Sakit gusi masih terasa. Walaupun dah nak masuk seminggu. Rasa menyesal jugak sebab p cabut. huhu.. Tapi redha la, mungkin ni ujian dariNya..
Jumaat lepas aku dan kekawan ke Penang. Bajet konon nak amik gambaq lastly en zool kita punya bagus igatan bateri dia tak bawak. Hangin aku. Kebetulan cuti minggu hari pekerja, nak naik feri tengok-tengok keta bersusun baik punya tu bai. Patah balik naik jambatan rupanya jem jugak. So tunggu jer la nak wat macam mana. Last sampai tengahari hujan lebat mencurah-curah. Dugaan lagi.
Lepas depa siap semayang, nak p makan la. Si arip cakap nak makan laksa apa ntah. Sekali ubah makan nasi plak. Makan la dekat Peladang tak silap aku area dengan Kolej Tinggi Mara. Lauk banyak tapi kurang sedap. (tak tau la mulut lain-lainkan..)
Kami sampai Botanic Garden pun dah dekat 4.30pm macam tu. Sabor je la..hurmm.. (Gambor kt flickr, malas nak uplod) Ramailah kawan-kawan siArip ni kat situ.hahaha..
Hari kedua ke umah Fatahiyah Husin untuk majlis kenduri. Tak sangka si Fata ni dah kawin. Aku bawak mak dan Dikmi konvoi bersama family Faizah dan Key. Balik singgah dan relax kat umah Pak Lang kat Kepala Batas. Nak dijadikan cerita hari kenduri tu la aku baru beli hadiah. Kami share duit sorang rm20 dengan Daya (ketua), Intan, Kak Yda, Mas, Wani dan aku la. Cangak tak tau nak beli apa last aku sambar iron ngan mangkuk besar macam magkuk sup tu.
Hari ketiga aku ke rumah Ain. Nun di Kola Nerang nu. Pertama kali drive sesorang p sejauh tu. Tapi Ain tunggu kat Pekan Rabu (sebenarnya aku yang tunggu Ain, ok!) P pekena nasi kat Pekan Rabu pa dulu, jejalan dan menyambar ikan pekasam yang kurindui kenikmatannya..nyum3.. Tidoq sana semalam dan amik cuti sehari. Best dapat jumpa Ain dan dapat bersembang macam-macam.
So, cuti 4 hari aku tak lekat kat rumah. Jejalan ja..hehehe
No comments:
Post a Comment