Assalamualaikum. Uit..
Gerak balik ke bilik. Nak mandi siap-siap nak gerak ke Madakaripura Waterfall pulak. Kami sampai 8am lebih macam tu.
Dah balik tu, aku kemas la bag. Wafa lena sat. Sudah kemas, aku masuk mandi, baru basahkan badan, nah, air tak dak pulak. Mak kau!! Nasib aku tak sabun lagi. Keluar p tanya, dia cakap air baru sampai, tunggu 5 minit.
Tunggu la aku lebih dari 5 minit, ayaq tak dak jugak. Wafa pulak p tanya, dia cakap elektrik pulak tak dak. hmmm.. Tunggu lagi la plak. Lepas dah ada tu, Wafa mandi dulu la.
Jadinya, aku tak mau la cerita pasal bilik aku sewa ni.
Dah siap, tunggu plak si Yuda ni tak sampai-sampai lagi. Aku sempat lena la sat kiranya. Dia sampai, dia cakap tak boleh lena semalam. Kepalanya lagi pusing agaknya. Dah angkat bag, Aq tak keluaq-keluaq bilik lagi. Ha, sudah...
Kami pun ketuk la pintu bagai nak rak la. telefon tak jawab. Sampai mat salih bilik sebelah marah. Aku mengendap tengok kasut, bag ada lagi. Maksudnya, dia memang ada la. Bunyi telefon sampai keluaq dengaq kot, dia boleh tak dengaq. Lawak weh, serius!
Aku tanya kot ada kunci spare, tak dak la pulak. Kami sambung dok mngetuk pintu la.
Terpaksa panjat |
Mas andi cuba guna lidi |
Sejam jugak la kami cuba. Last, sedar jugak Aq, nasib baik lagi. Tu pun lepas Mas Andi guna lidi selak kain langsir. Tetiba aq, sedaq, Lega... Bayangkan menunggu orang tak jaga dari lena sejam weh. hahaha. Nak marah ada, nak gelak pun ada. Aq cakap sebab dia sakit kepala. Mungkin letih semalam tak habis lagi.
Antara jalan nak ke Bromo |
Sepanjang jalan turun bukit, tengok suasana yang best ja. Kat sini, air memang tak ada, so kena beli. Sebab tu akan ada tong-tong air kat depan rumah.
Bila turun lagi, akan nampak bukit-bukit. Cantik.
Banyak tanam jagung kat sini |
Tak silap daun bawang ni |
Sukan Asia |
Tempat jeep kami pagi tadi singgah sat |
Kat sini, jagung yang di tanam, di buat tepung jagung. Jagung tu pulak oren semacam ja.
Kemudian kami gerak ke Air Terjun Madakaripura. Sejam lebih jugak la. Dalam kereta, membuta la aku.
Dah sampai, Yuda suruh kami ikut budak-budak naik motor tu. Kalau datang sini, jangan lupa baju hujan, baju basahan kalau nak mandi dan kasut sandal ja la. Sebab nanti kita nak seberang dalam sungai, sia-sia kau melawa okey.
Aku pakai sandal crocs siam aku ja. Senang.
flawless nau dengan lubang hidung besau, hahah |
Naik motor sampai depan pintu gerbang dia. Lepas tu kena jalan la lebih kurang 1.7km pergi sahaja.
Sebelum masuk |
Mak aii, jalan laju nak mampus si Rahman ni. |
Si Rahman ni pandai ja buat Panorama, ka kami yang tak reti, hihi |
Uniform kami, comel tak kami, hihi |
Nampak dak air turun tu |
Kami lalu kat bawah air tu la.. |
Akhirnya kami pun sampai la kat sini. Nak lalu tepi-tepi batu tu, perasaan diri sendiri macam tak yakin ja. Tapi sampai jugak rupanya.
Memang rasa menakjubkan. Kawasan air tu dalam ye.
Nak share sikit pasal air terjun ni. Berketinggian 200 meter dan tertinggi di Tanah Jawa dan kedua tertinggi di Indonesia. Air terjun ni masih dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru dan lebih tepat di lereng Gunung Bromo. Sumber dari Wikipedia.
Bukti kami dah sampai |
Kami lalu sebelah kiri gambar |
Kami panjat batu sebelah kanan tu (abaikan aku yang kadang sewel) |
Ni Rahman, bawak kami ke sini |
Menurut Rahman, orang dari Bali ada saja yang datang ke Madakaripura bertapa. Memang ada ja barang bertapa kat situ kalau tengok.
Kalau hari nak hujan, memang tak dibenarkan sesiapa pun ke sini. Sebab bimbang terjadi kecelakaan gitu.
Dah puas photo, kami gerak balik . 1.7km pulak balik. Jalan ja la.
Es tea |
Sampai kami p minum dulu. Letih kot. Terkedang kami kat kedai tu. Pagi p Bromo, tengahari menapak kat air terjun pulak. Perghhh..
Aq tak pa la, lena mati dah sejam. hahah
Lepas ni kami gerak ke Batu. .
No comments:
Post a Comment