GEROBOKecik


Nak cari shawls yang simple dan menarik? Jom ke sini http://gerobokecik.blogspot.com/ .

Boleh like kat Facebook dan pilih la kalau berkenan, uar-uarkan la untuk kekawan jugak, okaiy!! ;D

p/s: Sebab masih baru, jadi tak banyak la sangat, oleh itu, jom suport GK ni.. be a friend lor.. Hampakan kawan aku... ;)


Jadi ke Ain?

Tadi petang, tetiba ja Ain called. Rasa pelik. Pandang ja dulu hp tu, lepas tu baru jawab. Mana taknya, orang 'workaholic' tel. time keja. Serius terkejut. hahaha..

Rupanya dia ajak p Langkawi. (Projek kami dari 3 tahun lepas yang tertangguh.) InsyaAllah, rasa kali ni jadi. Itupun plan p hari keja, so masing-masing akan amik cuti banyak hari la. Tapi tak pa, demi merealisasikan impian 'cokia' ni, aku akan pastikan ia berjaya. kekeke... (Kunun projek gempak la sangat.) Bukan tak pernah p, tapi gedik nak berjalan ja. huh...

Langkawi, tunggu kedatangan kami okaiy!! ;D

Photo sumber en Google


Dah lama tak bermesra dengan Mr. d90. Lepas ni kita bermesra-mesraan okaiy!!

p/s: Boleh tak target nak ke Korea next year... ohhh.. please....

Aku suka-suka saja

Bisnes suka-suka boleh dak? Biasa la, saja suka-suka. Pengaruh rakan sebaya. Tapi bukan la nak kacau periuk nasik orang. Cuma sekadar mencuba nasib untuk suka-suka. Biasa la, aku suka buat menda yang aku suka, kadang tak suka tapi kawan cakap "tak pa Diana, hang tak cuba, mana hang tau". So aku cuba la. Boleh jawapan macam tu?

 Diulangi, bukan la nak bersaing dengan sesiapa. Sekadar suka-suka, or syok-syok ja. Cuma nak mencari peluang yang mungkin dapat memberi peluang untuk pasaran yang lain pulak.. ;D


p/s: Nanti rasa bosan, aku tinggal la, pas tu cari peluang yang lain pulak...

Korea la plak

Aku ni dalam kategori penggemar cerita Korea la jugak.  Tapi bukan la peminat giler K-Pop. Boleh layan la. Tapi kalau boleh tengok drama korea memang best la especially Running Mankan. ;D

Setakat ni aku suka layan kat kshownow. Ada macam-macam drama kat sini. Boleh pilih mana berkenan.. ;) 
Macam aku layan Running Man je. keke.. Nak tengok online pun boleh, nak dowload pun boleh. Macam aku ni, dowload la, nak layan online internet macam 'seefood' beb!!

Lagi satu aku pernah layan jugak kat kshowonline. Tapi dia lebih kurang sama dengan Kshownow jugak. 

Lagi satu yang best layan drama mesti la kat maadu... Memang banyak giler drama kat sini. Dari yang lama sampai la yang baru. Yang paling aku suka Full House ngan Princess Hours. Tengok p berpuluh-puluh kali pun, tak bohsan. Serius suka! (Orang akan cakap, tengok cita ni lagi?!!)

Full House

Princess Hours

p/s: Aku punya suka la nak post apa pun kan, hang apa kisah.. wekwekwek.... :p