Assalamualaikum.. halluu!!
Lama sudah tak story mory dalam blog ni. Hujung tahun lepas adalah masa yang sibuk buat aku.
Today, (sila baca dalam slang British ;D ) aku nak share apa la yang aku sibuk sangat sampai tak sempat nak update blog ye.
Hujung bulan 11, aku ke Terengganu dan Kelantan.
Trip ni p dengan gang sekolah si Wafa. Bawak gang exco asrama. Oleh kerana dah banyak kali p sana, keterujaan tu tak sangat la. Cuma
excited sebab nak
snap photo ja sebab dah ada gang slr :D . Tapi langit tak selalu cerah, hujan lebat yaamat sampai sana. Tempat paling kesian kami p
adalah Taman Tamadun Islam (TTI) la. Mana taknya, naik keretapi keliling TTI dalam hujan lebat dengan basah
lokoih. Pantai Timur hujung tahunkan memang musim hujan + banjir. Tak lupa singgah ke Pulau Duyung ada Monsoon Cup. Sat ja kat sini sebab dah hujan jugak.
|
Monsoon Cup |
Pasar Payang pun tak sempat p sebab cuaca tak mengizinkan. Kat Kelantan kami p tempat wajib Pasar Siti Khadijah. Malam kat Kelantan, makan dengan kak and abang Wafa. Tq very much untuk belanja makan yang sedap. Kebetulan terjumpa dengan Sazali Samad. Tunggu lagi, dengan muka tak malunya kami amik gambaq ler. Rupanya kat
Pusat Transformasi Luar Bandar Kelantan (RTC) ada pameran Polis. Esoknya sebelum ke Rantau Panjang singgah dulu ke RTC tengok pameran. Tapi seperti biasa, hujan lebat. Redha je la.
|
Dengan Sazali Samad |
Kemudian berjanji dengan sepupu nak keluaq havoc-havoc. Walaupun masa dah full dengan macam-macam aktiviti, tapi curi sikit jugak. Kami ke Penang. Tapi serius best tau. Nak decide ke Penang ni pun macam-macam halangan. Bukan apa, dok pikiaq, kalau p sini, pun best, p tang sini pun best, lastly p Penang jugak.
|
Kanak-kanak ribena happy |
Kat Penang kami p Bukit Bendera. Walaupun aku dah p, (boleh rujuk entry ni) tapi kalau ni p dengan orang lain plak. Kemudian kami ke Penang Street Art. Orang lain dah p lama, aku baru nak p. :) Sebenaqnya ada banyak art kat sini, tapi kena rajin sikit la berjalan. Kalau rajin sikit lagi, sewa la gerek @ basiikal. Maaf la, aku tak berapa rajin, so jalan kaki ja. Banyak yang dah lukisan yang dah luntur tapi masih boleh nampak menarik. Thanks to my adik and Kak Caq sebab bessssssttttt.. :)
|
Muka penat tapi teruja |
19 Disember pulak bertolak ke Selatan menghadiri kenduri sepupu di Muar.
Rushing balik pulak sebab 25 Disember kenduri sini pulak. So, ke selatan semata-mata p kenduri saja.
|
Adik beradik Kak Ton dan penantin, ;P |
Balik tu pulak siap-siap
goodies bag plak. Walhal bukan kenduri aku pun tapi nak urus kenduri ni rasa penat la.Tapi Alhamdulillah, kenduri berakhir dengan jayanya. Syukran. 26 Disember pulak subuh-subuh
morning gerak ke Sik sebab ada bengkel Fotografi dengan
Raai Osman . Alhamdulillah, walaupun sat saja tapi dapat banyak ilmu berguna dan dapat tambah kawan.
|
Photo sumber fb En.Raai ;) |
Penamat 2013 best. Semoga tahun 2014 lebih baik.
#Oh, banyak gambar yang nak diupload,kat blog
Lensa Saya, photobook pun tak siap lagi ni, hadoiii..