Bulan 5 bulan sibuk

Maka dengan ini aku mengistiharkan, pada bulan 5 ini aku akan sibuk dengan aktiviti yang macam-macam.
Dan perasaan aku sangat teruja untuk menghadapi hari-hari sibuk ini. hehehe.. Dengan kursus, Khidmat bantu dan bengkel. Sangat seronok. 

Aku suka bila ada kerja dan tidak suka duduk saja kerana sungguh membosankan. (saya bukan kaki bodek ok!)

Tak dapat update AV?

Hari ni ada laptop tak dapat update AV. Solution yang aku amik memula remove dan install balik. Masalah tetap sama. So macam besa, kita tanya En Google la. Aku dapat dari forum http://forum.engkabang.net  dan aku berjaya setlekan masalah aku ni.

Dari apa yang aku baca, masalah ni adalah disebabkan oleh conficker.worm iaitu ia sebabkan av tak dapat diupdate. So kita bukak download.cnet.com untuk. Search software berkenaan. Contohnya macam aku pakai Sophos.Tapi kena ulang banyak kali sampai berjaya. Kalau tak berjaya jugak tanyalah kepada yang pakar.hehe

Setle masalah gua!! =D

Soalan ujian

1. RAM rosak
 Guna RAM tester
  Guna softwate (tp tak 100% tau sebab hanya bagi tau bit yang rosak)
 Tukar kat pc yang board dia ok, kalau jalan elok ok la.

2. DDR boleh pakai kat DDR2 tak?
   Tak boleh

3. Blue screen
  RAM problem
 MOBO problem
 windows problem so format saja.

4. Restart windows
  Win problem (format)
  tukaq psu (power suply)
  MOBO problem

Ni soalan yang ditanya kat aku. Dan macam besa aku akan terkedu seketika... Macam besa, tanya Mr Zool my sifoo.. TQ bro.

p/s: masalah diatas sokmo kena, tapi bila ditanya yang memerlukan jawapan dari mulut aku mesti ga..ga..ga...gap... ;p

Siti Aminah anaknya Lepat lor...



Aku rasa aku orang paling last tau Siti Aminah ni anak Lepat..huahuahuahua... Serius gua tak tau beb!! Ni pun kes depa habaq. Kalau tak, memang tak tau langsung la..hurmmmm....

Kes lepast ni dah lama time aku sekolah lagi. Isteri pertama dia Jane Brummit @ Aishah  larikan anak depa yang namanya Sunni. Sekrang dah besau pun.

Dan sekarang Lepat dah kawin kali kedua dengan perempuan Jerman dan dapatlah Aminah yang comel tu.

My Kek

Ritu teringin nak buat kek, so buat la butter kek. Tapi tak jadi sangat la. Agak keras sikit. huhu...

Gambor tak berapa clear. Harap maklum.:)

Biasa la 1st time buat kek ni. Memula gitu la. Lepas ni dah tau dah. Rasa dah sedap. Keras-keras pun bawak mai pejabat habis jugak. hehehe...
Resepi ni dicedok dari http://www.myresipi.com/

Gua dalam ketagihan..

Ketagih nak amik gambaq...



        Nak Ambik gambaq


                           


                        Nak ambik gambaq


.....................................................................

Jangan Putus Asa Dengan Berdoa



Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.


"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)


Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.


"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)


Jadi, mengapa masih perlu berdoa?


Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.


"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)


Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?


Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.


" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)


Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.


Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:


"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."


Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.


Sumber dari - Artikel iluvislam.com

Rintihan seorang Ibu

Bila duduk bersembang bersama mereka yang lama melayari perkahwinan, banyak yang kita dapat dengaq. Perihal anak-anak, perihal suami dan segala macam perihal di sekeliling mereka.

Tadi mendengar luahan seorang kakak mengenai sikap anak sulungnya. Dia bercerita hingga hampir menitiskan air matalah!! Kesian dengaq..huhu..Anaknya seorang perempuan dan sudah berada di sekolah menengah. Dia menyangkakan apabila anaknya sudah besar, pandai la mengurukan diri sendiri. Ini tak, macam tu jugak, macam budak- budak. Hal-hal kerja rumah tak pernah nak ditolong. Rasa sebak jugak time kakak tu bercerita. Dah la mak tu balik bekerja penat, anak cuma tunggu semua benda diuruskan. huhuhu...

Kalau hari cuti, kot la nak menolong memasak ka, sapu sampah ka, tak de maknenyer la.. Hanya memerap dalam bilik.


Semoga dia cepat dewasa dan berfikiran matang. Ameen..

Saat aku membaca

Baru habiskan membaca buku. Best.. Dulu aku pandang sepi ja buku ni..

 Aku budak minang. Sedih dan kelakar. Bila baca rasa macam betul pun ada. Macam real. (Aku kalau baca memang rasa macam ada dalam buku sokmo)

yang ini sambungan dari buku kat atas. Serius best. Tak tipu. Bagi aku la..




Yang ni mula-mula musykil nak baca. Bila baca, wow!!haha..

p/s: jangan pandang buku itu pada luarannya sahaja ya.. :)



No words

Perkenalan yang singkat.

Tidak pernah bersua hanya dialam maya .

Terus berkawan dan berkasih.

Orangnya jauh disana. Macamana?

Kita di utara, dia di selatan. Boleh percaya tak?

Hurmmmm.............

Sihat sudah PC!

Settle sudah masalah saya. PC sudah sihat. Hasil perguruan saya dengan En. Zool. PC ni guna SATA. Almaklom la, saya insan yang masih belajar. :)

Menda alah tu yang perlu ditukar walaupun kita pakai SATA. Kiranya kita tipu dia la. Sekarang PC dah ok. Dapat 1 ilmu baru. :) Ingat tadi kalau tak boleh jugak, nak buat ghost la tengok. Kredit to Mr Zool. :)

My pc

Sekarang aku tengah ngadap 1 pc yang berpenyakit gila. Dan aku juga sudah hampir gila. Diulangi hampir gila saja ye kekawan. :)

PC ni saja je nak sakat aku. HDD dia dah rosak, so tukar je la. Bila dah tukar, macam-macam pe'el dia bila nak install windows. Awok rase nak bakor jer..Hurmmm..

Tapi sekarang ni masih cuba dan dia tengah 'setup is formatting' dah tu. Sesambil tu tanya pada my Sifoo Mr Zool le..
Ok, kita tunggu, tengok apa nak jadi.hurmmm




tq Adikku sayang

Ok, come dok blog awok?hehehe.. Adik awok le nolong awok buat cecome gini..hehehe.. Lepas ni awok rajin le nak update blog awok..ngeh,ngeh,ngeh..

TQ adik!! muahhh!!