Assalamualaikum, haiii.. Nak update tak sempat, balik asyik nak lena ja.hihihi.. Jom sambung hari ke2.
Hari ni pagi-pagi lagi kami dah ready nak p breakfast mee sup kat belakang Masjid Jamiul Islamiyah. Ismail cakap pukul 7 pagi okey sebab nanti ramai orang. Oleh kerana aku duduk 1 bilik aku sorang, risau takut tak jaga. Alhamdulillah sedaq weh pagi tu, hihi..
Kedai ni kat lorong belakang. So memang kita kena jalan kaki sikit melalui lorong-lorong. Macam best lalu lorong sini. hihi..
Sampai meja penuh. Tunggu la sat. Tengok ada jugak orang Malaysia yang baru sampai.
Kedai ni tepi kaki jalan ja meja dia. Memang ramai pagi tu. kena tunggu orang lain sudah dulu la. Mungkin sebab hari minggukan.
Bila dah dapat meja mula la order. Kopi wajib la. Tetiba aku suka kopi, motif, maigad!! hahah..
Mee sup dengan roti.
Roti sampai dulu
Lepas tu kopi sampai plak
Get ready sambal, kalau kurang makan pedas tok sah tebiang letak banyak, memang pedas
Tadaaa!!
Aku tak bajet pun mee sup ni sedap. Sebab nampak, macam, biashe-biashe je, hahaha.. Roti tu cicah dengan sup tu, rasa bau ulam sayur tu dengan aura pedas sikit, memang kick la.. (pandai da ayat aku, hahah)
Berangan balik Malaysia nak buat, sembang ja la, ;P
Ni kedai dia. Kedai ni agak popular sebab belakang masjid, and bila datang melawat masjid tu, wajib ke kedai mee ni. Tapi kedai ni bukak tak lama, pagi ja la. Menu wajib adalah mee daging dia lakan. Memang sedap la bagi aku. Jangan lupa cicah roti dengan sup, memang sedap. Jangan lupa letak daun mint tak salah aku dalam sup tu. Tu yang lain sikit dari mee sup kita. Ada daun apa lagi ntah, aku bukan tau sangat, hahaha..
Selesai makan, jom gerak. Kita nak p Sungai Mekong plak.
Masjid Jamiul Islamiyah
Story sikit pasal masjid ni. Ia dibina pada tahun 1950. Juga dikenali sebagai Masjid Nancy. Tak pasti pulak kenapa. Kemudian ia di bina semula pada tahun 1980 dan tahun 2003. Masjid ini menjadi nadi bagi masyarakat Islam berdekatan juga buat para pelancong. Masjid ini juga adalah masjid salah satu masjid terpenting di Bandaraya Saigon. (Sumber google dan Ismail)
Depan masjid Balai Polis or boleh cakap macam IPK macam tu la, besar kot..
Siap nak berangkat naik van
Mail cakap nak ke sana tak la jauh lebih kurang 2 jam.2 jam tu kira sekali berhenti kat hentian lagi. Aku ingatkan hentian apa la. Sekali tempat shopping. Ada la toilet.
Selfie selepas kenyang
Ni tol dia
Station minyak
Tadaa.. Nak membuang, meyimpan sekali kat sini. Menabung pun boleh. hahah
Ramai ja rakyat Malaysia kat sini. Rakyat Indonesia pun ada, tapi Malaysian win bab shopping kat sini, hahah
Macam biasa la, kain pasang, baju, bag macam aku tunjuk dalam gambar ni.
Ha, dah sama macam lokal pulak, hihi
Lepas tu gerak le dah selesai kat sini. Kami sampat kat bot station tu dekat pukul 11 jugak la. Kita akan naik bot menelusuri sungai dan akan ke tempat yang ada jual handbag la, ada makan buah gitu la katanya. Aku just follow the iti. hihi..
Hati-hati nak naik bot
Sungai ni la yang kita belajar time sekolah dulu ye kawan-kawan. Story sikit okey.
Sungai Mekong ni adalah sungai yang ke-12 terpanjang di dunia. (Hebat jugak, tak kalah la). Panjangnya adalah 4880km. Sungai Mekong ni mengalir dari Dataran Tibet Utara (bayangkan betapa panjangnya) melalui Yunan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.
Tua-tua larat lagi kayuh demi mencari sesuap nasi, insaf weh, aku ada keja, mengeluh memanjang
Aku bukan kaki shopping sangat
guess, apakah ia?
Mak iiii
Jeng jeng jeng!
Kat sini tengok pulak dia buat candy ye.
Ni kalau sekali libas, hmmm
Aku rasa iti sesapa yang pakai pakej sama ja bila naik bot kat Sungai Mekong ni. Makan buah, tengok bee, ada jual madu, dengar nyanyi sikit bawak kat tempat buat candy ni. Lagi satu ada jual bag kulit asli harga pun murah la berbanding kalau beli kat mall tu. Aku tengok ja, hihi. Katanya memang buat kat situ. Biasa la, kat sini semua dia makan, hihihi...
Ni video yang aku ambil sikit atas bot time nak balik dah. Lepas tu kami gerak p makan nasi. Sebab dah kebuluran dah aku rasa.
Nanti aku sambung lagi. Banyak gambar ja aku rasa, hahaa..