Big Field a.k.a Padang Besar Perlis

Assalamualaikum, haii...

Hari tu aku ngan gang #ftchingu ke Big Field a.k.a Padang Besar, hahhaha.. Nak p Selesaikan kerja, lastly tak selesaipun, hahah..

Layan gambar aku ja la..hihihi






Waktu on the way balik, lalu ladang jagung. Time p, dah cakap balik singgah la kalau sempat. Sekali dah sempat apa lagi, berphotog la. Entah sapa punya ladang aku tak tau la, main redah ja masuk. Tapi ada ja orang lalu lalang, kami senyum ja la. Depa tak cakap apa pun, so boleh la. Cuma amik gambar je kan.














Panas lit lit kot weh. Balik kami singgah makan kat Big Galley's Cafe kat Alor Setar.




Western tapi pedas. Sis tabah ja weh, hahaha.. Tak menarik dia punya persembahan dalam pinggan. hihi.. Jangan marah, komen jujur okey.

Nota kaki: Gambar no watermark, just capture with my cikai hp. Sapa yang follow aku tu, mohon tinggalkan link untuk follow balik. Terima kasih.


Saigon City Vietnam (part 6)

Assalamualaikum..oit!

Saja nak share trip malas p Saigon amik pakej dengan Ibrahim. Overall memuaskan hati. Sebab bawak familykan, so kena la cari yang okey dan selesa.

Boleh cari kat FB Ibra Him ni. Sebelum cari dan jumpa macam-macam. Harga lebih kurang. So aku decide dengan dia ja la.

Harga termasuk makan + penginapan+ entrance =RM570 sahaja. Dengan mengada-ngadanya aku, aku tanya Ibrahim, duduk hotel mana. Dia cakap, Song Anh Hotel. Aku terus search hotel tu macam mana, hahaha.. So, okey. Jalan..hihihi

Hotel ni memang kecik ja




Nak ke bilik aku 307

Tadaa


Tidoq sorang 1 katil ni, heaven



Nak shopping kat bawah pun boleh

Nampak tak, kecik gila hotel
Overall aku puas hati. Perkara wajib, kena tinggal passport kat hotel. Bila aku baca, banyak yang bagitau info ni. So aku tak ralat sangat la.


Saigon City Vietnam (Part 5)

Assalamualaikum, haii..

Okey, ada lagi gambaq tak habis minggu lepas. Layan ja la..hihihi..


Buku

Doraemon

Follow ja



okey, gerak ke Pejabat Pos Besar Ho Chi Minh City.

Tadaaa!!

us
okey, story sikit pasal post office ni. Pejabat Pos Ho Chi Minh City ni di bina antara tahun 1886-1891 di zaman penjajahan Perancis pada abad ke 19. Memang lama gila la. Tengok senibina dia dari luar pun dah nampak style.

Tugu kat depan Pejabat Pos

Tadaa, cantikkan
Boleh la pos surat



Tak silap ni la peta yang di lukis selepas siap bangunan ni, rare la
Antara barangan yang di jual dalam pos office

Menyesal gila tak beli ni, tak jumpa dah yang ada tulis macam ni, huhu



Lepas tu kami ke Muzium Perang atau War Remnants Museum. Kat sini la di tunjukkan barangan peperangan macam heli, kereta kebal yang kesemuanya adalah kepunyaan Amerika. Perang Vietnam ni pun Amerika campur tangan. Apo laa.... 

Vietnam ni dulu pernah dijajah oleh Perancis seperti yang semua ketahui. Walaubagaimanapun, setelah kekalahan Perancis, Vietnam terbahagi kepada dua iaitu Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Peperangan ni dikenali sebagai 'Perang Vietnam'. Peperangan ni jadi lebih sengit lepas Amerika Syarikat campur tangan dengan menyokong Vietnam Selatan. Kalau tengok gambar-gambar kat sini waktu perang sangat menyedihkan. Serius weh. Kalau masuk dalam bangunan bekas penjara depa, rasa Ya Allah, sadis weh. Siksaan depa buat tu, tak dapat digambarkan betapa sakitnya. Kalau sapa tengok cerita Rambo tu, macam tu la. Tapi biasa la, bila cerita tu digarap konon depa la hero, well....

Perang berakhir tahun 1975 dan Vietnam Utara yang menang. Dah menang Vietnam ni di satukan  sebagai negara komunis. 

