Cuti hari pekerja

Sakit gusi masih terasa. Walaupun dah nak masuk seminggu. Rasa menyesal jugak sebab p cabut. huhu.. Tapi redha la, mungkin ni ujian dariNya..
Jumaat lepas aku dan kekawan ke Penang. Bajet konon nak amik gambaq lastly en zool kita punya bagus igatan bateri dia tak bawak. Hangin aku. Kebetulan cuti minggu hari pekerja, nak naik feri tengok-tengok keta bersusun baik punya tu bai. Patah balik naik jambatan rupanya jem jugak. So tunggu jer la nak wat macam mana. Last sampai tengahari hujan lebat mencurah-curah. Dugaan lagi.

Lepas depa siap semayang, nak p makan la. Si arip cakap nak makan laksa apa ntah. Sekali ubah makan nasi plak. Makan la dekat Peladang tak silap aku area dengan Kolej Tinggi Mara. Lauk banyak tapi kurang sedap. (tak tau la mulut lain-lainkan..)

Kami sampai Botanic Garden pun dah dekat 4.30pm macam tu. Sabor je la..hurmm.. (Gambor kt flickr, malas nak uplod) Ramailah kawan-kawan siArip ni kat situ.hahaha..

Hari kedua ke umah Fatahiyah Husin untuk majlis kenduri. Tak sangka si Fata ni dah kawin. Aku bawak mak dan Dikmi konvoi bersama family Faizah dan Key. Balik singgah dan relax kat umah Pak Lang kat Kepala Batas. Nak dijadikan cerita hari kenduri tu la aku baru beli hadiah. Kami share duit sorang rm20 dengan Daya (ketua), Intan, Kak Yda, Mas, Wani dan aku la. Cangak tak tau nak beli apa last aku sambar iron ngan mangkuk besar macam magkuk sup tu.

Hari ketiga aku ke rumah Ain. Nun di Kola Nerang nu. Pertama kali drive sesorang p sejauh tu. Tapi Ain tunggu kat Pekan Rabu (sebenarnya aku yang tunggu Ain, ok!) P pekena nasi kat Pekan Rabu pa dulu, jejalan dan menyambar ikan pekasam yang kurindui kenikmatannya..nyum3.. Tidoq sana semalam dan amik cuti sehari. Best dapat jumpa Ain dan dapat bersembang macam-macam.

So, cuti 4 hari aku tak lekat kat rumah. Jejalan ja..hehehe

sakit gusi

Gusi ku sakit..

Gusi ku sakit..

Ini kerana gigi aku telah dicabut oleh doktor. Asal nak p tampal last-last doktor cakap 'tak dapat diselamatkan lagi....' huhu

 Minggu depan kena lagi satu kena cabut lor..huhu

Kalau masih sakit alamat tangguh dulu la..heee..

p/s : Cuti hari pekerja aku jejalan ja keja. Nanti aku story pasal cuti aku k  dan semstinya bersama gambar.. hehehe

Bulan 5 bulan sibuk

Maka dengan ini aku mengistiharkan, pada bulan 5 ini aku akan sibuk dengan aktiviti yang macam-macam.
Dan perasaan aku sangat teruja untuk menghadapi hari-hari sibuk ini. hehehe.. Dengan kursus, Khidmat bantu dan bengkel. Sangat seronok. 

Aku suka bila ada kerja dan tidak suka duduk saja kerana sungguh membosankan. (saya bukan kaki bodek ok!)

Tak dapat update AV?

Hari ni ada laptop tak dapat update AV. Solution yang aku amik memula remove dan install balik. Masalah tetap sama. So macam besa, kita tanya En Google la. Aku dapat dari forum http://forum.engkabang.net  dan aku berjaya setlekan masalah aku ni.

Dari apa yang aku baca, masalah ni adalah disebabkan oleh conficker.worm iaitu ia sebabkan av tak dapat diupdate. So kita bukak download.cnet.com untuk. Search software berkenaan. Contohnya macam aku pakai Sophos.Tapi kena ulang banyak kali sampai berjaya. Kalau tak berjaya jugak tanyalah kepada yang pakar.hehe

Setle masalah gua!! =D

Soalan ujian

1. RAM rosak
 Guna RAM tester
  Guna softwate (tp tak 100% tau sebab hanya bagi tau bit yang rosak)
 Tukar kat pc yang board dia ok, kalau jalan elok ok la.

2. DDR boleh pakai kat DDR2 tak?
   Tak boleh

3. Blue screen
  RAM problem
 MOBO problem
 windows problem so format saja.

4. Restart windows
  Win problem (format)
  tukaq psu (power suply)
  MOBO problem

Ni soalan yang ditanya kat aku. Dan macam besa aku akan terkedu seketika... Macam besa, tanya Mr Zool my sifoo.. TQ bro.

p/s: masalah diatas sokmo kena, tapi bila ditanya yang memerlukan jawapan dari mulut aku mesti ga..ga..ga...gap... ;p

Siti Aminah anaknya Lepat lor...



Aku rasa aku orang paling last tau Siti Aminah ni anak Lepat..huahuahuahua... Serius gua tak tau beb!! Ni pun kes depa habaq. Kalau tak, memang tak tau langsung la..hurmmmm....

Kes lepast ni dah lama time aku sekolah lagi. Isteri pertama dia Jane Brummit @ Aishah  larikan anak depa yang namanya Sunni. Sekrang dah besau pun.

Dan sekarang Lepat dah kawin kali kedua dengan perempuan Jerman dan dapatlah Aminah yang comel tu.