Trip malas-malas ke Taiping Part 2

 Assalamualaikum..

Maka sampai la kami kat Tasik Taiping. Pas tu Wafa cakap, tak pa, kita pusing-pusing dulu. So, kami tawaf la dulu naik kereta menikmati keindahan alam. Ha gitueww..

Dah habis tawaf, maka gerak la kami kat taman. Dalam plan dah cadang naik naik basikal or itik kat tasik. Tapi sebab dah nampak basikal, ofcos la lebih teruja. Aku la ni, dah serupa gila basikal dah, hahaha.. Nak naik basikal kat sini ada 2 jenis yang kita boleh sewa.Basikal macam aku naik ni, RM5 untuk 30 minit, and satu lagi, RM10 untuk 30 minit. Yang tu tayar dia besaq sikit and ringan sikit. So, decided ambik yang RM5 ja. Lepas ambik basikal tu, betoi la, berat la, hahahaha.. Tapi time kita dah kayuh tu, dah tak rasa berat pun. Lagipun aku sewa basikal bukan nak race punkan..

 

Apa lagi, pusing-pusing tasik la. Tapi boleh kayuh dalam kawasan tasik ja, kat jalan besar tak boleh. Best ooo.. Satu sebab tak panas. Cuaca redup ja. Kalau kat Kedah, YaAllah, panas lit lit la.. 









Sumpah best gila time kayuh basikal ni. Aku rasa happy yaamat, hahahaha.. yang pasti orang pun tak ramai. Best..








Nampak dak betapa happynya kami kat sini, hewhewhew... Tak tau la berapa kilo peluh keluaq. ketibas semua ada la. Bayaq untuk 30 minit ja, tapi naik sejam. Ala, tak pa la, bayaq ja satgi. Dan la lepak tengok orang. Memang puas hati la. Syok sangat.

Part paling lawak, tengok biawak kat dalam tasik. Ku sangkakan, buaya, hahahaha...

Lepas rasa dah melekit badan ni, moh le kita p check in. Tempah bilik kat hotel tasik ni, Flamington Hotel. 





Dah glomiang baru ingat nak ambik gambaq, hahahah..

 
 
Dah mandi wangi-wangi, siap comel-comel, maka berangkatlah kami melihat keindahan ciptaan Tuhan.
Tapi kami p makan dulu. P pekena mee udang Mak Jah. 
 





 

 
 Rasa biasa ja untuk mulut aku. Tatau lakan, mulut aku.. hahaha.. Habiskan jugak, sebab bukan bayaq dengan ayaq liuq.. hahahaha ;P

Lepas tu kami gerak p Kuala Sepetang or Port Weld. Nak p kat tepi kuala tu. Bertawaf jugak la, macam terlindung sikit, tapi jumpa jugak la.


1st keretapi kat sini weh



Cantikk..



Okey nanti sambung part 3. Nak kena cari gambaq dulu. hihihi..

Trip malas-malas ke Taiping Part 1

 Assalamualaikum.. Alkisahnya, trip ni macam sesaja ja la. Tahun lepas Wafa ada ajak p Kuak Hill tu, sebab dia dapat voucher ka apa ntah, tapi kita kena PKP plak. Tak boleh nak rentas negeri. Maka tamat la di situ. 

Pastu, aku sesaja la macam, jom p. Dia cek date, dah fully booked sampai Mei 2022 tak salah. And ada 1 date ja iaitu on 24.1.2022. Kira on ja la, cuti berlambak. Maka dengan rakusnya, kami pun booked la, hahahaha...

Tapi dah alang-alang nak cuti 24 dengan 25/1 tu, baik ambik ahad sekalikan. So, kami plan ahad tu p Taiping. Asalnya ajak Aq, tapi Aq bukan minat camping-camping ni. Dia jenis tidoq hotel ja, hahaha. So, kami 2 ja la. Lagi senang.

Pagi tu Wafa gerak amik aku. Cadang tu nak singgah makan kat Bandar Bharu, lepas tu, dok tak ketahuan atas jalan, maka brunch ja la kat tepen, hahahaha..

Tak tau la berapa kali dok rasa sesat, hahaha, ikut maps la, ikut kata hati la, lepas tu ikut jodoh, eh,,eh..hahaha..

Tempat yang tersampai mula-mula adalah Ban Pecah. Alang dah sesat, p ja la.


                                                       Peghak buih tengok moto ada ni..


                                                                 Tadaa.. kami dah sampai..








Dah letih tu boleh la singgah makan sini, hihi.. tapi kami tak singgah pun, hahaha

Bestnya kami p ni, orang tak ramai weh, serius best. Kalau tunggu cuti sekolah, mau penuh kawasan ni aku rasa.

Lepas tu kami gerak p nak makan kat Rumah Makan Nasi Talam. Tengok maps tak jauh dah. Wafa dah pernah selalu mai kot sini, so dia tau lagi la. Sebab pernah tengok sis DJ p sini, so kita cari la nak p jugak. hihi..

Oleh kerana tepi jalan, mudah la.








Kami pilih set mana ntah, tapi yang lauk sotong. Kuah asam pedas, masak lemak telur apa tak tau, ada ulam sambal belacan, rendang daging tak salah and nasi. Semua lauk dah cakap untuk 2 orang ja makan. Tengah lapaq, apa lagi, makan tak ingat dunia la, hihih.. Meja banyak kosong, so kami pilih ja meja mana nak duduk. 

Untuk lauk pauk kedai ni aku rasa sedap. Cumanya, pedas, hahaha.. Kami 2 tak makan pedas. pedas sangat tak makan, sikit2 pedas tu okey la. Sambal belacan tak ambil langsung, tapi tetap sedap bagi aku, lauk-lauk dia ada rasa. Pedas sampai Wafa cakap, tukang masak orang nismilan ka ni, hahahahaha.. So sambil makan, ada lagu macam rumah kenduri, feel macam kenduri la.

Lepas tu kami bergerak la. 

Lepas tu sampai la kat Stesen Kereta Api Taiping. Stesen lama tau. hihihi..






Banyak kisah disebalik pembinaan stesen ni. Malas nak cerita, google la sendiri. Stesen baru kat sebelah ja. Kat sini dah jadi kedai makan.

Lepas tu kami gerak ke Taman Tasik Taiping. Nanti aku sambung la episod dua. Tulis panjang-panjang, nanti boring plak. hmm..Adios!