Ha todia hasil risikan aku dengan Wikipedia. hihihi, saja share dengan hampa.

dapat sticker ni sebelum masuk




Pintu masuk, abaikan pakcik seksi tu
Sebelum kita masuk, kita pusing-pusing dulu kat luar ni. Ada macam-macam kita boleh tengok.

Macam-macam ada


Dapat tengok kesan tembakan kat dinding tu kalau perasan
Aku lupa yang ni  yang mana satu hahah





Ni la heli rambo naik dulu..

Maduk sini memang agak menakutkan
Bila masuk kat kawasan penjara yang depa siksa tu, dah macam meremang sebab tengok dan baca cara depa siksa orang. Katanya, ni memang tapak penjara betul. Cuma dikecilkan saja untuk lawatan. Maksu aku siap pesan, tak kuat semangat tak payah ikut. Sebab perasaan ingin tahu aku tu menebal, aku ikut la paksu aku. Maksu aku tunggu kat bawah ja. Tapi kawasan ni tak besaq sangat, so okey ja. 
Ada gambar aku ambil, dok godek tak jumpa, tak tau la terdelete ka apa..huhu..

Kau rasa


 Hasil kemusnahan bahan kimia




Antara poster yang ada di sini

Lepas tu kami gerak nak cari sport shoes. Katanya kat situ memang semua barang sukan ada. Memang sepanjang jalan tu barang sukan. Aku dah lupa nama tempat tu. Dan tak amik gambaq pun. Aku tak beli apa pun. Just ikut sepupu aku cari barang ja.

Yang aku sempat snap ni ja, hahah
Selesai kami gerak balik untuk makan  kat Musa Kariem Halal Restoran. Sudah makan kami balik hotel. 

Ayaq segelas pun RM8. Tu belum mintak ayaq bukan-bukan lagi, bayangkan
Lepas tu keluar balik nak jalan-jalan. Memula kami p Saigon Square. Harga barang ni standard la. Sepupu aku nak cari kasut tak jumpa lagi. Lepas tu gerak pulak p Saigon Centre. Kat sini ada mall Takashimaya. Ala-ala mall macam kat KL la. 


Kebetulan nak krismas 

Tak sanggup la nak pakai

Serius lawa

Macam nak, tapi fikirkan umur yang meningkat, nak kasut yang selesa, simpan ja la angan tu

Tadi nampak Lazada, ni Shopee plak
Balik tu macam biasa la, singgah Malaysian Street dan segala street yang ada. hahaha, Shopping la hari last. Aku cari barang souvenir sikit untuk kawan-kawan and adik beradik.

Malam last ni la ada yang cari gaduh dengan aku. Sebabkan aku tanya harga. hmm.. Lantok la kau, nak maki aku pun, ada aku kisah, memang aku tak beli la,hahaha..

Time makan malam tu la ada suatu kisah terjadi. Ada kawan fb mesej aku. Kebetulan siang tu aku post gambar cakap ada kat Vietnam. Dia PM aku tanya nak mintak tolong sesuatu. Lepas tu dia cakap nak mintak tolong bawak balik bulu ayam. Ada 12 biji, sebab pos tak boleh, sebab kena pos banyak-banyak. Aku dah cuak dah time tu. Homaigod!! Apa ni. Aku pun tanya la dia, bulu ayam apa ni, hahaha, soalan bongok aku tanya dia, bulu ayam lakan,..Lepas tu dia cakap Orang Vietnam main timbang-timbang menda alah ni. Aku terus tanya Mail. Mail pun cakap benda yang sama. Agaknya dia tunggu aku reply mesej dia lambat sangat, terus dia cakap, "BUKAN DADAH.HAHAHAHA" terus kami dua hahahaha.. Padahal haha aku, haha takut kot, hahaha.. Aku tak kenal dia kot. Dia cakap ada orang dah beli. Aku cuma tolong bawak balik ja. Aku cakap aku dah takut nak bawak balik ni. Endingnya, aku tak dapat tolong dia, sebab aku dah nak balik esok pagi. Awat la dia tak pm aku awai-awai, kalau tak aku p beli ja kat jalan yang jual banyak barang sukan tu dari aku nak ambik kat orang yang dia dah pesan tu.huhuhu.. Sorry ye Encik, tak dapat nak nolong.

Aku balik tu baru aku godek sapa la mamat ni, rupanya aku friend dengan dia time aku dok cari pakej. Padan la.. hahaha... 

