Buku Amalan 24 Jam Wanita Haid

Assalamualaikum.. uit..

Rasa lama tak share pasal buku. Hari ni nak share pasal buku ni.



Sapa cakap bila mai bulan kita tak boleh buat apa-apa. Nah dalam buku ni share macam-macam zikir yang boleh kita baca. Ala, sambil iron baju pun boleh berzikir. Senang sangat nak buat pahalakan!

Selain tu bab permulaan dia banyak menerangkan mengenai apa itu darah haid. Ada la cerita serba sedikit berkait dengan fakta sains. Memang enjoy baca buku ni sebab menarik setiap bait-bait bahasa ni. Kira kalau kita baca tak dak la mengantuk.

Memang sangat digalakkan untuk mendapatkan buku ni.

Sinopsis sikit:


"Haid adalah fitrah kejadian wanita dan ketentuan Allah ke atas setiap wanita. Ketika kaum wanita didatangi haid, mereka sering mengalami penurunan iman. Mereka dilarang mengerjakan solat, berpuasa dan membaca al-Quran, seakan-akan semua pintu ibadah tertutup rapat untuk mereka.

Oleh sebab persepsi yang mengelirukan ini, aktiviti  mereka hanya berkisar kepada perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Walhal, haid bukan masa 'bercuti' daripada mengerjakan ibadah. Kewajipan ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid. Benarkah dalam masa 24 jam sehari, hanya sedikit ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita dalam keadaan haid? " 

2 comments:

  1. Menarik buku nih, ingatkan dyen nk kongsi amalan selain zikir so x perlu akak beli lagi ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.... banyak sangat akak isi nak kongsi..

      Delete