Buku Diagnosis

Assalamualaikum. aip!!

Sibuk semedang, tu tak sempat update blog, tak sempat nak blogwalking. Baru nak panas enjin bogwalking, minggu depan keluaq lagi. Tak pa, kerja tukan ibadah. :D

Dok simpan entry ni dalam draft berzaman, jom baca, hehe..
Ramai dok bercerita pasal buku Diagnosis ni. Apa lagi, gigih la mencari. Terutama sebab salah seorang penulis dia Dr. Anwar Fazal yang selalu si Muna asyik retweet

DIAgnosis (abaikan background,haha)

Tengok sinopsis sikit:

" Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

                                                                   1. Kaya
                                                                   2. Bergaya
                                                                   3. 'Glamour'
                                                                   4. Rasa 'Superior'

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua diatas, bukan kerjaya kedoktoran.

Ini kerjaya yang akan membuatkan kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa. "


Pada aku buku ni menarik dan diselitkan kata-kata sindiran. Termasuk juga aspek ketuhanan. Buku yang simple dan mudah untuk difahami. 

Yang rajin MC untuk perkara tak berfaedah
Nak tau ending ni, beli la, hehe
#Kita selalu rasa keja kita la paling susah, paling mencabar, paling kejam, paling nak mati! So, buka bijik mata luas-luas, baca dan fahami kerjaya orang lain plak. Kita hingaq satu dunia tulis kat facebook. Tepuk dada tanya iman :)

1 comment:

  1. sebenarnya ada lagi tugs yg lebih susah cuma kita je tak nak ambil tahu kan

    ReplyDelete