Pages

nuffnag

Sunday, June 30, 2013

Bandung & Jakarta - Paris di Jawa 3

 Assalamualaikum.
AlFatihah untuk Arwah Makngah Patema


Pukul 7am kami dah turun breakfast sebab 7.30 kami nak gerak ke Tangkuban  Perahu. Hari ke 3 ni kami masih bersama Pak Lily. Kami bertolak awal sebab tak mau terlibat dengan kesesakan nak naik ke Tangkuban Perahu tu sebab kawasan tu atas bukit. Tiket ke sini dah include dengan pakej yang kami ambik, so tak payah pikirin lagi ya. On the way jugak Pak Lily sugest untuk cuba Ketan Bakar. Makanan ni pulut yang dibakar makan dengan nyioq orang utara kata dan jugak dengan kuah kacang. Sedappp. (Tapi depa kata tak sedap, hehehe)

Wafa dan Pak Lily

Selain tu, try pisang cheese (tak tau spesifik nama apa) jugak ada. Pisang nangka tak silap aku salut dengan susu dan di taruk cheese. Aku pernah makan dulu  tak sedap, tapi yang ni sedap. Yang ni Pak Lily belanja. Waktu kat sini la ada bapak-bapak yang akan mai jual strawberi la, blueberi la dan apa-apa lagi la. Sila jangan rasa kasihan untuk membeli kat depa no. Sebabnya bila kita rasa, manis, bila yang dibeli tak manis pun. Sebabnya depa dah celup dalam ayaq gula. Selesai makan, terus gerak.


Bila kami sampai sana, Ya Allah, dah ramai orang rupanya. Bayangkan kami keluaq awai, ada lagi awai dari kami.Tempat kat sini lagi dingin especially bila angin mai, aduh, best benar ..haha!! Sebelum turun Pak Lily dah pesan,"jangan rasa kasihan sama penjual-penjual itu ya..".




Kat kawasan sini ada lagi ramai dok jual macam-macam k. So tahankan diri dari beli k sebab dia mungkin akan paksa hampa beli. Aku maksudkan yang bapak-bapak ganteng yang bawak barang tu, bukan yang berniaga kat gerai tu. Sambil jenjalan tu, kami beli la buah tangan beda untuk bawak balik Malaysia. Kami dapat la harga ‘pecah telur’. ‘Pecah telur’ ni maksudnya lebih kurang pelanggan pertama yang mai beli barang la. Kalau salah tolong betulkan. Apa lagi sakan la semua memborang.

Lepas tu kami berjalan la nak tengok kawah gunung berapi ni. Bila semakin dekat dengan kawah rupanya semakin kuat angin. Pergh memang kuat la angin dia. Dapat la tengok kawah tu dekat-dekat. Kawah ni masih aktif sebab sebelum kami mai, kawasan ni tutup sementara. Sangkakan memang tak dapat masuk sebab tutup, rupanya dah buka, lega dapat masuk. Sebab kalau mai Bandung, Tangkuban Perahu adalah tempat yang wajib p ok. Kalau tak rugii oooo….



Menurut Pak Hendra (2nd tour guide), Tangkuban Perahu ni ada cerita dongeng. Ia berkenaan si ibu dan anak lelakinya yang terpisah sekian lama kemudian berjumpa. Bila berjumpa jatuh hati la pulak. Si anak ni terpegun dengan kecantikan ibunya sendiri tapi dia tak tau tu ibunya. Kemudian si ibu dapat tau ada parut kat si anak ni. So, dia tau la ni anaknya. Buat la syarat untuk anaknya ni, buat perahu dengan apa ntah dan mesti siap subuh keesokan hari. Oleh sebab si anak ni ada ilmu-ilmu gitu, cepat la dia siapkan permintaan si ibu tu. Oleh itu, si ibu ni berdoa supaya matahari terbitnya awal. Marahlah si anak ni dapat tau dia ditipu, ditendangnya perahu. Dapat la tengok perahu yang seakan terbalik kat sana. Nak tau lebih lanjut boleh ke sini.



Kemudian gerak ke Pasar Baru pulak...


Jom ikuti part lepas : D
Part 1
Part 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...