Azam Muharam ini

Azam tahun lepas aku tak tau apa dia. Azam tahun sebelum tu nak dapatkan kerja tetap dan dah dapat pun. La ni untuk azam baru ni aku nak : -
  1. nak sambung belajaq ( otak berkarat ni boleh ke idak le..huhu)
  2. nak improvekan diri pasal kamera ( bak kata zool, gambaq aku semua buruk.. sob..sob..)
  3. nak rajin-rajinkan diri memasak, hehe ( sejak balik sini aku jadi seorang yang malas masuk dapur)
  4. nak kawen boleh dak, hehehe.. (seru dah sampai kot, haha, tapi calon plak takde..huh) akukan target nak kawen umoq 27, so tahun depan dah 27..
Boleh  tak ha? Nak seribu daya, tak mahu seribu dalihkan? Orang lain boleh awat kita tak boleh buat pulak, betul tak?

Caiyok, caiyok, caiyok!!

Aku yang bajet sibuk ;D

Orang lain cuti sekolah relax jer.( Somebody mungkin busy jugak kot) Aku dah tersusun kerja-kerja yang menimbun. Macam-macam nak kena buat, pening tak tau nak mula yang mana. (Tapi dah mula dah..)


Ini list aku. Kena list kalau tak jenuh nak ingat la sebab kadang-kadang aku ni pelupa. Banyakkan? hehe (Sedangkan orang lain lagi sibuk dari aku..haha)

Yang penting aku bukan makan gaji buta tau... ;p

p/s: Abaikan tulisan aku yang 'cantik' itu yer..huh!!

Kenduri kawen

Tahun ni ramai teman-teman aku kawen. Sungguh tak sangka, umur cepat berganjak. Semalam aku ke Bongor ( kat Baling ye bukan kat Indon, hehe). Majlis teman sekolah menengah aku si Kimi dan si Muneer @ Munirah. Temanya kelabu dan nampak sama cantik sama padan.

Look gorgeous kan!! (amik kat pesbuk si Muneer)

Hari ni teman aku si Shafazillah akad nikah dan kendurinya sabtu ni. Oleh kerana semuanya berteman dan tinggal aku jer tercangak sorang-sorang, terpaksa la aku menumpang kaki  dengan si Zool. ( Ini la nasib bila smpai tua pun masih single mingle, hadoiii!!) 

Ahad on 12th plak kenduri umah Ain. Abang dia kawin. Oleh kerana aku rindu yaamat kat si Ain ni, aku nak p jumpa jugak dia. hehe (Pulun dak aku?)

25th ni plak on Krismas kenduri Shapinat. 24th akad nikah dia. Mentang-mentang la aku tak kawen lagi, dia mintak aku jadi dia punya pengapit. Tolong kawankan, nak wat gena..

Kenduri orang jekan, kenduri aku plak?! Coming soon~~

My 'D'

Semalam, aku tak boleh lena. Terbayang-bayangkan sidia..waaaa.... Pusing kiri nampak dia, pusing kanan nampak dia. Kompom aku kena sindrom angau.. hahaha!!

Keputusan akan diberikan petang ini.

Tak sabar rasanya..hehe.. Doakan moga aku dapat apa yang diinginkan setelah sekian lama..huhu


P/s: Perasaan ni last mai sebelum Oranje aku sampai..hahahaha..

Masa Coti..

Hari ni keja aku PM laptop. Hadoii.. 1 laptop kena format, tapi masih tangguh lagi. Hehehe..

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Boleh bayang macam mana tunggu laptop tengah PM... Sambil layan lagu, nasib baik la boleh layan lagu, kalau tak mau mati kutu aku ni..hurm.....

.
.
.
.
.
.

Satgi aku update plak, nak karaoke hindustan sat..
hahaha