, ,

Hey Kuala Lumpur!

Assalamualaikum.. aii...

Lama sungguh nak boleh post yang ni pun.

Hari tu aku dengan Una cakap nak jalan-jalan. Tapi biasa la kalau cakap dengan makcik ni, cakap main-main. Seronok sembang. Lepas tu kata, jom la kita p, serius ni. Dia pun cakap okey. Aku teringin nak p Melaka, tapi sebab tu tanah tumbuh membesar makcik tu, aku pun cancel. Nak p lepas tu cakap p KL ja la. Dia pun okey. Selalu aku p transit ja.

Nak kata plan idok la, macam redah ja la. Memula nak naik bus ja, tapi risau berejam dalam bus, nak naik flight plak, macam malas nak gerak, jauh plak nak sampai Penang, last ajak naik ETS. Lagi pun Una tak pernah naik lagi. So perkara pertama aku buat adalah beli tiket ETS. Lepas tu gasak la nanti p mana-mana pun. Hahahah...

Macam biasa la, lepas beli yang lain apa pun tak plan, sampai la hari-hari berdekatan nak gerak, mula la bingung sebab hotel tak tempah lagi. Konon bajet nak dok hotel have-have uols, sekali aku kena bayaq duit letrik terduduk la aku sat. So, Una cakap tak pa, pakai duit dia dulu, dia akan topup mana yang kurang, aku bayaq balik lepas tu. Alhamdulillah, legaa den.

Maka cari la hotel mampu milik, sebab yang dok berangan sebelum ni, mampu tengok ja dari jauh, hahahahaha...

So kami duduk kat Travelodge City Centre. Una dah cakap, Aku memula nak duduk Apartment ja, tapi Una nak duduk hotel kena ada breakfast, last duduk sini ja. Tapi sebab last minit, jadi blur la nak cari hotel pun. Tapikan, aku rasa kalau sapa perasan, tiap kali aku nak cari bilik mesti aku blur nak pilih, hahahahaha.. Orang yang cari bilik ja tau perasaan tu macam mana.

Lepas aku tunjuk Una, dia approved.  Janji ada makan, tu ja penting, hahahah..

Aku amik Travelodge kat Pasar Seni. Kalau dari KL Sentral amik lrt turun Pasar Seni and jalan kaki sikit. Memang dekat gila kot.


Bilik kecik ja, tapi bagi aku okey ja




Overall alhamdulillah puas hati, cuma makan dia macam tak rasa la. Kalau baca komen kat booking.com memang sama, pasal makan yang banyak..hahaahha.. Tapi tak pa, Food Panda kan ada, hewhewhew.. order ja nok..

Bilik dia kecik sikit, especially jamban dia. hahah, tapi aku okey ja.

Nak tempah sini> booking or travelodge site

Okey, aku share yang tu dulu. Nanti aku sambung. Walaupun dah nak masuk 2020, hahah...
Share:

No comments:

Post a Comment