Kembali

Hah!! Lama tak update dohh!!

Agak sedikit sibuk dan banyak malas sebenarnya... ;)

Tak lama dah 2012 nak mai. Amacam? Ada yang azam apa-apa ka? Aku macam ni la. Tak dak apa nak azam rasanya.haha!!

Aku curi-curi update sat ni, sebab tengah cek barang untuk pelupusan sebab besok bahagian pelupusan nak mai. Penin cari barang yang letak merata tempat...


Wordless Wednesday


Sekarang dah jatuh hati dengan variety show ni. Running Man!! hehehe...Bestttt!!

* Lama tak update. Sibuk memanjang dan mood tadak..

Tembak untuk ShaziShawl


Semalam photoshoot untuk Syazis Shawls. Agak kurang best, sebab belum puas amik gambaq, hujan sudah turun ma. Ni model untuk sesi semalam. Masih dalam editing photo. Nanti aku upload sikit kat blog ni. Nak tengok bebanyak boleh klik kat atas nu, aku punya flickr. (Saya budak masih belajar... :p )

Hampa boleh blogwalking kat http://syazishawls.blogspot.com/ . Boleh la usha-usha kot ada yang berkenan dihati. Tak pun untuk lelaki boleh bagi kat awets ka, mak ka, mak mertua ka. ;) Kalau fecebook boleh cari SyaziShawls. Boleh la like. ;)







Waktu dulu 2

Nak sambung lagi...

Aku putus cinta! yeye!!hahaha.. (Nerd-nerd aku dulu boleh kapel, pelik dak?tu namanya galak!) Lama dolu nu, time memude dulu. Memang sawan jugak aku. Bukan sat, lama gila. Tapi cover ja, senyum, gelak tapi dalam hati tuhan saja yang tau. Masa tu, rasa memang lost gila. Kawan baik pun duduk jauh. So, tak dak kawan la nak share. Boleh pun mesej dengan kol ja. huhu.. 

Tapi, koi lama, koi pikiaq apa yang bestfren aku ni cakap terus semangat sikit. Aku dok meratap sadis, dia dok happy go lucky buat apa. Macam la dia dok bagi aku makan selama ni. Betoi dak? So kuatkan semangat, tak mau pikir langsung menda alah ni. (Tipu la tak terpikirkan, ada la sikit..) Time ni la cuba "bersohsial". Idok ler sosial pergi disko tu, cuma up sikit beramah tamah. Sampai ada pakcik makcik nak buat aku menantu la. Ish..ish..ish..ish... 

Alhamdulillah, dan lepas tu la aku jadi reti bercakap. Kiranya pandai la nak beramah tamah dengan orang. Kalau dulu buat dek je. Lani, jumpa orang boleh tegoq la. Sampai ada hari tu, aku p interview keja, bestfriend aku ni temankan. Saja ajak dia, kebetulan dia mai umah aku. Masa tu kat KL. Aku siap boleh dok bersembang dengan kawan-kawan yang mai temuduga jugak. Siap tukaq no telepon lagi. Apa lagi, si Una ni terkejut la. Dia cakap, aku dah banyak berubah. Masa tu aku baru perasan yang aku dah berubah. =) Yala, dia yang paling rapat dengan aku.Last year jumpa kembali xkapel aku. Dia pun cakap aku dah banyak berubah. hahahaha... 


Moral of the story, kadangkala setiap perkara yang terjadi tu, ada kebaikannya. Cuma kita ja tak sedaq. Bila terjadinya sesuatu perkara, itu membuatkan kita lebih kaya dari orang lain. Tapi bukan la kaya duit, tapi kaya dengan pengalaman. Pengalaman adalah ilmu yang kita takkan dapat dari mana-mana pun.  Kita sendiri yang rasa dan kita sendiri yang boleh judge menda tu. :) 

Cinta tu bukan tak baik sokmo. Ada baiknya jika disertakan dengan niat yang baik. Cuma cinta tu akan jadi tak baik, bila manusia senirik yang mempermaikan cinta. Aku ni bukan la pandai bab-bab cinta ni, cuma bercakap melalui pengalaman senirik dan kawan-kawan. Sharing is caringkan.. ;)


ps: Tetiba berada dalam mod "LOVE"





Waktu dulu..

Aku dulu adalah seorang yang sangat pasif. (orang cakap) Aku kalau nak buat apa-apa macam takut je. Senang cakap tak dak keyakinan diri. Nak buat apa-apa kena bergantung kat orang. Nak cakap dengan orang takut, nak beli barang takut, kiranya semua menda takut la.. fuhhh...

Dari kecik lagi aku memang macam tu. So orang akan cop aku budak baik la, manja gitu. Waktu kat sekolah menengah, bestfriend aku, si Una ni la jadi mangsa. Kalau nak buat apa-apa dia la kena. Tapi, dia la kawan terbaik, tak pernah merungut. (tak tau la kot dok merungut belakang aku, ngeh..ngeh..ngeh..) Dulu time sekolah aku galak, maka berkapel la aku ngan sorang mamat ni. Cinta monyet, bodo ja kalau pikir balik. (dah tua baru rasa dulu bodo, mangkuk betui la aku ni)

Sampai la habis sekolah, aku kena berdikari, bestfren aku ni dapat study kat lain, dan si kapel aku ni p tang lain. (Aku pun tang lain) Kiranya kena belajaq berdikari la. Sedih gila, tapi memang tawakallah!! Waktu study tu, aku dah pandai sikit bawak diri. Kiranya nak balik umah tu, boleh balik sendiri dah la. Tak payah abah mai amik. (Lagipun aku jenis tak suka nak susahkan sesiapa, sebab nak try berdikari.) Alhamdulillah, kira lepas la diri aku ni.Mama pun rasa lega sebab anak dia sorang ni dah boleh jaga diri. (Bangga time tu, kehkehkeh..)


Tapi time tu, aku tak pandai bercakap dengan orang. Bukan la kata bisu, tapi tak pandai nak bersembang-sembang. Kalau dok ramai-ramai, aku rela dok senyap ja. Kalau p interview, aku tak pernah nak tegoq orang-orang sebelah aku tu. Bukan sombong, tapi jadi tak reti lagu mana tak tau. Kalau nak sembang ngan budak-budak laki ni, memang tak la jawabnya. Cakap menda-menda penting ja, merapu bagai tu tak la. So, baru ni ada budak kelas, chat ngan dia, dia cakap dulu aku sombong. hahaha..


Hari berganti hari, bulan berganti bulan... Tetiba sesuatu terjadi. Dan perkara itu menyebabkan aku berubah.

To be continue..

ps: panjang-panjang bosan plak nak baca kan,kan,kan.. =)

Tiada kata


* gigi saya besor..

Portable Applications


Sumber photo en Google

Uish, rasanya lama dah update pasai menda-menda komputer ni. Hari ni aku nak kongsi pasai portable. Lama dah pasai portable ni. (Tapi saja nak habaq gak) Atau dalam bahasa melayunya lebih kurang mudah alih ka ha? Macam tu la kot. Kiranya setiap perisian tu, kita tak perlu nak install dalam komputer atau laptop, cuma run saja melalui pendrive atau external hard disk saja. Mudahkan.

 Dah ada macam-macam la ni. Contohnya chrome, firefox, cclenear, antivirus la dan banyak lagilah.
Macam aku. aku suka firefox portable. Sebabnya macam-macam aku bookmark dalam dia. Walaupun la ni orang dah ramai pakai smart phone, tapi golongan tak mampu macam aku ni boleh la simpan lam pendrive tu. =p Lagi satu aku suka portable driver. Kalau sebelum ni, aku pakai driver genius untuk dapatkan driver dia, kena install dulu, salin balik driver dia, so macam susah ja. (Senang ja, tapi saja nak cari lagi senang  ;P) Lani, tak gaduh dah, cucuk pendrive, klik ja, terus ja dia install driver tu. Lagi mudahkan! 

Tapi bahananya, kalau pendrive kena virus... lalalalalala....

Nak secure, buat dua la. Kiranya backup la. Aku dah kena berapa kali, tapi Alhamdulillah la, sebab copy merata. Dalam pendrive la, lappy la, external hdd la.

 Ada macam-macam. Contohnya:



Kalau ada salah silap tu tolong perbetukan ok. Sharing is caring... 



Novel Cinta Kontrak


Cinta Kontrak. Sedap bunyi tajuk dia. Penulis dia masih muda baru 18 tahun. Sesuai la untuk budak-budak muda baca, tapi untuk aku macam dah tua (memang dah tua..)baca cerita budak-budak ni kan. Tapi ok jugak cerita dia. Not bad. Tapi banyak kebudak-budakan sangat sebab tu aku cakap sesuai untuk remaja la senang cakap.

Cerita dia pasai Nur Alia Airsha yang bertemu jodoh dengan musuh dia senirik, Mohamad Danial Franz, lelaki kacukan melayu+perancis. Sebenaqnya si Danial ni dah jatuh hati kat Airsha, tapi ego. Depa kawin pun ada kontrak.Tapi kontrak tu sekejap ja. Walaupun depa ni dah kawin, tapi masing-masing lebih suka buat hal masing-masing.Ada jugak berlaku konflik dalam perhubungan depa ni, bila Bella yang tergila-gilakan Danial ni nak bagai nak gila.

Tapi macam biasa la, ending terbaik. hehehe.. Nak tau lebih lanjut p la beli. (Aku pinjam kat kazen aku ja, kuikui..)

ps: nak p cari novel Anis Ayuni la.. Novel dia yang diadaptasi untuk drama pun teruja nak tengok. Tak sabaqnya aku.. =p

Untuk kamu, kamu dan kamu

Manusia itu bukanlah sempurna, sentiasa ada kesilapan yang dilakukan. Oleh itu janganlah kita mengharapkan kesempurnaan pada mereka, kerana diri kita juga kurang sempurna. Tidak perlulah menuding jari kepada mereka yang melakukan kesilapan itu, kerana empat jari lagi menuding kepada kita.

Andai kita telah membuat pilihan, maka lakukanlah yang terbaik. Tidak perlu berkeluh kesah selepas itu kerana itu adalah pilihan kita. Andai ada cabaran mendatang, maknanya makin banyak pahala sedang menanti yang akan diberiNya. Jika sudah sampai dipenghujung akal, maka bertawakallah....

 


Wordless Wednesday#


Raya Time dengan Pak Lang

Novel Pergilah Air Mata

Aku baru menghabiskan membaca novel ni. Serius best beb!! Memula tu tengok-tengok gitu ja, peh tu start la baca. Bila dah mula tu ka, nak baca sokmo la. Serius best beb. Bagi aku la.

Cerita dia pasal Sabrina yang kena tangkap basah dengan Badrul. Kenal pun dak lastly kena kawin jugak. Dah la memasing ada marka dah. Nak dijadikan cerita, rupanya kawan baik si Sabrina tu yang rancang untuk malukan dia. Gilo, dah la kawan baik, gamak dia buat lagu tu. Peh tu, kawan baik dia tu apa lagi, masuk jarum la amik marka si Sabrina ni. ish3.... Peh tu, dia bagi la hasben dia si Badrul ni nikah lain dengan marka dia.Cerita ni betoi tragis baq hang!! Lepas satu masalah, mai masalah lain. Tapi happy ending la. Kalau nak tau beli la. hehehe, Nak cerita kat sini panjang sangat pulak.hehe. (Awok pun pinjam je buku ni kat kazen awok, hehe)

Ni dia cover dia. Tengok biasa-biasa ja kan. hehe..

Yang buat aku tertarik nak baca sebab cara penulisan dia. Tak dak la merapu banyak sangat.Jalan cerita yang menarik, plot dia susun pun kemas. Senang kita paham. (Almaklum la, aku pembaca tegar..)


