain ja la.
|
Mampu ambil gambar ja |
Endingnya, pergi makan The Manhattan. hahaha.. Tak pa la, janji selesa, sedap.
|
Aku tekak western, tak makan nasi, belagak tak |
|
Sebelum ngap, selfie dulu ye |
Lepas dah selesai ngap, kami gerak ke Kompleks HIG. Apa lagi kalau bukan beli Coklat. Aku kalau nak beli, nak yang coklat lebih kurang 80%. Memang rasa pahit tapi tu sedap. Tapi susah nak jumpa, sebab pernah beli dulu, tapi lupa brand.
|
Ada orang pesan ni |
Selesai shopping, balik kemas barang. Esok dah nak balik. So, conclusion, dapat naik bot pun okey. Hilang rindu laut.
Nota kaki: Nanti sambung part p Cameron Highlands plak. Banyak cerita tertunggak. hmm
No comments:
Post a Comment