jalan-jalan

On 28th, p Penang. Tujuan sebenar ke Toy Museum sebab Wafa Farin yang sugest nak p ini tempat. So kami p berempat Wafa, Zool, Ida dan aku ler. Pagi-pagi buta keluaq (tak la pagi sangat pun, heee) ...

Sempat ke kawasan Batu Feringhi (ya kot, tapi tepi pantai la.. heee), dan singgah ke Masjid terapung.Kredit to Zool sebab belanja Pizza. :D

Nanti i upload gambaq p sana k..

Tahun Baru Cina

Ada orang  nak sambut Tahun Baru Cina dengan 50 pasang baju, pecaya dak? fuhhhh...

p/s : Dh upload pic baru kt flickr..

Berlari – Tomok

Aku yang telah merasa keliru
Aku yang tak tahu mana nak tuju
Sampai bila harus aku menjadi bisu
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak perlu kau menyakiti

Chorus
 
Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari
Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak mahu kau menyakiti

Ulang Chorus

Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu

Ulang Chorus

Lalala..

Aku baru telepon PPD tak sat. Ok, setle prob. Email @ppd tu memang bermasalah dan pihak PPD mintak untuk create satu email baru.

Dan satu lagi, aku tak pekak dan telepon tu pun tak bermasalah. Yang bermasalah orang yang jawab telepon tu. Sebab dia seronok cakap sorang-sorang dalam kelambu!!

P/s: Kepada yang jawab telepon@operator telepon, cuba la bila jawab telepon tu cakap kuat sikit. Lagi satu cakap biaq org paham bijir butir, jangan cakap laju tapi sepatah apa pun orang tak paham..kesian org yang telepon tu tau...

Pagi

Mai keja pagi ni nek oranje. Kuda aku demam. Tak mau bangun aku kejut dia..huhu.. Dah la lambat, (ok, memang tiap-tiap hari aku lambat pun, ;P) ada plak sebijik keta ni bawak makan angin. Apa lagi, aku plak berangin la..Tapi, dok istigfar jer la..Nasib la boleh bersabar..

Sampai ja, printer buat hal, sabaq ja lagi..Fuh.. Lepas tu tel. orang, tak dengaq plak apa yang depa cakap. Cakap bunyi jauh beribu batu. Yang sorang lagi ni plak, cakap serupa dok dalam kelambu, dok bisik sorang-sorang dia. Aku cuma cakap" hurm, ok, terima kasih", huhu..Telepon problem ka, aku yang pekak? hurmm~~~

Memang menguji kesabaran. Camnapun, Alhamdulillah, aku kuat iman lagi..Senyummmmm...





Stay The Same


[Chorus]
Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.
When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same,
cuz there's nothin' 'bout you I would change.

[Verse]
I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.

[Chorus]

[Bridge]
Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.

[Chorus]

10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri

Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.
Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.
Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya
Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri:-

01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.

03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.

04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!

05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.

06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

07. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!

08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

Sumber: I luv Islam

Anda semakin matang bila....

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Kuih cara

Setelah sekian lama cakap nak buat kuih cara ( sama kot nama kuih ni), lastly aku buat jugak..hehe..

 Walaupun ada yang berlubang..hehe..rasa umpph!!

Memula tu melekat jugak la, dah banyak kali buat ok laaa... Tapi mak aku cakap macam maktok buat. Sejibik beb!! (time tu aku kembang sekawah la.. : P)


Ni time mula-mula buat, memang melekat habis la..huhu

Lepas ni boleh la buat lagi. Sukatan bahan-bahan aku pakai main belasah jer. Jangan memain, mak aku pun amik sukatan aku tau..hehe..

Pengepit

Awal-awal ni memang sibuk..Minggu ni dah start kelas komputer. Ready la..

Dan pagi tadi Key sms aku,

Key: Slm,wei nk mta tlng.nanti jd pengapit aku boleh x.
Aku: Bla,
 Key: 12.3
Aku: xkompom, tgk cmne wei,
Key: k,xpa.

Bukan apa, aku takut ada hal lain yang lebih penting. Maklom la, yang masih single n available tinggal aku ja la ni, so pakat suruh aku la..No hal la tolong kawan-kawan..

 
Ni time aku jadi pengapit Sha (panas terik so muka poyos yer..)

Lisa Surihani & Mia

Title kat atas. hehe..Saya minat kat dia lor..




Mula minat kat Lisa ni time tengok cita ni la..

Ni dia ngan Mia, likes both of them tau..hehe..

sukenyerrrrr.....

1st day sekolah

Semalam hari pertama sekolah dibuka di seluruh Malaysia. Begitu jugaklah dengan sekolah aku. Tapi yang best tahun ni tak dak budak yang kes keryau-keryau nak balik. (wow, ada kemajuan positif ni, hehe..) Mak bapak yang tunggu pulak sorang je. Hari ni tak nampak sesapa pun yang tunggu dah. Kalau tahun lepas ada yang dok kena tunggu lagi time ni dan ada yang dok melalak lagu Awie, hehe...( konon bajet mak dia nak bawak balik la,haha)

Minggu depan dah start kelas komputer. So, aku kena pastikan semua pc ok..:D