Assalamulaikum, aip. Aku sambung perjalanan ke Batu.
Perjalanan dari Air Terjun Madakaripura ke Batu mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Kami berhenti makan lagi. Perut dah lapar sangat. Asyik tidur, bangun, tidur, bangun ja. Kami request makan kat Ayam Bakar Wong Solo.
On the way tu singgah makan Wong Solo Pasuruan. Time sampai tu dah pukul 4.40pm. Dah nak maghrib. Order makan dah macam-macam. Nampak sangat kebuluran.
Entah la air apa aku order, ada nyioq dengan apa ntah hitam tu, lupa dah |
Orang tak ramai |
Masing-masing layan perasaan, dah tak larat. Main phone.
Makanan dah sampai, meja pun tak sempat nak betulkan |
Maka makan la kami dengan rakusnya kerana belum makan nasi lagi bagi hari ini. fuhhh.. Kalau sesapa nak kurus, boleh la join trip kami, balik mesti turun berkilo-kilo. Berjalan beribu langkah, makan idok pun. Letih, nak makan pun dah tak selera.
Dah selesai semua, kami gerak semula ke Batu. Sambung la tidur sekali lagi. hihi..
Sampai di Batu Yuda tanya sama ada nak check in dulu or nak ke Alun-Alun terus, kami ke Alun-Alun dulu, tak perlu nak keluar dah. Kami sampai di Alun-Alun Batu jam 8.20pm.
Okey nak story sikit pasal Batu ni. Asal Batu ni terletak dalam daerah Malang pada mulanya. Kemudiannya di pisahkan dan Kota Batu berdiri sendirinya. Ini apa yang Yuda ceritakan sama kami.
Kota Batu ni banyak daya tarikan tersendiri seperti air terjun, taman tema, wisata dan muzium. Menurut kata Yuda, kebanyakkan taman tema ni kepunyaan seorang berbangsa cina. Kaya kau bapak!
Dah sampai, kami cuma berjalan-jalan ambil gambar ja. Pakat semua dah serupa kain buruk aku rasa. Alun-Alun Batu ni tempat macam nak cakap funfair ka macam theme park, lebih kurang la. Nak main baru bayar. Jadi, boleh la nak lepak-lepak kat sini.
Kota Batu juga terkenal dengan lembu dan susunya. Kat sini kalau sampai, jangan lupa singgah kedai-kedai yang ada jual susu. Sedap.
Satu Lagi, kebun epal. Kat kota Batu ni pun terkenal dengan buah epal. Nanti aku sampai part epal, aku story k.
Sepatutnya di sekitar Wisata Batu ni, akan ada jualan gerai-gerai kata Yuda. Tapi hari kami sampai, dah tak dibenarkan berniaga kat sini.
Masjid Agung An Nuur |
Ada masjid berdekatan dengan Alun-Alun ni. So, boleh la nak menunaikan bagi yang belum cukup.
Lepas tu, kami try susu kat kedai ni.
Budak kat kaunter tu tegur aku, cakap dari Malaysia ya, aku cakap ya, lepas tu dia cakap dia dari Filipina. Silap tak borak. |
Lepas tu dah penat gerak ke bilik sewa kami.
Penat weh, jauh-jauh satu tempat, satu tempat.
Banyak tarikan kat kota Batu ni tapi udaranya tak senyaman Cameron Highlands...
ReplyDeletehahah, a'a.. tak boleh in sangat tempat macam ni, sebab koi berumuq kot..hihi
Delete