Jenjalan

Aku tengah mengisi SSQS. Tapi berjanggut dah dok tunggu. Sat boleh, sat dak. Dulu isi ok ja. Senang dan pantas. hmmm....

Sesambil tunggu loading portal tu, aku saja godek-godek tengok tempat pelancongan kat Kedah ni, Rupanya banyak lagi tempat aku tak p. Tu tara anak kedah tu..Selalu orang cuma tau Langkawi ja. Lani aku nak habaq serba sedikit tempat-tempat yang best.

Tempat perkelahan yang menarik ni terletak di Daerah Baling. Berapa kali dah p ni. Memang best. Ayaq dia sejukkk beb. Serius cakap. Kalau berkelah bawak nasi makan panas-panas sedap ooo... Walaupun hari tu kecoh pasal kencing tikus, tak salah aku dah bukak dah ni.

Yang ni pun best. Tapi lagi best kalau p malam-malam ok. Sebab ayaq dia panas. Ada kemudahan yang disediakan macam tapak perkehmahan. 

Sedim terletak didaerah Kulim. Selain sebagai tempat perkelahan, ia juga dijadikan tempat berkayak. Sesapa yang berminat berkayak boleh la mai sini. Lagi satu yang menarik kat sini adalah jambatan gantungnya atau "Tree Top Walk". Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini.

Pantai merdeka ni terletak dalam daerah Kuala Muda. Sekarang sedang dinaiktaraf. Ada chalet yang baru dirasmikan oleh Sultan Kedah. Kalau nak camping pun best kalau nak merasa suasana pantai. Not bad. Kalau dah p sana, jangan lupa singgah pekena Mee Udang Pulau Sayak. Udang dia besaq-besaq. Lagi satu, singgah la di Tanjung Dawai k.Femes nih. ; )

Wat sementara yang ni dulu. Karang aku sambung balik k! :D

Kerabu Mangga

Tetiba rasa nak post kerabu mangga ni. heeee..

Bahan-bahan:


-Mangga dicincang halus
-cabai, cili or lada                             - Tumbuk
-bawang merah                                 - Tumbuk
-nyioq or kelape sedikit                     - Tumbuk
-sedikit santan (untuk kuahnya)
-udang kering digoreng tanpa minyak, kemudian tumbuk (amik jenis kecik tu sedap)


Cara membuatnya:


1. Campurkan kesemua bahan tadi dan gaulkan hingga rata. 
2. Masukkan garam dan gula sesedap rasa. Gaulkan lagi.
3. Sedia untuk dimakan.

Makang Anging

Esok wa dah keja. Wa rasa sangat malas tau. Hmmm..2 hari cuti kejanya asyik maken, maken, maken,, hmmm..

Aku na story pasal p jenjalan baru ni. Pepagi sampai singgah semayang dan mandi kat Masjid Chalok Kedai, Setiu. Sesudah selesai bertolak p cari makan pulak. Selesai makan singgah kat Desa Murni. Start la untuk menghabiskan wang.


Selesai shopen gerak ke Taman Tamadun Islam @ Masjid Kristal. Sapa yang nak naik bot bayaran RM9 kalau tak mau naik jejalan la kat kawasan sekitarnya. ; )


Aku pilih nak naik bot. Ni cik abang ni tengah bagi penerangan. Dia bawak pusing-pusing lebih kurang 45minit la. Aku apa lagi, kena angin sepoi-sepoi bahasa, lena la. Tersengguk-sengguk. hehehe...


Ni sebelum naik bot, abang ni bagi penerangan pakai "kostum" come ni. hehe..


Kami lena kat sini. Selesa. Kat Batu Burok ni.

Petang ke Pasar Payang. Ni Bazaar Warisan dekat dengan Pasar Payang tu.

Habes bosan tak toroh, kami pun berjalan-jalan la.Dan nampak la Istana Maziah.  Dekat area tu jugak.

Esoknya lepas cekout ke Kelantan pulak. Kira sampai petang cekin kat Kota Bharu. Malam ke Pantai Cahaya Bulan. Kol 10 gerak ke Wakaf Che Yeh. Esok paginya ke Pasar Siti Khadijah. Jalan serata cerok semaa-mata nak makan nasi kerabu. heee... Pastu makan Sata. Nyam..nyam.. Bertolak balik lepas cekout la dalam pukul 12.00 pm macam tu. 

