Penang Hill / Bukit Bendera Pulau Pinang

Assalamualaikum..Aip!

Cerita ni dah basi tapi aku rasa, nak tempek jugak kat sini. :)

Sebelum raya puasa hari tu, aku dengan gang ftchingu ke Bukit Bendera Pulau Pinang. Konon bajet keluaq awai nak sampai awai la. Padahal singgah makan maka tengahari jugak la sampai.

Sesampainya di sana, dok cari la nak parking sebab yang dekat full. Parking kat sini bukan la dalam kotak-kotak yer tapi pakai parking tepi jalan gitu ja. Tatau la aku kalau ada tempat parking. Sebab parking yang dekat dah tak dak, terpaksa parking jauh sikit dan kena la menapak lebih sikit. Tapi tak pa la, pembakaran lemak bakal terjadi di sini. :) 


Terus ke kaunter tiket sebab dah ramai orang masa tu. Harga tiket untuk pemilik Mykad pergi balik RM8 sahaja dan untuk bukan pemilik Mykad RM30 ye, jadi pastikan tunjuk Mykad anda ok. (nak remind, tunjuk mykad weh, wajib! ;p) Untuk OKU percuma tapi tunjukkan kad OKU anda.

Dah dapat tiket, masuk je kat dalam tunggu train. Train sekarang dah lain. Laju bila naik macam LRT gitu. hehe.. Kalau dulu punya train mana ada aircond, nak naik atas tu terkedek-kedek.


Cewi dengan tiket

Sementara menunggu train sampai kita bergambaq dulu yer

Alang-alang ambik jer gambaq yer, nanti tak ambik kompom menyesal serius cakap
Sepanjang laluan nak naik train tu ada la dia story-story sikit, tapi aku dah lupa apa storynya sebab dah lama, hehe..

Dah sampai atas akan rasa suasana dingin tapi tak la sesejuk kat Genting or Cameron tu! Lepas tu kami sedia menapak la.

Tanda kami dah sampai kat atas :)
Masuk seringgit, so skodeng time.. ngeh..ngeh..ngeh..

Kat sini ada Muzium Burung Hantu. Kepada peminat burung atau haiwan dan seumpamanya boleh singgah sini. Aku tak masuk pun sebab 'kureng' minat. RM10 tiket masuk untuk dewasa.  Kat area sini pun ada food court dan boleh la singgah makan. Berdekatan sini ada Astaka kira kalau hampa dah letih jalan tu boleh la rehat-rehat kat sini. Aku ada publish video entry sebelum ni. Kalau nak mai berkelah kat sini pun boleh, kira masak sesiap kat umah, mai makan kat astaka ni. Aku tengok ada 1 family ni mai makan kat sini.


Kat sini yang atap oren tu, boleh ambik gambaq dengan ular yer, Kalau penakut jangan verangan ler

Kalau nak berjalan-jalan kat sini ada disediakan macam buggy golf tu. RM50 untuk 6 orang. Oleh kerana konon nak exercise, maka kami menapak je la. Sambil tu dapat kawan baru satu family ni depa dari Johor.

time berjalan snap la

AWAS!

Bila berjalan ni, kena berhati-hati sikit sebab akan jumpa monyet ka kera ntah. Kalau bawak makanan jejaga la. Kalau Nak berjalan memang kena ada stamina yang kuat sebab agak jauh jugak. Dalam perjalanan ni akan jumpa macam taman eh? Taman la kot, Taman Periuk Kera atau Monkey Cup. Tapi berjalan sikit lagi. Nak masuk RM10 dewasa. Waktu kami p ni, tengok tak bukak pun, so nak patah balik dah la sebab kawasan periuk kera tu dah nak sampai penghujung jalan. 

Waktu ni dah habis tenaga nak jalan patah balik macam dah tak sanggup. Kebetulan ada sorang owner truck pick up lalu dan tanya kalau nak naik. Aku dah lupa berapa dia letak harga. So tanya family Johor tu dia nak kami pun terus panjat la. Lega tak payah menapak. :)

Excited dah penat


Turun bawah beli ayaq, mak datuk, mahai sungguh! Tapi dah dahaga beli p la. Moralnya, p sini bawak la ayaq ka, jajan beli kat lain siap-siap. Kalau tak, sedekah p la kat gerai bawah tu ok.

Selesai kat sini kami akan ke Rumah P.Ramlee pulak. Tunggu season baru aku update blog ni. :p

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Bukit Bendera atau Penang Hill ni sila rujuk http://penanghill.gov.my/

Hujan kat sini oiii

Assalamualaikum..Helloo..

Tengah kesejukan aku kat sini. Kat Kedah la ni musim hujan. Tak salah aku dari sebelum raya lagi hujan selalu. Ada la panas sehari dua, lepas tu hujan plak. Tapi dua tiga hari ni hujan sampai menyebabkan 'ayaq bah' atau pun banjir. 

Alhamdulillah, kawasan rumah aku selamat. 

 Jom layan lagu hujan ;P 

Aidil Adha 1434

Assalamualaikum..

هاري راي عيد الأضحى

Sama-sama kita menghayati erti sebenar Aidil Adha :)

Buku 1 Hari 1 Resepi

Assalamualaikum.Helloo..

Hari ni nak share pasal buku 1 Hari 1 Resepi. Hasil dari blogger Chef Hanieliza Buku ni beli dah lama tapi terasa baru nak share.

Pendapat aku pasal buku ni sangat bagus sebab cara sukatan dia yang mudah. Ada macam-macam resepi macam ayam, daging, nasi dan macam-macam lagi la.  Gambar dalam buku ni pun menarik. So sapa tak beli rugi.

Muka hadapan, nampak tak laku keras tu! Aku beli tak laku keras lagi.. :)


Isi kandungan yang memudahkan kita nak cari resepikan!


Apa lagi, sila dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran anda!

#Photo sumber en. google

Bukit Bendera lah!

Assalamualaikum.. 


Video ni waktu p Bukit Bendera sebelum puasa hari tu dengan gang ftchingu. Nak berjalan sangat, berjalan sungguh la ni, kan dah penat! (including me!)