Alhamdulillah, Syukran Jazilan..

photo en google

Bersyukur sangat sebab dapat bonus hujung tahun ni. Lagi satu sebab dapat naik gaji. Syukur sangat. 

Tapi kadang-kadang aku heran, ada sesetengah manusia yang tak tau bersyukur. Ada la 2 3 kerat kawan kat fb tu, tak pueh hati merata. Tak tau la. Ritu bagi separuh mengata, ni bagi separuh lagi pun mengata. Lepas tu berdengki, kawan keja kementerian ni, baguih la, dapat elaun banyak, peh tu, gred gaji ni syok la, dapat banyak. Lepas tu jadi la bunga-bunga taik nak gaduh. Hmmmm...


Tapi ikut suka depa la kan, malas nak kata apa. Yang penting, aku cukup makan, pakai, OK!!

ps: nak beli rumah ok tak..ngeeeeee


TQ Cik Ana =)

Pagi ni blogwalking pas tu masuk blog budak ni. Hahaha.. Lawak la, KL Gangster 2 tu beb. huahuahua...
Yang bestnya aku pun ada sekali tu. Terharunyer.... =)

Ha todia, besor bapok aku tempek. Nampak tak nama aku tu, yang aku bulat come-come tu..keke..  Kategori supermak tu. (Kena kawen cepat-cepat ni.. ;p)


Wordless wednesday



ps: aku tengok ramai dok wordless wednesday, nak join gk la..kihkihkih...

Drama Tahajjud Cinta


Drama ni semakin menarik la beb. Suka plak tengok. Lakonan Eman Manan menjadi la sebab aku memang menyampah ja tengok. Mana taknya, mentang-mentang la dia ilmu agama tinggi, cakap priang-priang la pasal hadis, ayat Al-Quran. Ceh!!

Yang Seri tu plak rasa macam bodo ja. Kalau aku la, dah lama aku lari. hmmmm.... Ayah dia lagi la bodo.. Ikut la sangat ustaz tu. cis!!

Tapi semua tu hanyalah lakonan ja.kekeke.. Tapi menarik la jalan cerita dia.

Manusia ni jangan hanya dilihat pada luaran, sebab kadang-kadang apa yang dilihat pada mata kasaq tu menipu belaka. Tapi tak semua la. Orang cakap, tepuk dahi, pikir-pikirkan la..kekeke...

ps: Dah jatuh hati plak dengan lagu tema dia ni, merpati..

Ganu Photo






Tak sempat lagi aku nak edit. Macam biasa, sibuk.. statement besa.. ;p

Cantik tak?


Suka tengok gambaq ni. Cantik la. Dengan awan dia, memang comel la!! Saja dok godek-godek gambaq jumpa yang ni. Boleh view kat sini untuk tuan punya gambaq. Orang pro la kata.

Time tak dak keja aku suka tengok gambaq-gambaq. Rasa seronok. Agak-agak bila boleh nak dapat amik gambaq lawa-lawa cam gitu... huhuhu....

Bila kita dapat ambik gambaq, itu adalah satu kepuasan. Tambah-tambah kalau gambaq tu menjadi. Setengah orang dia akan cakap, gambaq tu biasa ja, dan setengah lagi akan puji. Biasa la tu, normal. Masing-masing punya pendapat la.


Terengganu again....



Esok nak ke Ganu lagi. Jadi urusetia plak tu. Hadoii la.. (Tak teruja nak p sebab dah p dan jugak sebab ada majlis formal, especially majlis formal la..)

Kat sana aku n my gang akan melawat sekolah(Katanya sekolah terbaik) Iaitu Sekolah Padang Midin dan Sekolah Paya Bunga.




Nasihat Sepanjang Zaman





Photo en Google

-Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.
Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.
-Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusan-Nya.
-Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.
-Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.
-Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.
-Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke  dalamnya.
-Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.
-Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.
-Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

Info dari I Luv Islam

ps: Sharing is caring....

