Hey Kuala Lumpur - Last day jimbaan (Part 6)

Assalamualaikum..uit.. lama bebenor nak habiskan weh..

Pagi ni bangun awai, kemas barang semua. Lepas tu breakfast dengan food panda ja.

Tadaa.....
Pagi check out and gerak ke Kuala Lumpur City Gallery. Ni kat area Dataran Merdeka. Oleh kerana Fata ajak, so sekali la p.










Galeri ni lebih kepada cerita pasal tempat sejarah kat Kuala Lumpur la. Tapi ada jugak macam barang seni gitu.




us, the gonjeng gurls, ahaks!

us again, 



Nak beli souvenir boleh jugak kat sini.








Overall menarik jugak. Cuma time kami p tu ramai jugak, so macam nak menghayati setiap penceritaan and pameran macam terganggu sikit. Tapi memang tempat ramai orangkan, hahaah.. hang nak tunggu tak dak orang, time tutup la hahaha..

Dah boring kat sini, gerak la ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Sebelah tu ja. So menapak la kami time ni. Time ni, aku dengan Una keluaq dulu, Fata dengan hasben dia masih kat dalam gallery tu. So rojer cakap dah kat library ni.

Tempat ni Una la nak mai sangat. Aku follow ja. Kat luar library ni macam biasa-biasa ja.
Dah masuk nampak la baru renovate.


ambik gambaq pun tak boleh gais, aku dah kena tegur huahuahua..


Kat tepi ni da sudut pameran la gitu.


Bila dia habaq tak boleh ambik gambaq, time tu mood aku dah down sebenaqnya. hmm.. Dah jalan kat galeri tu, nak naik atas la. Lepas tu dia suruh isi borang menda ntah. Isi ja la.

Naik atas nampak cantik la kat atas tu. Suasana sunyi sepi. Tak ramai orang, tapi semua dok menelaah buku. Aku and the gang sibuk cari buku nak baca, tapi bila aku tengok buku yang ada macam tak menarik, patah lagi hati aku. Buku dia macam lama-lama. Kang ada plak kata kat aku, dah nama pun library, hang bajet buku apa, hahah... entah la, tapi tengok buku kat situ pun buat aku tak bermood lagi, hahaha.. Padahal aku suka baca buku. Duduk sat, keluaq lepak kat hall depan tu ja la. Tinggal Una ja kat dalam. Dia kan memang nak mai sangat. So tunggu dia kat situ ja la.

Ruang depan kat library tu tak silap cafe ka ha, lupa dah
Perut aku pun dah memanggil-manggil, so decide p mencekik ja la. Panggil Una yang kusyuk kat dalam. Dia cakap tengah tengok buku resepi. Makcik ni memang suka tengok makanan ja.


Sebelum gerak kami p kat Dataran dulu. Saja, padahal semalam dah p, hahah.. Tak pa la, semalam gelap, ni dah cerah.







Lepas tu Fata bawak kami p makan kat tempat makan yang best. hahaha...  Iaitu

Lubuk Bangku, tadaaa



Mula-mula sampai sini macam pelik, orang tak ramai. Kami pun tak la sampai lewat dan tak la awal time tu.  Bila hasben Fata tanya, rupanya dah ramai sampai awal pagi tadi. Mujuq la kami sampai lauk ada lagi, rezeki la. Kedai ni kat Bangsar, hampa nak tau, hampa search la.

Fata cakap tempat ni femes sebab makan letak dalam talam and sedap. Konsep kat sini pilih lauk, nanti dia letak dalam talam and bayaq.Una and Fata pilih lauk, aku mencekik ja. Masakan kat sini adalah selera Nogori Sembilan. Memula tu ragu-ragu jugak nak makan sebab lauk nogori ni memang terkenal dengan kepedasannya. Dan aku yang tak makan pedas  sangat ni, risau jugak la. Tapi sebab kawan-kawan nak makan, aku follow ja, pikiaq takkan tak dak lauk tak pedaskan.