Sakit kaki tak tau nak habaq. Selalunya kalau berjalan aku lebih selesa pakai sandal. Tapi ada sekali dua aku gasak gak ngan sandal. (I.S.A= Ikut Suka Aku)

Rumusannya, not bad. Cuma sebab p macam nak p shoping ja tu yang tak best. Aku lebih suka p tempat diselangi dengan p muzium ka, kiranya macam 'Rombongan Sambil Belajar' gitu.  Tapi tak kisah la. ; )

p/s: Untuk kat Kelantan, aku tak dapat amik gambaq bebanyak. Time ni tak dak mood sangat dah. Sakit kaki, selsema, nak demam la. huhuhu...

Ganu lagi?!!

Aku baru je balik dari trip Terengganu n Kelantan last week. Now dapat lagi offer untuk ke sana. Macam mana eh. Nak p, tak mau p, nak p, tak mau p, nak p, tak mau p.........Istikarah lu.. hmmmm....


p/s: Kesibukan membuatkan tak sempat nak upload gambar ke sana. (tak de la cantik pong..)

Menci aku

  • Kekadang manusia ni suka cakap, tapi apa yang dia cakap tu ntah apa-apa. Mual bila kena dengaq. Asyik dia ja cakap. Bosan!!
  • Bila dah bercakap, dia saja yang betul. Uihh, tak kalah. Semua idea dia paling mantop dan bernas la. Mungkin pendapat dia bagus untuk dia. Tapi awak tengok tak orang yang awak sedang bercakap tu macam mana?
  • Kenapa tak boleh bagi peluang untuk dengar pendapat orang lain? Kenapa, dah rasa bagus sangat ka? Mungkin kalau dengar apa yang awak cakap, fuyooo... dasat babe, tapi habuk pun tarak!
  • Awak mungkin pandai dalam bidang A, tapi awak kurang dalam bidang B. Tapi awak tetap berpura-pura pandai dalam bidang B depan orang. Kesian awak, sebab awak memalukan diri awak sendiri bila menunjukkan kebodohan awak.
  • Jangan la bagi harapan kat orang kalau diri sendiri pun tak yakin. Ini tak, bagi harapan menggunung, lastly buat tak tau ja. Kononnya tak pernah ada apa-apa. Time ni, jangan marah kalau orang cakap awak penipu yer..
  • Kalau salah kenapa sukar sangat nak cakap mintak maaf? Susah ke nak ucap MAAF? Awak boleh buat dek jer macam tak ada apa-apa. Sekali dua tak apa la, banyak kali, jangan marah la kalau kita pun buat macam tu, ok!
  • Bila kita cakap, RAHSIA, mean apa yang dicakapkan itu, tak perlu la nak canang kat semua orang. Apa ka bodohnya boleh p cerita kat orang. Bodohkan?
  • Muka suci murni, tapi rupanya, hmmmmm .... 
  • Bab membodek no 1. Tengok nampak macam pijak semut tak mati tu. huh!!
  • Kalau dah rasa tak mampu bayar, jangan la nak amik barang mahal-mahal. Ukur baju badan senirik la muat ke tak. 
  • Kalau tak tau tanya la babe. Tak payah dok wat senyap konon-konon tau. Nak jaga status la konon.

I need a rest but...

Start dari minggu lepas aku rasa penat. Sebab sibuk memanjang. Pagi ni bangun serius rasa macam tak nak cuti. Tapi kena mai jugak sebab ada banyak keja yang masih belum disiapkan. Due date khamis ni la. Orang cakap kalau sakit, lawan jugak sakit tu bagi tak sakit. So aku yang sesangat tired ni nak lawan jugak bagi cergas. Kalau tak alamat keja tak siap dong!!

Senyummmmmm.... (Aku tengah senyum ni... ;D) Ajak! Ajak! Ajak!!

p/s: YaAllah, kau kuatkanlah diriku bagi menempuh hari-hari yang berbagai dugaan ini. Kau bersihkanlah hatiku ini dari sifat-sifat keji YaAllah... Ameenn...