Liburan di Terengganu (Part 3) - Terengganu Drawbridge/ Negeri Che Siti Wan Kembang

Assalamualaikum..aii..Nak habis part ni pun, hazab la..

Ni gambar hari 1st sampai, nak boh jugak, sedap yaamat dekat masjid kayu tu gerai dia..

Petang tu kami keluar ke Dataran Shahbandar. Ada jual macam-macam jenis buah durian. Time p tu, memang musim durian. Tapi tak terasa nak beli pun, just tengok ja.

Cari punca nak tengok jambatan terengganu sebenarnya. Tapi jumpa jugak la. Waktu kami sampai ni, tak ramai pun. Mungkin weekday kot.


Time aku p ni pun, tak buka lagi. jambatan ni. Ada kedai makan kat area tepi ni.


Paparazzi amikkan

Real hang selfie, hahaah



Kami decide nak gerak ke lain dulu, sebab panas, malam satgi mai lain sini. So kami gerak ke Masjid Terapung. Tak ingat ni kali keberapa aku p masjid ni.




Petang-petang ni ramai orang mai sini.

Lepas tu kami gerak ke belakang sikit, ada kawasan pantai kat sini. Lalu jalan masjid ni la. Tengok ramai orang ja kat sini. Bila aku check in nama kawasan ni Pantai Lagoon Kuala Ibai. Ramai yang mandi, lepak-lepak. Ada macam-macam jual jugak kat sini.



Makanan wajib kalau p Pantai Timur ni. Sedap kot. Makan je kejenye..


Orang dah koi surut, dah nak maghrib. Banyak gerai dah nak tutup.


Boleh ja nak lepak-lepak buang masa kat sini. Sambil makan-makan tengok orang duduk kat batu, layan perasaan.

Ada driver


And then gerak semula ke kawasan tengok drawbridge tu. Saja la nak try makan kat situ. Order la kerang bakar dengan apa ntah, Tak sedap pun. hahaha.. Lagi satu order apa entah.  Boleh la janji dapat lepak tengok jambatan.




Esok paginya, lepas siap-siap kami check out siap-siap. Hari ni lastday kat Terengganu. P breakfast kat Pasar Payang. Ada jugak la kedai tak buka, sebab hari ni kan jumaat.

simple tapi sedap




dah favourite

Semua makanan kat sini sedap. Lepas tu shopping lagi, hahaha..




Aku dah siap
Cendol yang sedap

Selesai semua, kami gerak menuju ke Negeri Che Siti Wan Kembang, yihaa...











Kami balik jalan yang sama kami mai. Sebabkan Una yang drive, aku boleh amik gambaq la..

Kami sampai kat Kampung Penarik lebih kurang pukul 2.20pm macam tu.

Tabah ja la kawan hang amik gambaq wehh

Hajat hati tu memang nak p Terrapuri Heritage Village, tapi sebabkan Mak Una tak sihat, maka aku batalkan ja la. Tak sampai hati plak nak tinggal lama-lama kat luar, kami dok berjimba kat dalam. Tak pa, insyaAllah ada rezeki repeat.


Kami amik gambaq kat luaq tepi pantai ja la.








Nasib la dapat kawan amik gambaq macam ni, #sisredha #sistakkisah #sistaudahdiatakberseni





Gambaq melompat ni saja penuh handphone kot. Berapa belas kali dia suruh aku lompat tengah panas ni. Tapi tak pa la, demi kawan dan demi gambaq yang entah jadi entah tidak, hahaha.. Ni aku bubuh sikit ja gambaq lompat ni.

Lepas tu kami p makan kat tepi pantai tu. Kali ni makan kat kedai makan Celup Tepung Wan Su. Mungkin aku dah kenyang makan roti telur goyang 2 biji, maka aku rasa biasa-biasa ja kedai ni. Tapi bos dia bagus, suka sembang dengan pelanggan dia.

Dekat pukul 4pm jugak la kami gerak ke Kelantan. And sampai Kota Bharu hampir pukul 6 la. Pusing cari bilik aku tempah tak jumpa. Alhamdulillah, jumpa and p ambik kunci dulu nak cari klinik sebab Mak Una sakit gigi. Pusing la kami cari klinik, tapi hari jumaatkan, banyak la tak buka. yang buka pun, dah petang, sambung buka malam la pulak. Akhirnya, kami decide balik bilik dulu. Malam cari lain. 7.30pm jugak la baru masuk bilik. Lega sangatt...

Kat Negeri Che Siti Wan Kembang ni aku sewa bilik kat Classy Studio Apartment kat Kota Bharu City Point (KBPC).  Bestnya kat sini parking kereta kat basement free. Ada kedai dobi and kedai serbanika. Bilik sangat selesa paling penting.









Dah selesai mandi semua, kami keluaq p cari klinik. Itu pun terlajak la bila nampak klinik, nampak dari jauh, tak buka la plak, hahaha.. macam-macam dugaan betoi. Tapi Alhamdulillah, jumpa jugak klinik. Dah jumpa, p cari makan pulak. Tak paham cari kedai makan tak jumpa, hahaha.. Tapi jumpa orang tanya dia cakap ada macam ada pesta ka apa ntah makanan siam tu ada buka kat area Dataran Bandaraya. Alhamdulillah, dapat la makan. Best jugak siap ada live band  lagi, syok gak. Kami try nasi goreng kambing, tea bang madu, (tak sedap sangat, hahaha..) nasi goreng ikan masin, bakso jugak tak salah. Amik gambaq sikit ja,cari tak jumpa plak.

Sudah makan balik la, macam tak dak tempat nak lepak, lagi pun mak Una pun dok sakit gigi lagi.

Balik lena,

Eh lupa nak cakap, malam tu la, aircond kereta aku buat hal. Tak sejuk langsung. Bajet tu gas habis la. Tak pa, esok kena gerak awai nak tambah gas.


2 comments: