Rich Man Poor Woman Drama Jepun

Assalamualaikum.. uit!!

Aku baru habis layan cerita Jepun. Pelakonnya Oguri Shun. Oh, so sweeeettttt!!! Alah pelakon yang berlakon drama Hana Kimi tu. Drama ni tahun lepas punya cerita, tapi sebab terlayan sikit kat 8tv baru-baru ni, terus jatuh suka. Jawapannya mesti la cari sampai dapat. ;D Eh lupa, tajuknya 'Rich Man Poor Woman'.

Rich Man Poor Woman


Layan trailer sikit

Cerita ni 11 episod ja, tapi ada sambungan macam telemovie 'Rich Man Poor Woman in New York'.

Rich Man Poor Woman in New York


 Jom baca sinopsis sikit dari asianwiki :

29-year-old Toru Hyuga (Shun Oguri) is a wealthy man. He first started to run an internet website from his small room and his hobby began to make Toru Hyuga a lot of money. He dropped out of high school and formed software company Next Innovation with his friend Kosuke Asahina (Arata). The company became very successful. Today, Next Innovation is the top tech company where young people want to work the most. However, Toru has trouble recognizing the faces of people and he is looking for Chihiro Sawaki, who is his mother. His mother left Toru Hyuga when he was very young. One day, Toru finds a woman named Chihiro Sawaki.
Makoto Natsui (Satomi Ishihara) is in the 4th year at prestigious Tokyo University, but she still has trouble in finding a job. As time goes by, she gets more nervous. One day, Makoto sees a magazine featuring an interview with Toru Hyuga. She goes back to her apartment and does research on his company Next Innovation.
Makoto then attends a presentation for new recruits at Next Innovation. Toru walks up to the platform and gives a speech to the potential new hirees. While giving his speech, Toru humiliates Makoto in front of the others. She is embarrassed, but stands in front of him and talks back to him. Toru asks her for her name. She tells him her name is Chihiro Sawak. As soon as Toru hears the name, he becomes confused.

Kalau nak download boleh klik link kat bawah, thanks Doramax :)

Novel Dekatnya Cinta , Adam & Hawa2

Assalamualaikum.. hellooo..


Sambungan Adam dan Hawa, Dekatnya Cinta
Ada yang dah beli novel sambungan ni? Yang minat giler drama Adam Hawa mesti nak tau kisah sambungannya. Tunggu apa lagi, p grab cepat. Ceq dah beli dah dan sedang baca sekarang. Jom kita tengok sinopsis dia sikit noo..

" Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan Allah S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali. Kata dan janji diulang-ulang. Ya! Tiada sesiapa lagi antara mereka yang akan ditinggal pergi.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji?
Adam kecewa! Kenapa Ain permainkan kepercayaannya? Kenapa Ain tergamak menduakannya? Ain curang! Ain tidak setia! Ain sudah lupa dia adalah suami! Akhirnya, Adam melafazkan talak.
Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu. Adam salah faham. Adam silap pandang. Adam lebih ego sebenarnya! Emosi si suami mendahului akal. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.
Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati."

Nak tau lebih lagi, sila dapatkan di kedai buku berhampiran atau mudah lagi, beli online je.. :D

Photo sumber sini

Url shortener

Assalamualaikum..Moshi-moshi!!

 Url shortener? Apa tu? Ok bahasa pasarnya ia adalah laman web untuk memendekkan alamat sesebuah laman web yang kadang kala berjeda-jeda panjangnya.

Contoh macam :

           http://www.akubest.com/buatbest/boleh/entah2=23479;hdsjgsssbMenu=;akumemangbest/

bila dah dipendekkan jadi la :

           http://goo.gl/jjbBv

Aku nak share salah satu url shortener dengan menggunakan google url shortener.

Mula - mula taip google url shortener dan akan keluar paparan macam kat atas ni. Disarankan lebih baik daftar lebih mudah.

1. Dah copy url address tu paste seperti dalam gambar rajah;
2. Kemudian klik pada butang shorten URL;

3. Dapat dilihat long url seperti diatas pada anak panah no. 3;
4. Akhir sekali copy je la short url yang telah diberikan. :)

Mudahkan! Petik jari jewww...

Selain dari google shortener ada macam-macam lagi.Kalau sesapa rajin download movie mesti tau. Antaranya macam:

1. http://adf.ly/
2. http://tinyurl.com/
3. https://bitly.com/
4.http://tiny.cc/

Aku rasa ada banyak lagi, tapi yang ni ja yang aku tau. Boleh share sesapa yang tau.