Google+

Apa itu Google+ ? Mungkin ramai yang dah tau. Ala-ala macam facebook jugak, social network.



Macam biasa, bila tau benda baru mesti nak try. Jadi aku pun try la. Antaramuka dia ala-ala facebook gitu.


Sekarangkan facebook dah banyak buat menda baru. Apa kata anda curang sekejap view-view Google+ ni..kekeke....

ps: Friendster, Myspace, Tagged, Facebook, Twitter, Gmail+ ...... Macam-macam cara sekarang nak bersosial, tak payah keluaq umah pun..

Majlis Perpisahan untuk PK HEM

Malaysia kalah dengan Japang 2 - 0.. Thanks to Mr Apek...

Hari ni ada cikgu kat sekolah yang tamat prkhidmatannya sebagai seorang pendidikan selama 38 tahun. Fuhh, lama tu dia keja. Cikgu Tan su Booy, merangkap PK HEM jugak. Seorang yang baik, macam mak-mak tu. Dia la yang mengajaq Bahasa Mandarin. Tapi i dah lupa la u, huhu... Kena refresh balik lepas ni. Hilang seorang pendidik, maka akan datang yang baru mnggantikannya. Harap biarlah lebik baik.

Malaysia vs Japang

Bukan mengharapkan kemenangan, tetapi mana semangat pemain ha? Hmmmm... Untuk masa pertama dah 1 Japang...


senyuman plastik sahaja, harap maklum


Tunggu untuk masa ke 2 pulak..

Facebook bertukar lagi!!!

Mesti ramai yang tengah pening sebab facebook sekali lagi membuat perubahan. Kawan-kawan saya ramai yang upadate status pening. hahaha.. Tapi nasib baik saya tak membenarkan facebook menukar page saya. =D

Tapi ada cara macam mana nak kembalikan page ke bentuk asal. Sebab katanya yang baru ni ada update status kat sebelah kanan tu ha.

Scroll untuk pergi ke bawah sekali sampai la anda nampak ni (Facebook © 2011 English (US) )kat sebelah kiri anda. Tukarkan kepada English UK k. Cuba la tengok, info ni pun saya dapat dari kawan saya jugak.


Selamat mencuba kawan-kawan ku sekalian.. ;)

Mahar Cinta Cinderella

Agak tersentuh bila sampai pengakhiran cerita...Bak kata Dr Zaharah, "Sekiranya Allah mengatakan 'Jadi', maka 'Jadilah' ia ..."

Peribahasa orang cina, orang yang diselamatkan adalah tanggungjawab seumur hidup orang yang menyelamatkan.

photo en google

Oh haram... =D

Sumber Mr Youtube.. 

Suka la lagu ni.  ;) Oh, haram... Cerita yang best, ada makna tersirat..

Dia yang kunikahi--->novel der...

Selesai sudah membaca buku 'Dia Yang Kunikahi' karya Iqbal Syarie. Senoknya baca novel ni sebab dalam masa dia bercerita mengenai watak-watak dalam novel ni, dia selitkan sekali ilmu agama. Contohnya berkenaan cerita nabi, macam mana dalam Islam menuntuk kesabaran dan macam-macam lagi la. Rasa puas hati baca. 

Tapi watak Johari terlampau tulus dan iklas. Untuk masa sekarang la, berbanding masa lalu yang agak tunggang langgang.

Penamat cerita tak best, memang tak suka, tak suka, tak suka.huh!! Tapi jalan cerita dia garap macam tu, baca saja la. Keseluruhan ceritanya OK!!

 Photo dari blog tuan punya 

Lani aku tengah baca 'Mahar Cinta Cinderella'. Permulaan pun syiok ja. hehe.. 


Nanti dah baca aku habaq sikit-sikit noo.. =D

Fata Kawen


Ini kawan saya masa study dulu. Kawen sudah. Gambaq ni sebenaqnya dah lama. Godek-godek jumpa so upload la. Hehehe.. Tq Fata to being my pren.

p/s: Ingat masa kena buat final projek, bawak cpu naik moto dan yang tukang pegangnya aku la dan yang bawak motonya si Fata ni la. hehehe.. dulu mana ada external hdd, pendrive pun mahal, tak mampu..

