Reply 1988 Korean Drama

 Assalamualaikum.. haiii.. Aku nak share drama terbest abad ini. Cerita mengenai kekeluargaan, persahabatan dan ofcos percintaan. Drama ni tak salah 2015.  Ada 3 season reply ni start dengan Reply 1997, Reply 1994 and Reply 1988. Aku tak sempat nak tengok reply yang lain. Sebab banyak dok racun kata yang ni best, aku layan la. Tapi memang best la.

Paling aku suka watak Hye Ri. Memang jadi mengada-ngada dia. hahah.. Tapi rasa semua menjadi watak depa. 


 Cerita ni mengisahkan mengenai 5 sahabat dari zaman kanak-kanak sampai la remaja iaitu Duk Sun, Jung Hwan, Taek, Sun Woo and Dong Ryong. Dalam 5 orang ni, Dok Sun la paling susah. Tapi sama-sama family depa pun baik sangat. Akan tolong sama-sama.

Drama ni vibe dia lain, sebab macam kita zaman dulu-dulu. Zaman tak dak gajet dulu. Tapi sama yang duduk zaman 80an dia akan lebih terasa.

 
 

 

 
 
Ending dia macam sedih sebab bila semua dah besaq, semua pindah. Masing-masing dah ada kerjaya masing-masing. Tapi in real, watak dewasa Taek dengan Dok Sun dah mati pelakon tu.

Prison Playbook Korean Drama

 

Assalamualaikum.. Mesti ramai tau drama ni. Aku pun dah terpengaruh lepas adik aku cakap best cerita ni.

Drama ni megisahkan Je Hyeok seorang pemain baseball hebat yang masuk penjara sebab menyelamatkan adik dia dari orang jahat yang menceroboh masuk ke rumah dia. Dia dihukum penjara selama setahun akibat dari masalah itu.

Kat penjara ni dia jumpa kawan baik dia dulu Joon Ho yang berhenti bermain baseball dan menjadi warden penjara. Kat sini la dia jumpa macam-macam orang dan merubah perangai Je Hyeok ni.

 
 

 


Beyond Evil Korean Drama

 Assalamualaikum.. hai.. Drama kali ni pasal penyiasatan pembunuhan.

Lee Dong Sik ni adalah seorang pegawai polis. Dia juga merupakan seorang suspek kejadian pembunuhan kejadian pembunuhan yang berlaku di kampungnya satu ketika dahulu.

Dan selepas 20 tahun, kejadian pembunuhan itu sekali lagi terjadi dengan cara yang sama. So, time ni dah mula semua orang kat kampung tu jadi suspek,

Bagi aku best, and cerita ni macam berkait-kait plak.


 



Hi Bye Mama Drama korean drama

 *Post ni lama gila dok simpan. Aku post hari ni sekian lama..Setelah sekian lama tak update.

 

Assalamualaikum.. haii.. 


 

Aku tengok drama ni, sedih la weh, tak tau nak habaq..

Cerita ni mengisahkan pasal Cha Yu Ri yang dah meninggal 5 tahun lalu, hidup balik. Tapi hanya di beri 49 hari sahaja untuk dia kembali ke tempat asal dia, meaning dia kena jadi wife Kang Hwa and ibu anak dia. Masalahnya husband dia dah kawin lain, acaner.. 

 

Cerita ni sumpah sedih weh. Part dia jumpa mak ayah dia balik. Mak dia masih tak boleh lupa pasal dia walaupun dia dah lama tak dak. Ayat mak dia dalam ni yang makan dalam jugak la, "bila isteri kehilangan suami, dipanggil balu, tapi kalau ibu ibu kehilangan anak tak dak panggilan apa-apa" so boleh describe betapa sedihnya saat kehilangan anak tu tanpa ada panggilan.. 


 Drama ni ada part lawak dia, tapi entah la, aku asyik ingat part sedih lagi. Ada yang part husband dia cakap, kalau wife dia tak dak dah, dia takkan kawin lain. tapi lepas tu dia kawin lain, husband dia teriak la weh, mintak maaf..huhuh..