Magic!

Assalamualaikum.. uit!!

Aku kadang-kadang akan jadi macam ni la :



Keja FT ni kadang macam ni la, magic selalu, hehe..

p/s : I Love My Job!

Photobook Saya

Assalamualaikum.. uit!

Baru ni aku ada buat photobook. Photobook ni PK aku yang bagi. Lepas dapat tu apa lagi aku pun dengan gigihnya menyiapkan photobook berkenaan. (study pun tak macam gini.) Aku buat simple ja sebab 1st time try.

Inilah hasilnya :

Muka depan dan belakang

Warna warni

Photobook ni kita boleh beli melalui Groupon dan Living Sosial. Kalau beli kat sini dapat lagi murah sebab guna voucher. Tapi kena rajin-rajin tengok la sebab tak selalu dia offer murah dan bila ada lain-lain saiz untuk setiap buku tu. Mungkin potrait dan mungkin lansdscape

Bila kita dah beli tu, tempoh sah voucher tu lebih kurang dalam 4 bulan macam tu la. So sempat la nak godek-godek pilih gambaqkan. 

Sebelum pilih gambaq wajib install dulu perisian photobook ni. Boleh ke photobook.com untuk download. Siap download maka bermulalah pengembaraan anda! :) 

Kalau yang ada anak tu boleh la buat album gambaq untuk anak. Cikgu-cikgu sekolah aku dok gila buat untuk anak depa siap pakat dok mai tayang la apa lagi. Untuk yang suka travel, boleh jadikan buku cerita untuk pengembaraan anda tu dan untuk yang minat photografi, ini sangatlah best!

p/s: Kalau beli dari photobook sendiri pun ok, tapi mahal sikit la.

Penangan Kpop!

Assalamualaikum..hellooo....

KPop Style

Serius comel la budak-budak ni especially yang tengah tu. Hari ni ada Majlis Penyampaian Hadiah, ni antara budak-budak yang ambik bahagian.

Rumah P.Ramlee Pulau Pinang

Assalamualaikum..Heloooo

Sambungan dari Bukit Bendera ni. :)

Selesai makan kami gerak ke Rumah P.Ramlee. Memula tu confuse jugak, buka ka hari sabtu ni. Yela mana la tau dia ikut office plak kang. Kira p ni main aci ja la.  Kalau buka masuk tak buka balik la sebab waktu tu around 4pm lebih dah. Sampai terus Wafa tanya guard dan dia cakap buka dan masuk kat belakang untuk parking keta. Apa lagi, semangat la kami. :)

Kat sini tak dak entrance fee. Dalam pejabat Arkib tu tak boleh ambik gambaq, so tak dak la gambaq. Dalam tu ada banyak la gambaq dan barang tinggalan P.Ramlee. Sambil tu, depa pasang jugak lagu hasil karya P.Ramlee. Kira enjoy la.

Bersebelahan tu ada rumah P.Ramlee. Masih cantik dah utuh. (bahasa sungguh!)

Since 1991
Laman dapur

Cantikkan!

Dibuka setiap hari kecuali Isnin. Kalau cuti am atau cuti sekolah depa on ja. Jam 10am hingga 5.30pm. Kepada yang datang Penang boleh la singgah ke sini. Untuk maklumat lebih lanjut boleh ke Arkib . Aku tak tau nak habaq lagu mana lagi, hampa mai la no.. :)

Sarana Ibu Bapa siap doh!!

Assalamualaikum. uit!!

Alhamdulillah, akhirnya siap Sarana Ibu Bapa ni.

Antara isi yang kena masuk

Siap sudah 
Ini bukan la keja aku sebagai ft sebenaqnya, tapi sebab kena tolong buat, buat je la. Cari pahala katakan.. Sistem ni awat dia tak sekalikan saja pendaftaran dengan pengisian maklumat tu. Dah tu, internet slow tahap siput vavi, tapi aku rasa siput vavi laju lagi la sebab bayangkan data simple macam ni untuk 80 orang ja boleh jadi 2 hari dan 2 orang isi! (Thanks Hawa!)

Time isi ni tipu la kalau aku tak maki dalam hati. Macam biasa, bahasa sanskrit moden teruih keluaq, tapi dalam hati ja la. Untuk Kedah hari ni lastday sebab tu la dok giler pulun buat. Tapi kami buat sarana ibu bapa je.

p/s zzzzzzzzzz