Sambungan raya..

Untuk raya ke 3 ke rumah Mak Lang yang buat Rumah Terbuka. Makanan yang sedap dan masa tu tengah lapor la kata..hehe..

Di malam harinya pulak, ada buat bbq kat kepala batas. Dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu. Especially dapat jumpa dengan family Paksu Jad sebab lama tak jumpa. Last jumpa waktu kat KL dulu di rumah Cik. La jumpa si kecik yang kuat berceloteh berbanding dulu yang tak mau kat orang pun.hehe..


Hari pertama kerja, petang p jumpa kawan baik saya. Sekian lama tak jumpa, selepas dia kenduri last saya jumpa dan sekarang dia sangat-sangat la berisi. Berbanding saya, maintain 47, ok!! (Abaikan saya yang macam stupido sebab kurang sihat..)

Rumusan untuk Raya bagi tahun 1432h adalah biasa-biasa saja. Hmmm.... Tiada yang seronok, dan tiada yang tak seronok. Semoga saya dapat merasai Ramadhan lagi tahun hadapan, ameennn...

p/s: perasan tak bahasa saya yang agak skema.. kekeke..

Google Gravity, its fun!!

‎1)Go to Google,and type 'Google Gravity'.

2) Click on the 1st result that appears i.e. Google Gravity

3) Wait 2 seconds. Something cool will happen!
...
4) Play with it for a while.

5) Then write any word (ect:facebook) in the Google search bar and press Enter.

6) Wait and see. Something even cooler will happen. Awesome!!

Nikon D7000

 
Photo sumber en. Google

Saya sibuk tolong kawan untuk jual kamera dia. Baru lagi pakai dah nak jual. hmmm...




-Nikon D7000
-Nikon lens 16-85mm f3.5
-Beg DSLR
-Filter
-Memori kad 8g
 
Memula tanya kawan-kawan dulu la kalau ada yang nak. Ada sesapa nak beli.. hehehe..
 
p/s: entry raya nanti saya sambung k.. =) 



On Hari Raya Edul Fitri 1432h

Adik lelaki bersama abah dan mama


Itu adik perempuan saya dan saya.. ( sungguh buruk saya..)

Hari raya tahun ni biasa-biasa saja. Mungkin tak sihat kot. Tapi alhamdulillah.. Raya pertama yang tak kemana.. hmmm..

 Raya Kedua malam buat BBQ kat rumah tok. Ramai, jadi rasa la keseronokan tu. Di sebelah petang kunjungan dari keluarga dari Kepala Batas.

to be continue....

Manik

Ritu saya ada cakap nak tunjuk manik sayakan.

Ni saya dengan adik saya pada raya pertama ni.


Mesti tak nampakkan.. Maaf la, tak nyempat nak amik gambaq manik ni.

Jenis jahitan macam ni la. Photo from manikmanikruby.blogspot.com

Rasa puas hati dapat jahit manik sendiri. Tapi saya suka yang simple saja. Tak crowded macam mak datin. 

Nak convert file lagu?

Macam mana nak tukar file lagu? Saya jumpa 1 software yang mudah guna. Klik sini.

Antaramuka yang menarik dan mudah.

Senarai yang boleh dipilih.

Boleh la mencuba. Mudah ja. Kalau ada sesapa tau converter yang lain boleh la kongsi-kongsikan.. ;D

Kad jemputan

Bukan kad jemputan kawin yer..



Khamis ni ada sambutan Hari Raya. Kena buat kad jemputan. Simple-simple saja sebab nak segera. Create dalam Publisher saja. Mudah ; ) Nak pakai PS kena godek lama-lama la sikit..

