Cable Car Langkawi dan 3D Art Langkawi (Part 1)

Assalamualaikum.. Haii..

Bulan 4 hari tu, aku p Langkawi. Saja follow adik aku. Last p bulan puasa tahun lepas, p pagi petang balik, teman adik aku ambik barang kat rumah bff dia. Bulan puasa nak jalan kekdahnya. P kali ni naik kat Kuala Perlis. 

Alkisahnya memula nak naik train sampai Arau. Esok tu tetiba aku rasa malas nak tunggu train, terus drive. hahah. Suka hati aku ja ubah plan. Tak pa, p 2 orang ja dengan adik aku. Kalau p dengan kawan-kawan, aku rasa boleh putus kawan weh. ;P

Kami bertolak pagi pukul 10.00 macam tu sampai sana ambik adik aku, dia hantarkan kat Kuala Perlis. Beli tiket feri pukul 1pm. Harga tiket dari Kuala Perlis adalah RM18.00 sahaja.

Dah hampir pukul 1, dah boleh masuk. Orang tak ramai sangat. Perjalanan tak lama sangat so tak sempat la nak lena.







Bila sampai, Irma ambik dah tunggu kami dan bergerak menuju ke rumah dia untuk lunch. Rezeki, sedap sungguh, dan aku sesungguhnya sangat kebuluran. hahah..

Terima kasih tuan tanah, sedap, serius!

Untuk hari ni, kami akan gerak untuk naik cable car atau dipanggil Skycab. Rasa macam kali ke 2 or ke 3 kot aku naik cable car kat Langkawi ni. Harga pun dah lain sekarang.Sebabkan kami p pun dah waktu petang, tak ramai la orang. Beli kat situ ja tiket. Tak salah aku harga RM55 include 3D Art Langkawi dengan apa ntah, dah lupa. 

Mai aku nak story sikit cable car ni. Kereta kabel ni terletak di Gunung Mat Chinchang. Ia dibina untuk memudahkan pelancong ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panjang kereta kabel ni juga adalah 2.2 km.

Kalau nak tau harga tiket dan nak beli online, boleh klik sini. Tak tau nak beli online macam mana? Okey, boleh klik kat sini untuk cara pembelian online.

Awat aku nampak pucat jeww


Kepada yang takut tempat tinggi tu, banyak-banyak la baca doa ye. Aku pun takut jugak, tapi level boleh tahan lagi. Tapi memang tinggi weh. Kebetulan aku p tu, lepas kejadian cable car rosak tu. Tak dapat ku membayangkan kalau nak be..be... macam mana. Fuhh, semangat...


Ni kat pelantar tinjau
Sebelum sampai kat Jambatan Gantung atau Skybridge, singgah dulu kat pelantar tinjau. Boleh la tengok Laut Hindi dengan Laut Andaman. Lawa kot suasana waktu petang macam ni. Dari sini dah nampak Thailand dah. Suhu sejuk sikit. Mula tak mau turun, lepas tu, pekerja cable car cakap, turun la, tengok suasana sini, kami turun ja la. Dah tak ramai orang, time petang ni.


Lepas tu naik atas lagi nak menikmati Skybrige pulak. Nak masuk skybridge ni, tak include tiket aku beli kat bawah tadi. So, kena beli lain la. 

Ada 2 cara nak ke skybridge ni, satu dengan menaiki Skyglide dengan harga RM15 dewasa dan satu lagi dengan berjalan kaki hanya RM5 sahaja.  Kiranya boleh menikmati flora dan fauna la kalau jalan kaki ni. hihi.. Kami pilih untuk jalan kaki. Saja nak feel. 




Cantikkan!




Kat sini memang akan terasa bila angin tu bertiup. Rasa macam bergoyang ja jambatan tu. Ka aku ja rasa. hmm.. Untuk yang gayat teruk, kena kuat semangat betul tau sebab memang tinggi kalau tengok kat bawah. Lepas tu nak berjalan kat atas tu, berasa angin pulak. 

Cantikkan!!
Sakan Jijah dengan Jemah ni

Mesti dah maki aku dalam hati depa ni ;p
Time nak balik kena naik tangga mendaki sikit la. Memang agak perit la. Tapi tak la jauh sangat pun. Nak panaskan badan kata orang. 

Besar gila boh!!
Hampa akan lalu betul-betul bawah cable car tu. InsyaAllah, selamat ja, ingat cable car ni cikai-cikai ka.

Tak ramaikan, aman ja.hihi

I think this is Laut Andaman and Laut Hindi. Betul ke? hihi

Memang cantik, dah macam dalam Jurasic Park, tapi ni real la.
Lepas tu time turun kami sempat lagi ke 3D Art Langkawi. Nampak dah nak tutup, tapi masih ada masa lagi. Kena buka kasut ye. Pastikan kasut anda tindak meninggalkan bau busuk masam. ;p

Muka paksa rela

Boleh berlakon tak

Jijah dengan Kookie and Kwang Soo ;P


Kesian mereka

Amboi jijah, sakan nampak

Catwalk ke tu


Tempat kat sini memang besar, kami pun rush ja ambik gambar sebab nak tutup dah. Nak maghrib dah pun.







Lepas tu kami gerak balik terus. Sebab keluar ja dah gelap. 

Nak tau lebih lanjut pasal tempat ni boleh ke Panorama ye.


2 comments:

  1. Hi salam kenal.

    Tq share tips pi Cable car waktu petang tak ramai orang. Boleh akak try nnt. Akak pun ambil contact no Island Tour tu juga.

    Tq tau.

    ReplyDelete