Novel Dekatnya Cinta , Adam & Hawa2

Assalamualaikum.. hellooo..


Sambungan Adam dan Hawa, Dekatnya Cinta
Ada yang dah beli novel sambungan ni? Yang minat giler drama Adam Hawa mesti nak tau kisah sambungannya. Tunggu apa lagi, p grab cepat. Ceq dah beli dah dan sedang baca sekarang. Jom kita tengok sinopsis dia sikit noo..

" Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan Allah S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali. Kata dan janji diulang-ulang. Ya! Tiada sesiapa lagi antara mereka yang akan ditinggal pergi.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji?
Adam kecewa! Kenapa Ain permainkan kepercayaannya? Kenapa Ain tergamak menduakannya? Ain curang! Ain tidak setia! Ain sudah lupa dia adalah suami! Akhirnya, Adam melafazkan talak.
Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu. Adam salah faham. Adam silap pandang. Adam lebih ego sebenarnya! Emosi si suami mendahului akal. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.
Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati."

Nak tau lebih lagi, sila dapatkan di kedai buku berhampiran atau mudah lagi, beli online je.. :D

Photo sumber sini

1 comment:

  1. hurmm.. boleh la try cari nanti novel nie :D
    thanks kongsi ..

    ReplyDelete