Lepas dah makan, rupanya tak pedas sangat pun. Kira aku boleh makan la. Lauk memang sedap. Especially daging salai ka yang masak lemak tu. Serius sedap. And semua sedap la. Sampai bertambah la. Enjoy makan sebab tak ramai time tu, memang rezeki sungguh.Time aku menaip ni, aku masih membayangkan kesedapan lauk pauk itu, oh sedapnya....

Kenapa sedap sangat......
Selesai makan, maka berangkat la kami ke KL Sentral nak balik dah. Tapi ets pukul 6.30pm tak salah aku, lupa dah.

Fata and husben hantarkan sampai sana. Thank you Fata sudi bawak p jalan-jalan, makan-makan, and check in tidoq hotel yang yang sama, hihihi..  Mintak maaf kalau ada salah dan silap dong! hihi.. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi kalau ada jodoh walaupun tengok selalu kat ig and fb,huahuahua...


Fata gelakkan aku bawak troly bag, hahahaah.. Rasa malas nak kemas bagpack weh, bag ni hang sumbat ja tak payah pikiaq apa dah, heeeee....

Sampai kami simpan bag kat loker dulu, tapi turn aku plak untuk scan gambar. Maksudnya sistem loker ni tak membenarkan pelanggan untuk simpan barang untuk kali ke2. Padahal dah hari ke 4. Mungkin boleh update sikit untuk naik taraf sistem. Or ada error something dengan sistem, mungkin.

And kami p lepak kat family mart, lepas tu 4 fingers plak tapau. Sampai pukul 11 malam jugak la.

Penutup aku nak share, kad tounch n go aku hilang buat mood hilang la. Tapi mungkin ada hikmah la. Trip ni pun santai ja, tak dak iti pun, asal redah. And dari sini, nampak la Kuala Lumpur ni pun banyak tempat menarik. Padahal aku duduk sini dulu, asyik p Mines, Mid, Sogo and Jalan TAR, hahah.. malas gila nak keluaq kecuali ada event apa-apa tu sampai la lain tempat plak. Pas tu keja membuta hari minggu.

Public transport mudah, grab pun ada, cuma kaki kena kuat la nak jalan, tapi bagi aku okey ja.

Thanks jugak untuk Una teman aku naik KLC walaupun hang gayat memula, hahaha, and naik bus Hop On Hop Off tu, walaupun panas. Yang penting aku enjoy sangat, hihihi...


Hey Kuala Lumpur - Jimbaan kotaraya (Part 5)

Assalamualaikum.. Uit..

Lepas dah keluar KLCC, Una ajak p Kenangan Wholesale  City (KWC). Aku on ja, sebab tak pernah sampai lagi. Sebenarnya dah kompuis time ni nak naik apa. Last amik lrt ja la. Tak salah aku naik turun kat stesen Pasar Seni. And amik dari Pasar Seni ke stesen Hang Tuah. Kalau naik monorail pun boleh.

Dah sampai jalan la sikit. Bukan sikit la, banyak jugak la, hahah. Aku ingat dekat. tapi sebab time tu aku dah rasa kebulur, mungkin aku rasa jauh. Jumpa la sorang adik ni, dia la tolong bawak kami, thank you so much dik. Una selalu naik kereta ja dia kata.

Dah sampai, mesti la makan dulu.

Lupa nama kedai apa, tapi sedap jugak


Lepas tu baru la cari tengok barang. Una dia selalu amik barang kat sini buat meniaga dari zaman dia duduk Melaka lagi.

Bagi aku barang kat sini tak banyak barang baru.  Bagi aku la. Ada jugak barang yang murah depends on barang la. Tapi kat sini kalau orang nak meniaga okey la ambik banyak. Aku beli jugak blouse putih, hihihi.. Lepas tu mula menyesal jumpa kemeja putih kat KL Sentral (apa nama ntah mall situ ha?) tak beli. So beli ja la kat sini.  Una beli jeans berhelai-helai.

Dah bosan, so decide balik la. Keluaq tengok hujan pulak. Lebat pulak tu. Tunggu la sat, dah rintik baru boleh gerak jalan ke stesen. Balik bilik terus sampai pukul 5 lebih jugak la.

