Hari ke2 Subuh-subuh sepie aku dah jaga. Punya excited nak p pulau. (Tak tau pasai pa) Jam keluaq p soru dulu. Dok bajet semalam nak makan kedai roti bakaq, lastly p kedai mamak kat depan ja. Risau nak jalan jauh plak. Nak keluaq kereta malas dah. Makan Roti telor + tarik tea. Besa la, aku ni memang pemakan, sekeping tak cukup, ain menghulurkan sebelah rotinya yang tak habis. Erkkk, Alhamdulillah... Kekenyangan la aku.
Aku punya tarik tea :D
Ain dan roti
Sesudah makan, kami gerak ke bilik dan amik beg makanan kami. (Bawak beg semata-mata ada makanan je wa cakap lu beb, serius!!) Tunggu la Pakcik Nan at depan tu, orang yang nak bawak kami p jeti. Sebab aktiviti lepas ni island hoping. yeahhh!! Sesampai van Pakcik Nan, naik la kami, dalam van ada 1 family chinese, (lupa tanya uncle tu dari mana), pastu gerak dan kutip orang lagi, kira semuanya 11 orang la yang akan naik 1 bot.
Ain dan PakCik Nan (tak berapa nampak dengan topi ain yang besor tu)
Kami di bawa ke 3 pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau beras Basah. Pualau Dayang Bunting tu kalau sapa tak biasa berjalan, termengah-mengah la anda. Sebab kena naik atas bukit sikit. Tapi be careful, sebab banyak kera kat sini. Serius cuak giler aku time ni. Ada minah arab ni, kamera dia dah sedekah kat kera tu. Oleh sebab aku ni p berdua ngan Ain ja, tumpang berani sebab jalan ramai-ramai ja la. huhu..
Ada ikan yang akan main-main degan kita
Time ni ramai dah(Ain Posing)
Waktu kat Pulau Singa Besar, bot berenti kat tepi pantai ja. Kiranya kitaorang tak turun la. Boleh tengok burung helang. Banyak.(teruja la sat time tu.. :p) Lepas tu gerak ke Pulau Beras Basah. Yang ni la best sebab boleh mandi. hehe..Sampai-sampai letak beg, terus terjun.;) Best la.
Waktu balik, aku terus naik bot dalam basah-basah tu la. Balik bilik dan siap-siap nak keluaq pulak. P ke Cable Car. Sebelum p, kami kol dulu sebab kot-kot dah hujan ka kat sana, sagi tak dapat naik plak. Tapi alhamdulillah, bleh naik. Tak dapat snap waktu atas Cable Car, sebab gerun.. (hehehhe) Kat atas boleh dapat tengok pemandangan. Kalau sesapa yang suka tempat tinggi boleh la.
Nampak tak aku pegang ain, haa,, aku dah gayat time tu.. :p
Waktu balik, ada mat salih tolong ambilkan
Turun dari atas, kami merayap kat bawah dulu. Banyak kedai kat bawah. Saja cuci mata tengok apa-apa yang patut.
Selesai kat Cable Car, kami bergerak balik ke Cenang. Sebabkan waktu pun dah petang, tak boleh nak kemana. Kami singgah makan on the way nak balik kat 1 kedai makan ni. Simpang 3 pertama nak ke Cenang. Kedai Patani. Makan Koey Teow Sup Siam. Sedappppppp!!! (or sebab aku tengah kebulur.. ;p)
Kerakusan Ain memakan bihun sup siam
Balik dari makan, kami terus dok melepak kat pantai. Pastu jejalan. Tengok matahari. Cantik view dia. Sebelah malam plak kami p melantak kat kedai ikan bakaq.
Makan 2 orang ja
Sedap makan kat sini. Orang patani jugak. Besa la, kadang-kadang bila berjalan makan makanan yang jarang rasa baru best. Balik dari makan, sembang-sembang pastu nganga la.. ZZzzz...
No comments:
Post a Comment