Terengganu again....



Esok nak ke Ganu lagi. Jadi urusetia plak tu. Hadoii la.. (Tak teruja nak p sebab dah p dan jugak sebab ada majlis formal, especially majlis formal la..)

Kat sana aku n my gang akan melawat sekolah(Katanya sekolah terbaik) Iaitu Sekolah Padang Midin dan Sekolah Paya Bunga.




Nasihat Sepanjang Zaman





Photo en Google

-Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.
Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.
-Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusan-Nya.
-Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.
-Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.
-Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.
-Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke  dalamnya.
-Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.
-Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.
-Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

Info dari I Luv Islam

ps: Sharing is caring....

Google+

Apa itu Google+ ? Mungkin ramai yang dah tau. Ala-ala macam facebook jugak, social network.



Macam biasa, bila tau benda baru mesti nak try. Jadi aku pun try la. Antaramuka dia ala-ala facebook gitu.


Sekarangkan facebook dah banyak buat menda baru. Apa kata anda curang sekejap view-view Google+ ni..kekeke....

ps: Friendster, Myspace, Tagged, Facebook, Twitter, Gmail+ ...... Macam-macam cara sekarang nak bersosial, tak payah keluaq umah pun..

Majlis Perpisahan untuk PK HEM

Malaysia kalah dengan Japang 2 - 0.. Thanks to Mr Apek...

Hari ni ada cikgu kat sekolah yang tamat prkhidmatannya sebagai seorang pendidikan selama 38 tahun. Fuhh, lama tu dia keja. Cikgu Tan su Booy, merangkap PK HEM jugak. Seorang yang baik, macam mak-mak tu. Dia la yang mengajaq Bahasa Mandarin. Tapi i dah lupa la u, huhu... Kena refresh balik lepas ni. Hilang seorang pendidik, maka akan datang yang baru mnggantikannya. Harap biarlah lebik baik.

Malaysia vs Japang

Bukan mengharapkan kemenangan, tetapi mana semangat pemain ha? Hmmmm... Untuk masa pertama dah 1 Japang...


senyuman plastik sahaja, harap maklum


Tunggu untuk masa ke 2 pulak..

Facebook bertukar lagi!!!

Mesti ramai yang tengah pening sebab facebook sekali lagi membuat perubahan. Kawan-kawan saya ramai yang upadate status pening. hahaha.. Tapi nasib baik saya tak membenarkan facebook menukar page saya. =D

Tapi ada cara macam mana nak kembalikan page ke bentuk asal. Sebab katanya yang baru ni ada update status kat sebelah kanan tu ha.

Scroll untuk pergi ke bawah sekali sampai la anda nampak ni (Facebook © 2011 English (US) )kat sebelah kiri anda. Tukarkan kepada English UK k. Cuba la tengok, info ni pun saya dapat dari kawan saya jugak.


Selamat mencuba kawan-kawan ku sekalian.. ;)

Mahar Cinta Cinderella

Agak tersentuh bila sampai pengakhiran cerita...Bak kata Dr Zaharah, "Sekiranya Allah mengatakan 'Jadi', maka 'Jadilah' ia ..."

Peribahasa orang cina, orang yang diselamatkan adalah tanggungjawab seumur hidup orang yang menyelamatkan.

photo en google

Oh haram... =D

Sumber Mr Youtube.. 

Suka la lagu ni.  ;) Oh, haram... Cerita yang best, ada makna tersirat..

Dia yang kunikahi--->novel der...

Selesai sudah membaca buku 'Dia Yang Kunikahi' karya Iqbal Syarie. Senoknya baca novel ni sebab dalam masa dia bercerita mengenai watak-watak dalam novel ni, dia selitkan sekali ilmu agama. Contohnya berkenaan cerita nabi, macam mana dalam Islam menuntuk kesabaran dan macam-macam lagi la. Rasa puas hati baca. 

Tapi watak Johari terlampau tulus dan iklas. Untuk masa sekarang la, berbanding masa lalu yang agak tunggang langgang.

Penamat cerita tak best, memang tak suka, tak suka, tak suka.huh!! Tapi jalan cerita dia garap macam tu, baca saja la. Keseluruhan ceritanya OK!!

 Photo dari blog tuan punya 

Lani aku tengah baca 'Mahar Cinta Cinderella'. Permulaan pun syiok ja. hehe.. 