Orang ramai baru balik kerja
Rest jap

Kebetulan hari ni kawan aku si Fata and husbandnya akan join sesi seterusnya, ecece.. Fata checkin kat hotel kami duduk tu jugak.

So, Una macam biasa siap mandi semua la. Lepas tu turn aku la siap, solat semua. Lepas tu duduk la melepak tengok tv. Sebelum tu Fata dah mesej cakap dah sampai. Mula la decide nak makan malam mana. Asal plan aku ngan Una nak makan 4fingers. Tapi bincang dengan Fata, so follow depa ja. Ala bukan selalu nak jumpa mek ni.

Fata mesej aku cakap turun awal sikit macam tu la. Yang aku tak tengok hp, sekali dia call dah kat lobi, hahah.. apa lagi, lipas kudung la bersiap. Nasib dah mandi semua siap dah.

Turun tengok dah ada kat bawah, ayat Fata, "aku tau dah hang memang macam tu, " hahaha..

Jadi malam ni kami di bawak makan ke.... aku dah lupa. Tapi aku check in kat Nasi Lemak City Garden.

Sedap nasi dia bagi aku. Lauk ada berbagai pilihan. So jangan tamak seperti kami.




Kedai nampak biasa, tapi lauknya luar biasa. 

Gang kami dong!
Sambil makan ni la ada sesi luahan perasaan, sharing is caring, cuma tak melalak ja, hahaha.. Bukan selalu nak jumpa.

Lepas kat sini depa bawak kami p kat Dataran Merdeka pulak. Kat sini nak p tengok River of Life tu. Tapi kami sampai tu dah lewat agaknya, lampu-lampu tu tak dak dah.


Oleh kerana hp aku canggih sangat, tak dapat la ambik gambaq malam yang cantik tang sini.

Kemudian kami p kat dataran ja la.


Tanda dah sampai



Tengah sembang dengan Kak Chik kawasan


Teringat time kerja kat sini dulu, kalau tumpang kawan naik moto, lalu jalan ni la.

Gigih kami tunggu sampai jam tu berbunyi jam 12, hahaah..

Lepas tu balik nak tidoq. Esok dah last tau.



Hey Kuala Lumpur - Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower) Part 4

Assalamualaikum..

Hari ni hari ke 3 and aku decide nak naik Menara Berkembar Petronas tu. Memang dah lama aku teringin nak naik, tapi tak sampai hajat tu.

Kemarin time nak beli tiket bus kat Klook tu, aku tengok la jugak tiket ni. Tanya Una, ayat dia macam biasa, aku ikut ja. Lepas baca syarat apa semua aku pun beli la. Harganya lebih mahal sekali ganda dari kita beli sendiri kat kaunter ya. So, dapat 2 tiket dengan harga RM 84.

Ada 2 pilihan kat Klook ni kita boleh pilih, untuk p sendiri or ada one way transfer. Maksudnya dia akan ambik kita kat hotel, balik sendiri. Aku pilih p sendiri ja, jimat. Lagi pun dari Pasar Seni tak jauh dah nak p.


Hampa kena isi menda alah yang dia mintak tu la macam ni. Kena pilih time nak naik, salinan ic jangan lupa.

Nanti bila dah dapat email verify depa akan hantaq la tiket kita tu kat hotel kita. Selesai masalah.

Okey, tiket dah dapat, IVY Holidays yang deals semua ni.

Pagi ni kami makan roti dengan maggi. Malas nak cari makan pagi-pagi. Breakfast untuk 1st day ja.  Keluaq awal sikit.

tapau ni

 Sampai KLCC lebih kurang pukul 10.30am. Padahal nak masuk jam 12pm. Ikut pilihan aku pukul 11 15am, mungkin penuh dah kot, so jadi pilihan kedua.

Sampai awal p tanya dulu kat mana nak masuk. Dah jumpa, kami jalan-jalan dalam tu dulu. Last lepak Nyonya Colors ja.



Sudah makan gerak la turun bawah.

Ramai jugak orang. Majoriti foreigner la.

Boleh rujuk sini harga nak masuk Menara Berkembar ni
 Kalau mai nak beli tiket kat sini, ada skrin tv, boleh tengok kat situ time yang available.



tolong amikkan gambar


Sambil tunggu turn tu, aku jalan-jalan dalam ni tengok keadaan sekeliling and orang-orang.


