Pusat Sains Wilayah Kedah

Assalamualaikum.. haii..

Berzaman rasanya tak update blog. Bila bukak ja, rasa tak dak idea nak tulis. Macam ayat pun dah jadi serupa cipan. Peh tu asyik main tutup buka tutup buka la. Lastly tak bukak lama dah blog ni.

Dari aku nak merapu merabai, jom cerita basi nak share sikit. Aku memang suka share menda basikan..hehe..

Bulan September tahun lepas, (lama gilakan, hehe) lepas p ambik adik aku yang dah mula cuti semester, singgah ke Pusat Sains Wilayah Utara. Memang bekira-kira tu nak p tapi risau plak tak sempatkan. Tapi sampai jugak.

Tempat dia tak la sebesaq  Pusat Sains kat Bukit Kiara nu, tapi berbaloi la kalau p. Aku ni pun masuk-masuk jakun la jugak. Aku masuk hari tu free ja.Tak tau la kalau musim cuti ada bayaran kot kan.  Ada macam-macam benda kita boleh cuba. Banyak pengetahuan sains la yang kita boleh tau.

Sebelum bertukar menjadi power rangers


kayuh laju-laju


Ujian apa ntah ni


Yang ni paling best

"Hello sayang"

Ujian kegemokan mama dan aku

Bintang-bintang



Bayangan warna


Senang nak p, sebab tak besaq

Dari sini nampak Muzium Padi, sebelah ja

Kereta buatan Malaysia





Kalau nak p, dia berdekatan dengan Muzium Padi. Tapi kita akan jumpa muzium dulu, kemudian baru jumpa Pusat Sains ni. Depan dengan kolam renang.

Atau klik ja koordinat GPS: N 6° 11′ 27.7″, E 100° 19′ 29.4″

Ni alamat dia:

Pusat Sains Negara
Cawangan Wilayah Utara
Gunung Keriang
06500 Alor Setar, Kedah
Tel : +604-735 3373
Fax : +604-735 3386
Emel : psn[at]psn.gov.my
Nota : Kami boleh dihubungi pada waktu bekerja (Ahad – Khamis : 8:00 pagi hingga 5:00 petang).

Nota kaki: Sangat sesuai untuk bawak anak-anak ke sini. ;)