Masalah Problem PC


Masalah yang terjadi kat 1 PC ni.


 1. Memula naik blue screen

 2. Peh tu yang ni plak

 3. Cuci ram bagai semua, muncul hantu ni plak (selepas di format)

 4. Jadi tv rosak plak.. 

5. Keluaq menda alah ni plak dah, haru sungguh

Uninstall Graphic Media tu, setakat ni ok. Tunggu nanti dia nak jadi apa plak. Adakah mobo yang rosak.

Bonus Raya 2012

Alhamdulillah, semalam dah umum akan dapat bonus separuh gaji.

Syukran Jazillan.




Update Gerobokecik

Assalamualaikum.. Jom ke gerobokecik, sebab ada tudung baru. Ala, kan nak raya ni, boleh la pilih tudung-tudung yang berkenan buat dipakai Hari Raya ni.

Amira 3 layer


Zahira 3 layer

Ada banyak lagi pilihan kat sini, jom pilih  kat Gerobokecik . Nanti like eh page gerobokecik yer.. ;)

My supermak


Mama adalah insan yang hebat. Serius!!

Kenapa aku cakap mama hebat sebab mama boleh diibaratkan macam supermak. J  ( Serius wa cakap beb..)

Kadang aku heran, macamana mama boleh bangun  pagi-pagi untuk masakkan breakfast. Pukul 5 lebih dah bangun. Lepas tu p keja, masuk jam 7. Kalau shif petang, mama mesti masak makan tengahari plak sebelum p keja. Itupun, bangun pagi kemas umah, basuh baju, sidai baju, sapu sampah dan siap-siap p keja jam 2pm. Macam tu jugak la kalau keja malam.

Kalau balik malam habis shif petang, mama mandi pas tu makan lipat baju dan kemas umah. ( rumah yang kami adik beradik sepahkan.. :p ) Macam tu jugak la kalau balik keja shif pagi, angkat kain, lipat kain, kemas umah dan seangkatan dengannya.

Aku selalu pikiaq, mana mama dapat kekuatan macam tu? Macam mana mama dapat semangat kuat tu? Aku selalu bertekad, kalau aku kawin aku pun nak jadi supermak macam mama. Aku nak jadi hebat kat mata anak-anak aku. Tapi boleh ka? Aku dok bujang pun aku malas. (Tak dak la malas sangat dan tak la rajin sangat :P )

Mama selalunya tengah malam baru nak baca paper. Itu pun mama akan tersengguk-sengguk. (Aku tau, mama penat uruskan rumahtangga dan kerja) Kadang-kadang jugak mama akan baca paper yang 2 3 hari lepas. Bila ditanya, mama akan jawab “tak dan nak baca laaa….”

Mama selalu cakap sakit kaki, sebab berdiri lama. Kadang-kadang mama jugak akan balik lambat, sebab hantaq kes. So kami dah paham, kalau mama balik lambat tu. Atau kekadang mama akan telefon dan akan cakap, “ mama kena hantaq kes ni, habaq abah”.

Sebab tu aku sayanggggg mama. Walaupun kekadang aku akan gaduh-gaduh manja dengan mama.. hehehe.. saranghe mama, wa ai ni mama, I love u mama, sayang mama.
Kak long nak jadi hebat mama mama jugak!

p/s: Mama pernah cakap; “ untuk anak-anak, apa pun tak pa, mama usaha jugak nak bagi”… aku dah tersentuh masa tu …….


(mama dah pencen la, tapi tetap sibuk dengan urusan rumah.. aishhh..walaupun selalu ngadu sakit tangan, kaki, pening…)

Minggu Audit

1minggu ni ready untuk audit. (kabarnya  audit dari kementerian, Wallahualam)

Semua dah ready. Tunggu auditor ja datang.

Semoga dipermudahkanNya, amin..

Hari lahir yang ke 28 (sigh..)



Semalam genap la sudah umur aku 28 tahun. Dah tua doh!! Bila birhday ni ramai la yang wishkan. Terima kasih yang post kat wall facebook dan jugak untuk yang mesej handphone aku. :D

Tiada sambutan apa-apa. Rasa sejak dah besaq ni, memang dah tak sambut. Kecuali dengan kawan-kawan dulu ada la. Serius tak percaya dah 28 tahun, sebab lagi 2 tahun jadi 30, waaaa!!

Paling sentap bila mama wish, dan ayat paling last mama " semoga kak long ditemukan jodoh".. Mama tak pernah sebut pasal jodoh sebelum ni, (eh sekali pernah time aku cakap nak p makan angin, pas tu mama cakap "simpan-simpan la duit sama nak kawin" .. rasa cam nak reply balik, 'calon pun tak dak lagi maaa', tapi diamkan ja la.. wat dekkkk ja..) .

p/s: Ada jodoh kawin la kak long maaa.. :) (Kak long tau mama tak baca blog kak long, keculi kalau ada cctv tolong tgk ja..)

photo: mr google