Oh lelaki

Teringat kata-kata sorang kawan..

'Zaman sekarang, lelaki kalau nak cari pompuan buat bini, nak cari yang berduit, berharta. Mana daknya, zaman la zaman duit. Mesti cari yang bergaji besaq'

p/s: memang alamat aku tak kawin la camni...

Mood

La ni mood nak ngadap FB pun dah tadak. Ngadap twitter pun bergagah la. (kira kuat la kan?!)
Entah la, rasa hilang perasaan itu. Hmm..

p/s : Blog ni wujud pun sekadar meluahkan isi hati

Anak angkat


Hari ni aku nak bercerita pasal sorang budak kat sekolah aku ni. Aku namakan dia Siti (bukan nama sebenar). Tadi dok dengaq cerita pasal Siti ni bila cikgu ni cakap Siti ni, Subhanallah ketegaq (degil) tak tau nak habaq.  Mai aku nak story sikit pasal budak ni.

Asal Siti sebenaqnya adalah anak angkat dalam family ni. She’s chinese  tapi dibawah jagaan keluarga melayu. Dari apa yang mak angkat dia cakap , mak sebenar dia is prostitute‼ (aku agak terkejut time ni) Melalui seorang kenalan, habaq la kat mak angkat dia ni ada budak yang memang tak mau dibela. So mak angkat dia ni amik la dia. Bela la sampai la. Kalau tengok memang pure cina la muka.  Comel.

Tapi bila besaq ni,(tak dak la besaq mana baru sekolah rendah) dia buat hal plak. Tapi tu la, kecik-kecik dah buat hal.Aku ingat lagi, time tu aku suruh dia bergerak sikit ja. (duduk kerusi kantin yang panjang tu). Dok buat renungan tajam kat aku. Ada rasa ringan jugak tangan tapi bersabarr..

Bila masuk kelas, pasal kerja sekolah, cikgu-cikgu cakap dia memang pemalas la. Kerja rumah bagi pun malas nak buat. Kadang tak bawa buku buat macam tak bersalah ja. Macam tak dak apa-apa‼

Pasal kat rumah plak, mak dia cakap kalau masuk toilet lama tu, mesti dia ada buat something. Dan bila dia keluaq, Subhanallah, mak dia cakap dia main dengan taik dia tu tampal-tampal kat dinding. YaAllahh! Dia jugak sangat panjang tangan. Senang cakap banyak yang negatif la pasal Siti ni. Aku pun dah tak sanggup nak cerita pasal buruk-buruk lagi kat sini. Kesian kat budak tu dan mak dia jugak. Haishhh..

Aku memula tu ingat mak angkat Siti ni tak didik elok kot. Tapi, mak dia cakap, mak dia didik sama rata dengan anak-anak yang lain. Kasih sayang bagi sama rata. Tak pernah sisihkan dia walaupun dia anak angkat. Apa yang Siti nak, dia bagi.
Lastly mak angkat dia cakap, mungkin salah dia bila nak amik anak dulu tak pikiaq background budak ni. Dia pun cakap, mungkin keturunan dia macam tu kut, Wallahualam…

P.s : Sampai la the real mother masih lagi prostitute (Semoga Allah melembutkan hati adik Siti, Aminn)

Coffee Prince

Ingat lagi tak cerita kat bawah?




Aku baru habis tengok cerita Coffee Prince. Cerita tu dah lama, tapi aku baru dan nak tengok.  Best jugak  layan cerita ni. Sebab dia komedi jugak.  Sudah menjadi habit aku kalau tengok Korean drama ni, aku mesti searching tengok pelakon-pelakon ni nama apa, dia pernah berlakon apa dan latest drama dia apa. Rupanya salah sorang pelakon tu Lee Eon @ Min Yeop ( boyfriend adik Eun Chan).  Rasa terkejut jugak la. (Almaklumla, aku layan cerita ni dengan penuh kusyuk :p).  Yela walaupun dalam cerita tu dia berlakon jadi lurus bendul, tapi memang lawak. 

Lee Eon

Pasal Gong Yoo plak, (Han Gyul)  sekarang ni tengah on air drama baru dia Judul “Big”. Baca dia punya sinopsis macam best. Aku search baru ada sampai episode 5. Memang wajib download la jawabnya :p.

Gong Yoo


Big

Dalam drama Big ni selain Gong Yoo ada Lee Min Jung dan  Suzy ( tak salah aku dia dalam group Miss A). Kepada peminat Kdrama boleh layan cerita ni ok.. :)

Photo sumber :En google

p/s : Sebab Running Man la aku boleh kenal depa.

Makanan sodap!


Roti Jala ( abaikan memang tak cantik) tapi my mama cakap menjadi :)

               

Ala-ala cookies sebab guna teknik membakar. So rasa crispy.

Jahit manik lagi


Ni baju raya tahun lepas ni. Baru nak letak tunjuk. Nak share la. Lupa dah nama apa kalau jahit macam ni, Tapi memang selalu jahit macam ni ja. Sebab paling mudah dan simple. Kalau penuh sangat tu rimas plak rasa.



Hiren's Boot



Minggu lepas ada 1 laptop ni problem sebab virus hidden file yang ada dalam laptop. Tapi bukan setakat file yang disembunyikan, tapi  shortcut kat desktop semua hilang, button start kalau klik pun memang kosong semuanya.

Bila cek,memang pasti la semua file tu masih ada cuma disembunyikan sahaja. Bagi aku, format itu adalah jalan terakhir. So, aku akan try cari jugak virus tak guna tu.

Kiranya macam-macam cara la aku pakai, safe mode, install av baru (sebab av Kaspersky dah mati) tapi tak jalan.

Lepas tu tanya member dia sugest pakai Hiren's Boot. Hiren aku zaman batu ada la. 9.9 punya sebab la pun version 15 punya dah tak salah aku. Tapi tawakal jugak la, pakai dia bunuh terus virus tak guna tu.  Alhamdulillah, lega aku. Restart balik semua dah ok.

Kalau ada yang nak try tu ce tnya Cik Google, nanti kuar ler untuk download. Aku masih pakai version 9.9 ni. :p Yang aku jumpa yang ni http://www.hirensbootcd.org/ . Yang usb pun ada ada. Ce try.



Wordless Wednesday


Jakun dengan padi sat. ( walaupun bendang dekat ja ngan umah.. poyokan!)