Salam Lebaran





Photo sumber en google

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Salam Lebaran untuk semua. Kesibukan membuatkan tak menyempat nak update blog. Buat teman-teman blogger semua, saya ucapkan Selamat Hari Raya dan pohon maaf andai ada salah dan silap.

* Photo raya masih dalam editing : D (+ photo baju manik, konon nak tunjuk sebelum raya tapi sibuk, nanti kita upload)

Monitor tiada paparan ----> Out of Frequency

Baru ni, 1 pc HDD problem. Memang tak dapat diselamatkan la. Solutionnya ganti baru la. Bila dah beli baru, kena la masukkan windows dan bla bla bla. Kiranya saya buat bukan guna monitor sebenar pc ni la. Lepas semua dah siap, siap sedia la pasang. Bila on, dia cuma boleh loading sat saja, lepas tu keluaq la 'OUT OF FREQUENCY' Jeng jeng jeng....

Masalah ini adalah kerana monitor yang saya test tadi adalah jenis CRT. Pasangan sebenarnya adalah LCD skrin atau monitor yang nipis tu. Macamana nak selesai masalah ni? Caranya adalah:


  1. on pc semula dan masuk dalam keadaan safe mode;
  2. kemudian klik kanan pada my computer dan pilih properties;
  3. klik pada hardware dan pilih device manager;
  4. klik pada display adapters dan uninstall ia;
  5. Restart semula pc dan masalah anda akan selesai.

Sebenaqnya ada macam-macam cara. 1 lagi cara kita tukaq monitor. Tapi i malas la u nak angkat monitor. hehe.. 

Sharing is caringkan..Share untuk sesiapa yang tak tau. Kalau ada cara lain boleh kongsikan.. ; )

Saya mengejar masa

Agak sibuk. Barang-barang untuk report bagi alatan ICT dah dapat. Vendor mai pasang, tapi takkan nak tengok saja.

Kena cek dan kalau ada yang tak kena. In progress lagi sekarang. Blog tak sempat update sebab ada 2 3 benda yang nak dikongsikan tentang beberapa troubleshoot. Facebook jugak tak sempat nak tengok, sekadar menjeling walaupun on.

Cikgu dah sibuk sebab makmal tak dapat guna. Kena siapkan sebelum cuti raya ni. Kiranya bila sekolah dah buka semua dah ok. ( Rasa memerlukan bantuan oksigen saja.)

p/s: ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, (sedang koma sekarang)

Cara membuka dua email dalam satu browser

Bagaimana untuk membuka lebih dari satu gmail dalam satu browser? Bos tanya semalam sebab katanya susah untuk buka dan tutup email. Oleh itu, saya pun godek punya godek punya godek, jumpa la. Memula..


  1.  buka gmail dulu;
  2. kemudian amik accounts settings;
  3. lihat pada multiple sign-in dan ia perlu ditukar kepada on. Klik pada edit seperti dibawah;

    4. Paparan seperti di bawah akan terpapar.

        Klik pada butang On dan klik pada semua kotak seperti contoh diatas. Kemudian savekan ia.

    5. Setelah siap paparan akan menunjukkan seperti ini, multiply sign-in telah berubah kepada on;
   


    6.  Sekarang kita boleh buka dua akaun gmail pada masa yang sama. Mudah ja kan.. ; )

Kalau ada sesapa yang tau cara lain leh kongsikan. Sharing is caring.. ; )


p/s : agak teraboq sikit ayat-ayat ini. Maaf yer.. hehe

Sedang teruja

Saya dapat award la..serius..Tak caya jom tanya Anis..


TQ Anis... hehehe.. Ni la bestnya bila join kt Mr Aril punya blog. Jom pakat-pakat join, boleh tambah ramai kawan-kawan..

Jom tambahkan FOLLOWER!


Alalalala... cutenyer.. comel dak? hehehe.. Buka blog bro Aril tengok ada kartun ni. Rupanya untuk segmen tambahkan folower. Apa salahnya kalau kita masuk yer tak, tak rugi pun.. ;)  Boleh tambah kekawan bagi ramai lagi.. Jom join..