Bulan Sukan Negara 2019

Assalamualaikum..aiiip... Biasa la sibuk.. hari ni aku nak update kisah masuk fun run.

Alkisah bermula, bercakap-cakap omong kosong ja. Sekali terjadi sungguh. Adik-adik aku pernah ja masuk run. Aku ja kaki bangku. Memang sejak azali memang tak pernah bergiat dengan sukan. Habis kuat, jadi pom pom girl ja, hewhewhew...

Yang daftar semua adik aku buat. Maka pagi tu bermula la fun run pertama aku. Fun run yang aku join ni yang Bulan Sukan Negara tu dan buat kat Riverfront City sungai petani. Pukul 7am dah start. Dah la la tak buat latihan apa langsung.

Pagi tu aku terjah ja. Sampai dah lewat sikit, tengok dah ramai tengah stretching, goyang-goyang sikit, lompat-lompat sikit gitu la. Aku follow la sikit-sikit.


Kekunun tengah panaskan badan 
Habis ja, maka acara pun bermula la. Mula ada dengan adik lelaki aku  lagi, lepas tu, aku cakap, p la dulu, yang sorang lagi adik aku tak tau lepas mana dah. Maka berlari- lari manja la aku.

Lari dah terus berlari..
lari....
lari...
lari....
jalan..jalan...jalan....
dah mula rasa bila nak habis ni. Aku rasa 5km ja.Time tu baru ke sedari, 5km bukan kaleng-kaleng gais. Asal aku lari and jalan, aku tengok signboard, aik, ni kat Bakar Arang ni, omg.... jauh kot aku lari and jalan-jalan...hahahaha...

Mula cakap dalam hati, bila nak habis ni, bila nak habis... jauh lagi ni. alaaa.... Mula menyumpah diri sendiri dalam hati, hahahah.. Sampai ada yang lari sambil tolak stroller, aku potong dia, dia potong aku, aku potong dia, dia potong aku, aku rasa tercabar kot, dia tolak anak kot. Aku, lenggang ja. Tapi endingnya, dia meninggalkan aku jauhhhhhhhhhhh..... Sebab time tu aku rasa tak mampu berlari lagi dah.

Adik-adik aku memang hilang tah kemana la.. Aku cuma pastikan aku bukan la yang terakhir, hahahaha.. sikit-sikit selfie, nak tengok ada orang dak lagi kat belakang, hahahahahahah.. burukkan!hahah...

Lepas tu adik aku mesej cakap dia dah sampai. Oh man...Menjadikan aku lagi semangat nak sampai, hahah..Aku mula rasa positif sikit. Macam dah redhakan. Lagi satu nampak bangunan tanda-tanda dah nak sampai, hahaha...

Aku berjalan sat, lari sat, jalan sat, lari sat.. sorang-sorang dikelilingi dengan orang tak kenal.

Bila makin lama, dah dengaq lagu-lagu, tanda nak sampai la..

Dah nak sampai dah

Tengok orang belakang

Happy sikit dah nak sampai
And then aku pun sampai la. Lepas tu blur blur, eh kat mana nak masuk ni, vingung sebentar,hewhehwhew...


Ramai dah sampai weh, dah balik pun ada, hahaha...

Mesej adik aku tanya kat mana.





Lepas rest, photo-photo, tunggu bersurai and gerak la p cari makan.



Alhamdulillah, dapat jugak.



Tunggu depa nak berphoto plak..Lawan gaduh hang aku plakk..

Conclusion, aku rasa berjaya mencabar diri aku untuk buat sesuatu yang aku memang tak pernah buat and macam tak akan buat. Aku rasa puas hati and best. InsyaAllah, ada rezeki akan masuk lagi, tapi fun run ja la.

Balik tu apa lagi, sakit sana sini la, padan muka..hahaha Thanks untuk adik-adik i sudi ajak i, love both u laa..muahhh!!

0 Comments