Nanti dah baca aku habaq sikit-sikit noo.. =D

Fata Kawen


Ini kawan saya masa study dulu. Kawen sudah. Gambaq ni sebenaqnya dah lama. Godek-godek jumpa so upload la. Hehehe.. Tq Fata to being my pren.

p/s: Ingat masa kena buat final projek, bawak cpu naik moto dan yang tukang pegangnya aku la dan yang bawak motonya si Fata ni la. hehehe.. dulu mana ada external hdd, pendrive pun mahal, tak mampu..

Sambungan raya..

Untuk raya ke 3 ke rumah Mak Lang yang buat Rumah Terbuka. Makanan yang sedap dan masa tu tengah lapor la kata..hehe..

Di malam harinya pulak, ada buat bbq kat kepala batas. Dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu. Especially dapat jumpa dengan family Paksu Jad sebab lama tak jumpa. Last jumpa waktu kat KL dulu di rumah Cik. La jumpa si kecik yang kuat berceloteh berbanding dulu yang tak mau kat orang pun.hehe..


Hari pertama kerja, petang p jumpa kawan baik saya. Sekian lama tak jumpa, selepas dia kenduri last saya jumpa dan sekarang dia sangat-sangat la berisi. Berbanding saya, maintain 47, ok!! (Abaikan saya yang macam stupido sebab kurang sihat..)

Rumusan untuk Raya bagi tahun 1432h adalah biasa-biasa saja. Hmmm.... Tiada yang seronok, dan tiada yang tak seronok. Semoga saya dapat merasai Ramadhan lagi tahun hadapan, ameennn...

p/s: perasan tak bahasa saya yang agak skema.. kekeke..

Google Gravity, its fun!!

‎1)Go to Google,and type 'Google Gravity'.

2) Click on the 1st result that appears i.e. Google Gravity

3) Wait 2 seconds. Something cool will happen!
...
4) Play with it for a while.

5) Then write any word (ect:facebook) in the Google search bar and press Enter.

6) Wait and see. Something even cooler will happen. Awesome!!

Nikon D7000

 
Photo sumber en. Google

Saya sibuk tolong kawan untuk jual kamera dia. Baru lagi pakai dah nak jual. hmmm...




-Nikon D7000
-Nikon lens 16-85mm f3.5
-Beg DSLR
-Filter
-Memori kad 8g
 
Memula tanya kawan-kawan dulu la kalau ada yang nak. Ada sesapa nak beli.. hehehe..
 
p/s: entry raya nanti saya sambung k.. =) 



On Hari Raya Edul Fitri 1432h

Adik lelaki bersama abah dan mama


Itu adik perempuan saya dan saya.. ( sungguh buruk saya..)

Hari raya tahun ni biasa-biasa saja. Mungkin tak sihat kot. Tapi alhamdulillah.. Raya pertama yang tak kemana.. hmmm..

 Raya Kedua malam buat BBQ kat rumah tok. Ramai, jadi rasa la keseronokan tu. Di sebelah petang kunjungan dari keluarga dari Kepala Batas.

to be continue....

Manik

Ritu saya ada cakap nak tunjuk manik sayakan.

Ni saya dengan adik saya pada raya pertama ni.


Mesti tak nampakkan.. Maaf la, tak nyempat nak amik gambaq manik ni.

Jenis jahitan macam ni la. Photo from manikmanikruby.blogspot.com

Rasa puas hati dapat jahit manik sendiri. Tapi saya suka yang simple saja. Tak crowded macam mak datin. 

Nak convert file lagu?

Macam mana nak tukar file lagu? Saya jumpa 1 software yang mudah guna. Klik sini.

Antaramuka yang menarik dan mudah.

Senarai yang boleh dipilih.

Boleh la mencuba. Mudah ja. Kalau ada sesapa tau converter yang lain boleh la kongsi-kongsikan.. ;D

Kad jemputan

Bukan kad jemputan kawin yer..



Khamis ni ada sambutan Hari Raya. Kena buat kad jemputan. Simple-simple saja sebab nak segera. Create dalam Publisher saja. Mudah ; ) Nak pakai PS kena godek lama-lama la sikit..

Salam Lebaran





Photo sumber en google

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Salam Lebaran untuk semua. Kesibukan membuatkan tak menyempat nak update blog. Buat teman-teman blogger semua, saya ucapkan Selamat Hari Raya dan pohon maaf andai ada salah dan silap.

* Photo raya masih dalam editing : D (+ photo baju manik, konon nak tunjuk sebelum raya tapi sibuk, nanti kita upload)