Bila nak sampai turn tu, kami kena beratur. Sambil tu staf akan cakap group time tu.
Panjang jugak

Bila dah beratur, staf akan bagi tali tag. Tali tag ni akan beza kita dengan group lain.

Macam ni
Dah beratur, scan ticket kita. Kat situ, diakan bagi penerangan sikit sementara tunggu turn nak naik lift. Oh lupa nak habaq, tripod,air pa tu tak boleh bawak naik ye. Ada tempat simpan bag. Kalau bagpack besaq pun tak boleh, kecuali handbag gitu okey la. Tak silap aku ada scan jugak, lupa dah weh. Ada sorang foreinger ni aku rasa dari India kot, bawak trolly luggage tu, mak aiii.. Mungkin dia balik terus kot. So kena simpan kat tempat simpanan barang.

Sambil tu tengok la video penerangan sikit.

Pakai seluaq katok ja mat salih ni, apoo


Dah sampai turn, naik la. Mula-mula dia akan berhenti kat tingkat sky bridge tu. Tak salah tingkat 41. Kat sini dia akan terangkan la serba sikit pasal twin tower ni. Kat sini dalam 10 atau 15 minit la. Syok jugak bila dah sampai atas ni. Tak sangka dah sampai, hihi.. thanks Una.


Una memula tu gayat, agak lama, nampak dia dah okey. Setahu aku makcik ni tak gayat, mungkin faktor umur kot kan..

Tadaa!!



Boleh la jalan-jalan tengok suasana dari tingkat melangit ni, hahah..




Aku tengah skodeng bangunan sebelah tengok depa buat kerja, mana tau jodoh, eh!

Dok lepak, feeling best antara bangunan tertinggi di dunia, and then depa panggil and teruskan misi ke tempat lagi tinggi.

Tadaa!!
Sampai level 86! Best! hahaah..

Dapat tengok kembar sebelah lagi. Nampak jugak Menara Kuala Lumpur. Bonus!

Cuaca okey ja.


Kat sini pun lebih kurang 10 minit or 15 minit macam tu la. Ada la penerangan kat sini. Boleh la baca. Una time ni dah tak gayat dah. Sakan la berjalan, hilang ke mana ntah.


Okey, member masuk ayaq, hahaah



time nak ambik gambar kat sini, ramai plak nak ambik jugak. Tadi depa tak mau ambik pun, so aku mampu kat sini ja la ambik gambaq.

tengak dok melayan perasaan, blue team dah kena panggil, so gerak la naik lif.

Lepas ni kita gerak ke tingkat 83 untuk shopping souvenir. Aku macam biasa, wajib beli keychain and fridge magnet. Untuk aku sahaja sebab harga boleh tahan. Ada yang murah, tapi macam biasa ja.


Lepas tu kena panggil lagi nak turun dah.

Dah turun bagi balik tag tu kat staf. Maka berkahirlah sudah lawatan sambil belajar aku kat Menara Berkembar Petronas. Dapat naik mestilah kembang semangkuk kan, hahaha.. Tempat pertama setelah turun, mesti la cari toilet. Toilet kat bawah pintu nak masuk ja, so mudah tak berebut la.

Sebagai rakyat Malaysia, aku sarankan wajib naik Menara Berkembar ni. Harga tak mahal sangat, kecuali bagi yang family ramai, mungkin azab jugak lakan.
Elok p belah siang and jangan hujan pulak. Kalau tak tak dapat tengok view cantik. Staf kat situ pun sarankan p siang sebab malam tak nampak apa, selalu kabus ja.
Staf-staf kat sini pun baik and frinedly ja.
Kalau pemalas macam aku and ada duit lebih sikit, beli la dengan klook, tapi mahal sekali ganda la, tapi apa salahnya kalau dah nak kan..hihihi..

gigih aku print screen ni, boleh cek tengok.

Okey ni video aku edit bodo-bodo ja time kat twin tower, selamat menonton ya.

Nanti aku sambung kejadian selepas itu plak hokeyy!