Esok pagi, siap-siap nak p Pasar Payang. Nak cuci mata. Tapi bangun tak awal pun, masih bermalas dekat katil. So turun lambat la.
Sekali dah turun, tengok dah kena saman. Hostel ni kat tepi jalan ja. Apa la nasib ni. Itu la, cari last minit, and pakai belasah ja. Lepas tu pagi dah bangun, malas pulak nak turun. Padan laa...
Muka nipu, kena saman pun ceria sama ja,hahah |
Lepas tu p cari kupon and letak ja la kat situ. Kami jalan kaki ja p Pasar Payang. Dekat ja. Mula-mula makan dulu. Makan kat food court tu ja.
Malas nak cari kedai makan viral, sebab kena bangun awal and lagi satu, banyak yang kena beratur la. Sebab masing-masing tak rajin nak buat semua tu, janji makan ja. Tapi makan kat sini pun sedap jugak.
Ada banyak pilihan, so pilih nak makan apa. Ada satu kedai ni kerek gila, kami dah order makanan kedai lain, and lastly Makcik nak order kat kedai kerek ni la, baru duduk letak barang, dia mai cakap, tak makan sini, duduk kerusi lain, perghhh.. cancel order kat dia. Dasar berengsek,hahahaha..
Kami pindah duduk kerusi lain. Cakap kat adik order air, dia cakap memang kedai tu jenis tu. Hmmm...patutlaaa.. i tak kisah, bersepah kedai lain.
Aku dah lupa makan apa, tapi yang ambil gambar tu betul la. Dah selesai makan, bermula la aktiviti menghabiskan duit. Una yang tak mau beli apa pun, beli jugekkkk.....hahahah...
Harga memang mahal berbanding dulu aku sampai. Yala, mana harga akan turun, selalu harga naik jakan..
Oleh kerana aku adalah pencinta batik, maka aku beli la baju batik and kain batik untuk buat baju. 3 helai aku sambar. Padahal kain batik aku beli kat Jogja hari tu tak buat lagi weh. Memang sejenis yang gilakan batik. Entah la. Bagi aku, setiap tempat tu, batik dia memang lain-lain lukisan dia. Kiranya motif bagi setiap tempat kot macam tu la.
Time aku p ni, Pasar Payang belum pindah. Adik kat situ cakap, minggu depan baru pindah. So, betul la, lepas tu baca kat fb orang share dah pindah. Bangunan lama tu dirobohkan untuk buat bangunan baru. Macam Pekan Rabu Alor Setar. Pekan Rabu Alor Setar yang baru ni pun aku belum p lagi. huhu..
Lepas tu, dah sampai lunch time, p makan pulak. Tak la lapor sangat, sebab dah breakfast heavy, tapi makan ja la.
Sudah makan, p cari majlis bandaran pulak nak p bayar saman.
Dah sampai, tanya orang kat situ. Dia cakap tingkat 4. Orang tu cakap nasib warna pink. Kalau banyak, nak kena rayuan bagai kalau warna lain.
Orang tak dak pun, so boleh bayar tanpa menunggu |
Lepas tu balik singgah 7e, hahah.. And then balik bilik rest sat. Petang sat keluar balik.
spot cek ada kopi apa |
Eh,...eh.... |