Pages

nuffnag

Wednesday, July 3, 2013

Bandung & Jakarta - Paris di Jawa 4

Assalamualaikum 

Ada pengkomen tegar cakap, "cerita apa detail gila" hahaha..

Ok, sambung dari p Tangkuban Perahu, tempat yang wajib p kat Bandung ni jugak, Pasar Baru.Bandung ni besa la, femes dengan tempat shoping jugak. Kat sini ada macam-macam kain jual. Gila kau bila masuk sini. Bila nak membeli tu, wajib la tawar menawarkan. Aku beli kain pasang dengan kain semayang.





Makan malam kami kat Paskal Food Market. Memang banyak kedai makan kat sini Tapi 90% adalah halal sebab Kak Fie owner kedai kain kat Pasar Baru tu cakap. Kami pilih makan seafood malam tu. Dah kebulur tu, sakan la aku makan.


sumber google


*Gambar ambil pakai hp una tak sempat ambik


Keesokkannya, kami dapat pak supir baru. Namanya Hendra. Untuk hari ni kami bergerak ke Kawah Putih.  Kalau ikut dalam jadual kami akan ke Puncak, tapi atas sebab-sebab tertentu, terpaksa dibatalkan. Maka tambah la sehari lagi kami di Bandung. Sebab nak ke Kawah Putih jauh dan mancet, jadi kami keluar awal lagi. Kawah Putih ni terletak kat Ciwidey. Kawasan berbukit jugak. Majoriti kawasan Bandung ni berbukit la. Bak cakap Pak Hendra, Bandung ni dikelilingi dengan bukit. Macam tu la lebih kurang. 


Cantikk





Kawah Putih ni seakan Tangkuban Perahu jugak. Tapi bezanya kawah putih ni tak aktif macam Tangkuban Perahu. Tapi tetap nampak ada asap-asap. Tempat ni cantik sebab air nampak   warna hijau. Tapi tidak senyaman kat Tangkuban Perahu la. Oleh sebab bau belerang yang kuat dan disarankan untuk pakai mask la especially untuk yang penat or lelah.Kat depan pintu masuk ada jual mask.( Kalau kedekut bawak siap-siap dari rumah ok) Atau bawak air sebab kalau batuk nanti boleh minum. Tapi better pakai mask la. Hari tu kami ni belagak, konon kuat la, lastly apa lagi batuk tak mau-mau la. Nasib Pak Hendra cakap bawak air kalau tak…….



Waktu turun kami singgah makan Tauhu Sumedang. Sedappp!! Pak Hendra siap bawak kami p tengok lagi tauhu tu masak. Makan panas-panas sedap.

Kedai Tauhu Sumedang sempoi 

Tauhu dalam bekas dan yang tengah goreng, original resepi dengan kayu dimasak


Lepas tu singgah makan kat Saung Andir. Makan tauhu tadi cuma lapik perut ja. Pak Hendra cadang untuk makan nasi liwet kat sini. Oleh sebab time ak Hendra p toilet, maka pengoderan dilakukan sesuka hati. Jadinya tak dapat la makan nasi liwet. Nanti p nak makan. 

 Semua pakat dok bersilat depan meja, yang atas tu tak pakai kopiah Pak Hendra

Tauhu dengan tempe makanan wajib


Perjalanan seterusnya ke Rumah Mode. Sebabkan cuaca hujan, perjalanan jadi agak perlahan. Macam biasa, jual pakain kat sini. Bandung nikan femes jual kain baju. Sampai dah tak jadi jutawan lagi la kalau shoping sini.

Pagi esok nak gerak ke Jakarta, maka malam ni lagi sekali makan nasi ayam penyet. Una siap tapau lagi. 


Jom ikuti part lepas : D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...