, ,

Cameron Lavendar Garden Cameron Highland (Part 1)

Assalamualaikum..uit!!

Entry yang tertangguh sekian lama.

Sebelum pilihanraya hari tu, aku dengan gang #ftchingu curi time p Cameron Highlands. Kami bertolak pagi-pagi lagi. So iti ikut Wafa sebab dia dah banyak kali sampai.



Tempat pertama kami sampai adalah Cameron Lavendar.


Tadaaaa



Cuaca time sampai ni masih panas lagi.

Entry fee tak salah aku RM10 dewasa.

Jadi model sat


Ni lavendar dari Hokaido

Yang ni plak Begonia tapi bahasa melayu apa ya, hmm

Yang ni morning glory, or seri pagi gais
Aku rasa macam daisy, tapi tak pasti la

Cantikkan

Aku bukan la peminat bunga, tapi benda cantik, snap ja

Yang ni serius tak tau, keladi ka



Yang ni lavendar jugak, tapi spesis dari Taiwan

Ni teratai, kalau english water lily, hihi

Banyak giloo

Aku tak pasti, bunga ni nama apa, bila aku searh hyandregea dia keluar bunga lain, musykil.

Ni yang keluar bila search, bolek klik sini untuk source


Yang ni streptocarpella, dalam bahasa melayu tak tau la weh 

Nama apa ha dalam bahasa melayu, pernah tengok pokok ni

Nama saja tempat ni lavendar, tapi ada macam-macam bunga. Orang macam aku yang tak minat bunga ni okey ja sampai sini. Tengok bunga ni cantik-cantik, seronok la. Tapi bukan kenal sangat pun nama bunga ni. Kalau ada salah betulkan aku.

Boleh la sesapa nak ambil photo kat sini


cantikkan, kreatif

Ni pun cantik

Model tak berbayar


Tepi ni ada kedai makan. Aku dah lupa apa yang ada. 

Aku rasa ni port wajib ambil gambar


Jangan lupa try aiskrim lavender ni. So so ja bagi aku. Sebab aku bau macam sabun lantai, hihi.. sorry...
Tangan aku dah macam jantan harharhahr

Check mate, dah sampai sini
Okey kat mana Lavendar ni, aku tempek maps bagi (Aku tau semua dah tau, but sharing is caring rite!)




Nanti aku sambung lepas tu p mana pulak okey.

Nota kaki: Semoga mood tak hilang, hihihi
Share:

No comments:

Post a Comment