Assalamualaikum.. Alkisahnya, trip ni macam sesaja ja la. Tahun lepas Wafa ada ajak p Kuak Hill tu, sebab dia dapat voucher ka apa ntah, tapi kita kena PKP plak. Tak boleh nak rentas negeri. Maka tamat la di situ.
Pastu, aku sesaja la macam, jom p. Dia cek date, dah fully booked sampai Mei 2022 tak salah. And ada 1 date ja iaitu on 24.1.2022. Kira on ja la, cuti berlambak. Maka dengan rakusnya, kami pun booked la, hahahaha...
Tapi dah alang-alang nak cuti 24 dengan 25/1 tu, baik ambik ahad sekalikan. So, kami plan ahad tu p Taiping. Asalnya ajak Aq, tapi Aq bukan minat camping-camping ni. Dia jenis tidoq hotel ja, hahaha. So, kami 2 ja la. Lagi senang.
Pagi tu Wafa gerak amik aku. Cadang tu nak singgah makan kat Bandar Bharu, lepas tu, dok tak ketahuan atas jalan, maka brunch ja la kat tepen, hahahaha..
Tak tau la berapa kali dok rasa sesat, hahaha, ikut maps la, ikut kata hati la, lepas tu ikut jodoh, eh,,eh..hahaha..
Tempat yang tersampai mula-mula adalah Ban Pecah. Alang dah sesat, p ja la.
Peghak buih tengok moto ada ni..
Dah letih tu boleh la singgah makan sini, hihi.. tapi kami tak singgah pun, hahaha
Bestnya kami p ni, orang tak ramai weh, serius best. Kalau tunggu cuti sekolah, mau penuh kawasan ni aku rasa.
Lepas tu kami gerak p nak makan kat Rumah Makan Nasi Talam. Tengok maps tak jauh dah. Wafa dah pernah selalu mai kot sini, so dia tau lagi la. Sebab pernah tengok sis DJ p sini, so kita cari la nak p jugak. hihi..
Oleh kerana tepi jalan, mudah la.
Kami pilih set mana ntah, tapi yang lauk sotong. Kuah asam pedas, masak lemak telur apa tak tau, ada ulam sambal belacan, rendang daging tak salah and nasi. Semua lauk dah cakap untuk 2 orang ja makan. Tengah lapaq, apa lagi, makan tak ingat dunia la, hihih.. Meja banyak kosong, so kami pilih ja meja mana nak duduk.
Untuk lauk pauk kedai ni aku rasa sedap. Cumanya, pedas, hahaha.. Kami 2 tak makan pedas. pedas sangat tak makan, sikit2 pedas tu okey la. Sambal belacan tak ambil langsung, tapi tetap sedap bagi aku, lauk-lauk dia ada rasa. Pedas sampai Wafa cakap, tukang masak orang nismilan ka ni, hahahahaha.. So sambil makan, ada lagu macam rumah kenduri, feel macam kenduri la.
Lepas tu kami bergerak la.
Lepas tu sampai la kat Stesen Kereta Api Taiping. Stesen lama tau. hihihi..
Banyak kisah disebalik pembinaan stesen ni. Malas nak cerita, google la sendiri. Stesen baru kat sebelah ja. Kat sini dah jadi kedai makan.
Lepas tu kami gerak ke Taman Tasik Taiping. Nanti aku sambung la episod dua. Tulis panjang-panjang, nanti boring plak. hmm..Adios!
Bandar yang tiap-tiap petang hujan. Baju kena angkat sebelum pukul 2, kalau hari tu tak hujan, boleh check berita takut Malaysia dilanda kemarau.
ReplyDeletehahaha, lawak plak ayat last. Tapi betoi, pernah baca yang taiping ni memang tempat hujan suka turun ..hihihi
Delete