Assalamualaikum.. Jom sambung trip ke Krabi.
Perjalanan dari border nak ke Trang agak lama. Kami sampai ke Le Kaokob Cave lebih kurang jam 11.50am macam tu la. Sampai macam biasa amik gambor lu. Kemudian wajib masuk toilet. Toilet dalam ni overall bersih. Kira lalu la kalau nak 'menyimpan' pun. ;D
Nampak tak? |
Depan pintu masuk |
Siap sedia nak bergerak |
Tetiba sampai ka kat gua. (Serius aku cakap, aku tak tau langsung sampan ni masuk gua, padahal time amik gambaq tadi dah tulis dah cave) Tapi aku rilex lagi.
"Lay down, lay down," dia cakap. Maka kami pun baring la sikit. Tapi aku dok gedik ambik gambaq la. Bukan senang nak masuk gua sebab last masuk waktu sekolah dulu.
Kemudian sampai la tempat yang dituju. Dia suruh kami turun, berjalan la kami dalam gua tu. Ada jugak tempat pemujaan depa kat situ. Yang best bila kita tanya, ini apa, dia cakap lancar ja bahasa siam bajet konon kita paham la sepatah dua. Aku pun cakap, oooooo...yes..yes.. ngeh..ngeh..ngeh... :p
Berjalan di pesisiran gua |
Antara barang berkaitan pemujaan yang ada kat sini |
Selesai kami meneroka dalam gua tu, naik balik la sampan untuk meneruskan ke destinasi seterunya. Disini la kejadian pelik berlaku. Boleh disamakan dengan scary movie jugak. Kali ni dia susun kami kat sampan tu lebih baik. Siap tolong angkatkan kasut Wawa dengan kaki Wawa lagi. Aku pun puji la depa ni dalam hati, "baguih sungguh depa ni, ish3..."
Lepas tu dia cakap lay down, lay down. Aku pun baring la, tapi baring sikit ja la, dok ambik gambaq. Tetiba aku nampak dinding gua kat depan tu koi kecik. Terus aku baring. Tukang kayuh sampan yang kat belakang aku dok cakap siam sambil tunjuk handbag aku. Mana la aku nak paham. Si Una, duduk sebelah aku, so makcik ni pun bajet dia paham suh aku ngan rapat. Aku pun rapat la ngan Una. Rupanya, gua tu muat-muat kami ni ja, bag dengan kamera aku memang cepat-cepat tarik la ke sebelah bawah. Calar jugak la siku aku sebab nak selamatkan handbag ngan kamera aku. Gila jatuh pasport dalam tu, camno?! Yang Una ni badan bertambah sihat semenjak kawin, memang tak muat la. Nasib kena perut ja, kalau kena muka jenuh nak berjawab kat laki dia, tak ke haru..
Gua tu koi lama, koi kecik, koi lama koi kecik. Time ni bila pikiaq balik, gini la rasa dok dalam keranda agaknyakan. gelap, kecik ja..
Bila dah nampak dunia luaq, rasa Alhamdulillah, lega sampai dah. Tak tau nak habaq la. Mungkin tak bajet gua ni sempit sampai macam ni kot.Keluaq dari sampan, pakat-pakat dok share la cerita memasing. Tapi tetap jadi kenangan yang best.
Lepas tu kami bertolak ke Krabi. Dari sini dah tak jauh. On the Way tu, Baman cakap wajib singgah tengok ketam. hehe.. Yang ni kat area pekan dia. Time ni dah letih, tak dak mood sangat.
Crab =Krabi |
Sampai kat Krabi kami p makan dulu kat area Pantai Nopharat Thara tak salah. Jangan risau, kat sini banyak makanan halal. Cuma kena pandai pilih ja.
Selesai makan, jom ke Krabi ;) |
Selesai makan gerak ke tempat penginapan kami iaitu Swiss Chalet. Percutian bajet, duduk pun bilik bajet la. Cuma shower slow sikit air dia. Tapi janji bilik selesa dan yang penting menghadap jalan dan siap ada balkoni lagi. Maka haruslah si Una and si Wawa bajet minah saleh berehat kat balkoni tu uols!! :p
Kami 3 orang, harus tambah tilam lebih |
Sampai sini rehat, mandi and buat apa yang patut dulu. Letihh...