Ditimpa ujian

Assalamualaikum, lama menyepikan! Bukan la sesaja menyepi, tetapi Allah bagi ujian sikit, maka berehat la sebentar. : )

29hb 1 lepas,  aku dan officemate aku, ditimpa kecelakaan. Aku ngan Hawa keluaq p makan kat depan office. Macam biasa rutin sejak ada kawan, kami memang selalu makan kedai depan tu. Tapi kena lintas jalan besaq 4 lorong. Selesai makan, kami gerak balik la. Sebelum lintas, wajib la tekan butang untuk melintas tu. (Aku tak tau apa nama dia, yang ada lampu isyarat kat atas langit tu. zebra crossing aku tau la.)

Camgini la kitaorang lintas 
Aku kat sebelah kanan, dan Hawa sebelah kiri aku. Lepas dah make sure kereta berhenti, kami pun lintas la. Tapi rupanya, ada kereta sebelah kiri kami tak berhenti. Oleh sebab Hawa tinggi dari aku, aku memang tak nampak langsung kereta tu. Sedaq-sedaq kereta tu dah langgaq aku. Tapi nasib kami baik, sebab dia sempat brek kalau tak, blog ni jadi sejarah ja la........

 Walaupun dia brek pun, si Hawa terduduk jugak la, aku ni plak dah terbaring. Sebabkan aku terkejut sangat aku jadi blur-blur. Yang Hawa dah keryau-keryau, aku ni dok mamai.Bila nak p klinik baru aku sedaq.

Hawa luka kat kaki,tangan kiri dia sakit. Aku plak luka kat dua-dua siku, kepala bengkak sebab terhantuk, kaki lebam, sakit satu badan habis la. Kira sakit habis la 1 badan. Allah saja la yang tau rasa sakit tu macam mana. Tapi itu la, ujian Dia bagi tu sikit ja. Orang lain ujian lagi besaq dari ni. Ada hikmah la apa yang jadi ni. Tanda Dia ingat kat kita and Dia suruh kita jangan lupa Dia.

Benda dah nak jadikan. Alhamdulillah boleh menaip dah. ngeeee.... Semua bil perubatan ditanggung. Scan otak mana la tau luka kat dalam ka hapaka kan. Tapi syukran, sihat.

So berhati-hati la bila melintas, walaupun kita dah tekan lampu sekali pun, jangan harap sangat dengan lampu tu. Kenapa? Sebab driver kat Malaysia ni semua sakit jiwa. Nak pecut ja semedang. Vongokkan!! Nama ja rakyat Malaysia berbudi bahasa, padahal.......

Tak mau la cakap banyak, sakit hati. Buat semua tukang skodeng, hati-hati dijalanraya ok. Kalau hampa tak dak orang tersayang, orang lain ada orang tersayang, so hati-hati ok! peace!! yoo!!

Photo sumber : http://www.tutorialmelayu.com/

Nota kaki: Mana rakyat Malaysia yang penuh sifat mulia ha??

2 comments:

  1. Den..alhamdulillah syukur kerana x de kecederaan yang teruk..pemandu di msia mmg sgt tak berhemah..lampu isyarat oren tetap nk jalan..walhal perlu ready utk stop...

    ReplyDelete