Selesai sudah untuk hari ini, maka balik la ke bilik. Masa untuk mengemas semua bag-bag aku.Esok pagi pukul 6.30 dah nak turun kat bawah. Aku tidoq lambat malam tu, layan filem apa ntah.

Ada satu kisah lagi time balik ni.

Esok pagi pukul 7 gerak ke airport. Maka bakal la meninggalkan tempat heaven kalau nak shopping ni.  Oleh kerana sampai awai, kami lepak la dulu.


Lepas keluar toilet, tengok kapal terbang



Tempat lepak yang best
 Aku tengok ada tempat landing, apa lagi, landing la. Yang dekat sleep zone kena bayar k.





Bayaran yang dikenakan untuk sleep zone ni. Tak dapat ambil gambar dalam bilik tu, sebab berkunci.


Tunggu punya tunggu, flight kami delayed. Yang sebelum kami pun tak gerak lagi, telah la kami. Maka kami pun tunggu la. Gambar kat atas aku ambil awal lagi. Sampai la time kami pun tak gerak juga orang depan. Kami pun dok merayap la kat situ.

Merpati sejoli

Tengah dok merayap, tetiba aku dengar nama paksu aku, terus aku p kat maksu aku. Time tu semua orang dah gelabah. Rupanya dah sebut nama aku sekali kot. Aku dok berangan apa ntah tak dengaq, hahahah... Terus kami semua p kat gate la.

Dah sampai tengok eh, ni staf yang kat atas tadi. Oleh kerana pelat dia bercakap english so Vietnam, kami semua memandang antara satu sama lain. Lepas tanya sekali lagi, baru aku dapat tangkap powerbank. Ha, sudah..Bagpack warna hitam. Bag aku warna hijau. Dia mintak suruh ikut dia. So, Am decide ikut. Aku tanya, nak kaklong ikut ka, dia cakap tak pa. Dah ramai pulak ikut, satgi apa-apa tak tau pulak. So aku tunggu dengan yang lain kat gate. Maksu aku dah susah hati la anak dia tak mai lagi.

Dalam dok tunggu tu, tetiba aku perasan ramai orang berlari naik atas balik. haa, apa benda pulakkk.. Aku pun p la tengok kat tv tu, sekali tukar gate dari 26 ke 16. hahahaha... Aku p bagitau semua. Maksu aku tetap nak tunggu situ. Dia tengah susah hati anak dia tak dak kan. Aku pun susah hati jugak,  kang kena tinggal tak pasai pulak. Aku terus call Am. Am cakap dah settle. Jadi aku bagitau tukar gate. Dia cakap staf tadi dah bagitau tukaq gate. Dia dah gerak ke gate. So aku bagitau semua, baru la maksu aku nak gerak. Jumpa la kami kat gate 16.

Muka happy walaupun lepas nama kena panggil hahaha
Walaupun jadi femes sat tadi, dengan susah hati bagai, mampu lagi ambik gambaq posing sakan, hahaha. Orang pandang ja. Buat ja muka tak bersalah,hihihi..

Sampai kat imigresen, kalau pakai baju sejuk, jaket kena tanggalkan. Yang si adik ni, dia pakai jaket tu saja. Tak pakai tshirt kat dalam. Ha, kecut perut la. Tapi Alhandulillah, lepas jugak. Kalau tak, tayang la kau punya kesaduran tu dik, harharharhar...

babai HCMC


Selamat sampai ke KL tak salah jam 1.30  petang.

Overall, mesti la bestkan, jalan dengan adik beradik. Satu sebab tak ramai, so tak dak banyak kerenah la. Cuti kali ni memang aku santai gila la. Tak fikir apa pun. Tak amik gambar apa pun. Cuma nak relax dan berbawang dengan maksu aku, hahaha...

Enjoy la. Happy la sebab tak rush-rush. Tak dak tengok matahari terbit ka, matahari terbenam ka, hahaha.. memang trip santai gila. Shopping pun tak sangat, sebab maksu aku pun bukan kaki shopping. Beli untuk adik beradik, diri sendiri,kawan rapat ja.

And cuti ni jugak dengan pakar sejarah semua. hahah, so syok la. Paksu, maksu and paktam suka bercerita pasal sejarah dulu-dulu perang Vietnam. Belum masuk abah aku lagi. Kalau abah ikut, mesti suka dengan kereta kebal semua. Maklum la, family yang sukakan sejarah. hihihi..

Terima kasih untuk semua, terima kasih teman jalan, teman merapu, hahaha..