, , ,

Che Siti Wan Kembang - (Part 4)

Assalamualaikum.. aii.. Hari ni hari terakhir kat Pantai Timur. Dah nak balik dah.

Semalam Una cakap nak basuh baju, dia dok main telefon, aku pun terlena, pagi ni lepas subuh dia p basuh. Aku malas nak turun.




Ni suasana pagi and depan bilik aku. So sesapa nak plan mai Kota Bharu boleh la amik bilik ni. Selesa and best. Boleh masuk kat booking gais. Una siap tertinggal kunci kedai, adik tu tolong pos lagi. Thanks ya dik.

Dah siap mandi semua, kami jalan ke Pasar Siti Khadijah. Entah awat la tak p cari makan kat lain entah. Boleh la p cari makan kat Pasar Siti Khadijah. Banyak tempat lain dari sini. Tapi tak pa la,hahaha..

Lepas makan, jalan-jalan beli belah lagi. Aku tengok tudung lawa, ambik la. Padahal time tu dah sakit perut. Lepas tu sembang dengan adik yang kami dok shopping tu, dia cakap awat tak makan kat lain. Depa berniaga dalam tu pun makan kat luar. Tetiber.. teringat sakit perut, aku rasa dah.. hahahaah.. Perut aku ni memang pantang sikit, manja.


Dah siap beli, balik bilik nak check out. Padahal aircond tak buat lagi. Dengan perut memulas, hadoi...


Siap barang semua, check out, nak cari kedai aircond pulak. Satu hal lagi. Sebab Mak Una nak singgah jumpa adik dia kat Tanah Merah, so kami apa-apa pun kena buat aircond dulu. On the way and masih kat KB, nampak kedai aircond, Alhamdulillah.

Lepas tu kena tunggu la plak dan time tu dah pukul 1 lebih dah. Lepas cakap dengan uncle tu, cakap nak balik jauh, dia okey, dia buat kereta kami dulu. Rupanya bukan gas, tapi apa nama entah aku lupa dah. Tukar la menda alah tu. Sejam jugak la kat situ. Lepas tu baru la kami gerak menuju ke Tanah Merah pulak.

Sampai Tanah Merah dalam pukul 3.45pm. Aku lari cari toilet dulu kat market dia. Mak Una tunggu adik angkat dia mai. Lepas adik dia dah mai, kami gerak ke rumah kak Gie tu, adik angkat Mak Una. Pukul 5pm jugak la bertolak balik.

Aku sampai rumah pukul 11pm.

Overall trip ni mesti la best sebab p tepi pantai. hihihi.. Lama sangat dah aku tak p Terengganu and Kelantan. Tapi sat ja kat Kelantan. Terengganu pun tak sempat nak round-round jauh. Mungkin nanti boleh lajak atas lagi tengok penyu ka kan, insyAllah.

Kat Kelantan Pasar Siti Khadijah nampak macam nak renovate ka apa ntah. Ada banyak ja kedai makan tapi tu la, nak kejar masa sama nak balik, dengan aircond problem, padahal dah servis. Benda nak jadikan, nak buat macam mana. I is redha.

Tamat.

Share:

2 comments: